Friday, October 22, 2010

Inikah Saudaraku? 8


Kalau dendam sudah membara,
Darah merah kan tertumpah jua.


“ Kak, ni berapa?”

“ Kak.”

“ RM2, dik.”

“ Saya nak satu. Terima kasih, bang.” Duit diterima.

Zulfa masih kaku. Terpaku.

“ Woi, Zul!” Gegendang telinga Zulfa seperti bergetar. Zulfa terus menoleh wajah manusia yang berani lakukan seperti itu.

“ Kalau nak berniaga, jangan duduk termenung. Nanti pelanggan lari.” Topi keledar diletakkan di atas bangku.

“ Farish, bila kau datang?” Zulfa kelam-kabut mengemas barang-barang di hadapannya.

“ Baru je. Tadi ada budak nak beli buku tu.” Farish menunjukkan ke arah buku catatan yang punya gambar kartun di muka depannya.

“ Jadi?”

“ Jadi apa?”

“ Dia jadi beli tak?”

“ Taklah. Dia dah panggil kau banyak kali tapi tak sahut, dia pergilah.” Farish melabuhkan punggungnya ke kerusi bersebelahan dengan Zulfa.

“ Ha? Aduh, macam mana ni. Rugi aku macam ni.” Kepala Zulfa pusing. Dia balik-balik membetulkan posisi kedudukannya. Tidak selesa. Farish tersengih seorang diri melihat perangai Zulfa yang tidak reti duduk diam jika menghadapi masalah.

“ Kenapa kau tak tolong aku?”

“ Ada gaji tak?” Farish ketawa kecil.

“ Ish, kejam! Dah tu, buat apa kau kat sini?”

“ Nak jenguk kaulah. Nak tengok cara orang yang dah bekerja dua minggu ni.” Ketawa kecil pecah lagi di bibir Farish.

“ Dahlah. Kau tengok aku okay je kan? So,baliklah. Tak perlu kau jenguk aku setiap minggu. Aku bukan bersendirian kat sini.” Zulfa menjeling.

“ Eleh, kau cakap kau tak sendiri? Kau tulis kat blog kau yang kau perlukan teman tu apa cerita?” Membulat mata Zulfa mendengar kata-kata yang dilontarkan oleh Farish.

“Blog? Kau baca blog aku?”

“ Satu perkara wajib yang perlu aku lakukan.” Farish senyum sinis.

Baka (bodoh)!”

“ Wei, Zul-chan. Tak sayang mulut ke?”

Chan? Arigatou (Terima kasih)!” Zulfa ketawa.

Nande (Kenapa)? Kau dah tua ke?”

“ Sengal.” Zulfa meletakkan dagunya ke meja.

“ Kau nak tahu sesuatu tak?” Farish memperlahankan suaranya seperti berbisik.

“ Apa dia?” Zulfa masih dalam keadaan yang sebelumnya. Tiada perasaan untuk mendengar.

“ Budak tu beli.”

“ Beli?” Zulfa terpinga-pinga. Dia menatap wajah Farish. Farish mengangguk perlahan. Selamba. Dia mengukir senyuman.

“ Woi, Farish! Kau tak main-mainkan aku boleh tak? Cuak aku tahu? Kurang asamlah kau ni. Baka!” Suara Zulfa bergema. Dia yang berdiri sambil memegang buku senarai jualan, terdiam seketika. Dia melihat sekeliling. Semua mata memandang ke arahnya. Dia duduk perlahan sambil tersenyum malu. Farish menekup mulutnya. Menahan ketawa.

***


“ Zulfa, bulan depan kita sekeluarga pindah ke Perak ek.” Ayah bertutur lembut.

“ Perak? Kenapa, yah?” Zulfa tertanya-tanya.

“ Tak ada apa-apa. Kita mula kehidupan baru.”

“ Em… Zulfa tak kisah, Zulfa ikut sahaja.”

“ Ini adalah keputusan yang terbaik untuk kita sekeluarga. Ayah tak nak gaduh-gaduh dengan adik-beradik ayah. Biar kita mengalah, walaupun kita tak salah. Allah tahu segala kebenarankan? Biarkan Allah balas segalanya.” Sayu suara ayah menutur kalamnya. Semua ahli keluarga hanya berdiam diri. Tiada kata. Bersetuju dengan ayah. Ya, mungkin ini yang terbaik untuk semua.

“ Zulfa tahu tak Cik Dol cakap apa dengan ayah hari tu?” Aida Basyirah, kakak sulung Zulfa Zayanah membisikkan sesuatu ke telinga Zulfa.

“ Hari tu, bila? Apa Cik Dol cakap?” Zulfa segera membalas.

“ Kak Ira pun tak tahu bila, tapi ibu yang cakap. Ibu cakap, Cik Dol beritahu ayah bahawa
ayah bukan abang dia lagi.”

“ Ha?! Gila ke apa Cik Dol tu?”

Confirm gila. Tak tahu hukum hakam. Kalau isteri pakai tudung litup, muka control ayu, baiklah konon, tapi hati busuk sama je.”

Tujuh tahun sudah berlalu dan aku masih kaku di sini tanpa sebarang tindakan. Hati maki hamun sana-sini, tubuh langsung tidak bergerak. Aku perlu kembalikan hak aku. Jika mereka yang menyebabkan keluarga aku begini, akan aku pastikan suatu hari nanti semuanya akan terbalas. Percayalah!

Kau dan keluarga takkan hidup senang apabila aku sudah bersuara. Lebih baik kamu lakukan persediaan awal. Bina benteng pemisah di setiap sudut rumahmu kerana mungkin aku akan baling bom ke dalamnya. Keluargamu sudah buat keluarga aku sengsara, maka kini tiba giliran aku pula ya. Tiba masanya, aku akan balas segala-galanya; mengembalikan hak keluarga aku, maruah aku dan keluarga, saat kebahagiaan keluarga. Semua tu akan aku kutip semula daripa orang yang berani merampasnya. Biar dia jatuh tersungkur, darah mengalir dari setiap sudut jiwanya. Aku hanya melihat dan ketawa.

No comments: