Sunday, September 19, 2010

Inikah Saudaraku? 7


Kalau dendam sudah membara,
Darah merah kan tertumpah jua.


“ Zulfa Zayanah? Kenapa ni?”

“ Tak ada apa-apa, bu.” Ibu menengur anaknya yang dari tadi hanya menjamah pandangan jalan raya.

“ Dari tadi diam je. Ada masalah dengan kawan-kawan ke?”

“ Tak ada lah, bu.”

“ Dah tu?”

“ Zulfa sedang fikir tentang lamaran kerja Cikgu Farahin ni. Cikgu Farahin minta tolong dengan Zulfa. Dia suruh jagakan gerai dia kat Wisma Putra tu.”

“ Oh. Dah tu, Zulfa terima tak?”

“ Em... Entahlah, bu. Zulfa pun bingung dah ni fikirkan pasal kerja ni.”

“ Terima je lah. Kamu tu bukan buat apa-apa kat rumah pun. Kalau kamu kerja, bolehlah dapat duit sikit. Kerja apa yang cikgu kamu tu offer?”

“ Alah, jadi penjual je. Gerai dia tu bukannya besar mana pun.”

“ Oh, baguslah tu. Berapa gaji dia bagi?”

“ Sehari, lebih kurang RM15. Dari pagi sampai petang.”

“ Ok juga tu. Jadi, macam mana? Kamu nak terima tak?”

“ Em… Tak tahu lagilah, bu. Zulfa macam belum ada mood kerja lagi. Banyak perkara yang menghempap Zulfa sehari dua ni.”

“ Yalah, suka hati kamulah ya. Keputusan kat tangan kamu.” Pandangan Zulfa masih tidak lari dari pemandangan asalnya.

***


Jantungku berdegup kencang. Laju. Aku mengambil telefon bimbitku yang diletakkan di atas katil. Nombor yang sepatutnya kutekan. Semakin cepat jantungku berdetak.

“ Assalamualaikum.”

“ Waalaikumussalam, cikgu.”

“ Ya, Zulfa. Saya dah lama tunggu jawapan kamu. Bagaimana?”

“ Saya…” Nafas ditarik sedalam-dalamnya. Zulfa mengharapkan jawapan yang diberikan adalah jawapan yang sebaiknya.

“ Saya terima kerja cikgu.”

“ Alhamdulillah. Terima kasih, Zulfa. Esok kamu dah boleh kerja ek. Kamu tahukan gerai cikgu kat mana?”

“ Tahu, cikgu. Esok saya akan datang ke gerai cikgu.”

Talian diputuskan. Zulfa merebahkan badannya ke katil. Lemah. Badannya langsung lemah. Zulfa merasakan seperti mahu menelefon kembali cikgunya untuk menyatakan ‘TIDAK’.

Ah, macam mana ni. Ya Allah, betulkah keputusan yang aku lakukan ini?


***


Kanan dan kiri,
Cuba berlari,
Masihku dihujani tohmah dan caci,
Jangan sekali aku diletak ke bawah,
Hanya kerana jalan hidup yang susah.

Tak siapa di antara kita di dunia,
Memilih jalan hidup yang derita,
Aku sering dipersenda dan sering dikecewa,
Oleh hati mereka yang tak punya rasa.

Luka dilukai
Shima


***


Aku dan keluarga menziarahi keluarga Zai. Menurut kata mak Zai, dia ingin mendamaikan pertengkaran di antara keluargaku dan keluarga Cik Dol. Selepas solat Isyak, aku sekeluarga terus ke rumah Zai.

Setibanya di sana, keluarga Cik Dol belum lagi tiba. Ayahku berbual-bual dengan bapa Zai. Zai tidak keluar-keluar dari biliknya.

Ah, aku tidak suka begini! Keluargaku sememangnya punya hati yang baik. Walaupun tidak bersalah, tetap lembut hati untuk meminta maaf. Aku? Tidak ikhlas!

Sudah satu jam menunggu ketibaan Cik Dol. Mereka tidak hadir untuk menyelesaikan masalah ini. Aku hanya tersenyum. Tahu dengan perangai dia dan keluarga. Penakut.

“ Mak cik, mana Zai?” Aku cuba bersuara.

“ Dia dah tidur dah.” Ternganga mulutku dibuatnya. Dia yang jemput, dia yang tidur dulu? Apa ni?

“ Kami pulang dululah ek. Kami minta maaf kalau ada silap dan salah.” Ayahku bersuara.

“ Lain kali jangan buat cerita lagi ek.” Mak Zai membisikkan kepadaku semasa memelukku. Aku mengerutkan kening. Pelukan segera kulepaskan. Tidak sabar untuk pulang.

Eh, anak kau yang tak keluar dari bilik tu yang buat cerita. Kalau berani, keluarlah! Berani kerana benar, takut kerana salah. Ah, aku takkan biarkan perkara ini begitu sahaja! Percayalah, satu hari nanti Allah akan balas semuanya cash!

No comments: