Showing posts with label Penantiannya.... Show all posts
Showing posts with label Penantiannya.... Show all posts

Tuesday, March 2, 2010

Penantiannya... (Akhir)

Kini sudah tiba masanya untuk aku kembali ke tempat tinggalku. Aku melihat Kyra melangkah keluar dari rumah dengan senyap. Surat itu telah dimasukkan ke dalam peti surat rumah Faiz. ' Dia tak mengaku kalah.' Hatiku berbicara.

Lagu Jinbara, Patri menjadi ringtone telefon bimbitku tiba2 berbunyi riang. Nama Hafeez terpapar di kaca skrin handphoneku.
" Hello, Assalamualaikum." Salam kuucapkan kepadanya. " Waalaikumussalam. Dah nak pergi ke? Hati2 ek. Harap kita dapat jumpa lagi. Nanti kalau ada apa2 saya bagi mesej atau call awak ek. Bye. " Suaranya kudengar agak terburu-buru. " A'ah. InsyaAllah. Hurm... Bye," jawabku ringkas. Talian telefon dimatikan.

Dapat kulihat Kyra melangkah meninggalkan rumah mak cikku dengan 1001 harapan & doa. Aku pula mengorak langkah dengan 1001 pertanyaan. Aku merenung tepat ke mata Kyra, memberi harapan.

" Kalau ada jodoh, ada la ek," ringkas ucapanku. Dia mengangguk.

Sehingga kini, dia masih menunggu. Menunggu suratnya dibalas. Menunggu Faiz, sehingga tiba masanya untuk dia lupakan si dia.

Aku & Hafeez? Ah, lupakan saja!

Noktah.



tQ 4 reading! I'm really appreciate it. tQ sooo much! Cerita Penantiannya... ini, tidak memberi impak yang besar kepada Syaza. Tapi, cerita Syaza yang seterusnya, insyaAllah akan memberi impak yang sebaik mungkin. Segala kelemahan harap dimaafkan. http://emo.huhiho.com

Monday, March 1, 2010

Penantiannya... VII

Tut! Tut! Tanda pesanan ringkas berbunyi di handphoneku. Aku membaca mesej tersebut.

Salam. Kau hadir dalam setiap tatapan mataku. Entah kenapa, tidak kutemui jawapannya. Jika kau sudi, aku ingin bina sebuah jambatan persahabatan. :) Bila awak balik Johor?
-Hafeez-

Jiwang. Aku hampir tergelak. Walaupun aku pandai bermain kata-kata, namun aku hanya balas dengan susunan ayat biasa.
Wslm. Boleh, kita kawan je. Esok malam saya balik Johor.

Isyarat SMS berbunyi lagi.
Tq. :) Esok? Tak boleh lah kita jumpa lagi. Esok saya ada aktiviti dengan family . Macam mana ni?

Mesej terakhir kubalas.
You are welcome. Tak apa. Alhamdulillah, kita tak dapat jumpa. :) InsyaAllah, lain tahun kita jumpa. Who knows, right? Ok lah Hafeez, saya sibuk sikit ni. Nak kemas barang. Hajimemashite ( nice to meet you ). Salam~

SMS darinya kuterima lagi.
Em. Ok lah. Tq sebab sudi kawan dengan saya. Wslm.

Aku biarkan sahaja mesej itu. Adikku, Kyra sibuk menulis sepucuk surat lagi. Kulihat isinya. Isi yang sama. Hanya surat perkenalan diri. Di hadapan sampul surat tertulis, ' Untuk anak bongsu Aunty Zai '. Aku tersenyum sendiri. :) Barang kukemas untuk pulang ke Johor.

Adakah Kyra dapat menambat hati Faiz? Bagaimana pula dengan Farah & Hafeez? Ketahui dalam Penantiannya... akhir. Teruskan membaca! Ganbatte kudasai! =)

Bersambung...

Sunday, February 28, 2010

Penantiannya... VI

Haiqal menekan loceng rumah Aunty Zai sambil memberi salam. Aku hanya melihat dari jauh. Tiba2 seorang lelaki keluar dari rumah tersebut. Jantungku berdegup kencang. Dapat kulihat surat itu telah sampai di tangan abangnya.

" Siapa bagi?" Suaranya kedengaran agak tegas. Haiqal mengarahkan jarinya kepadaku. Aku menggeleng. " Bukan saya. Adik saya yang bagi." Perasaan gementar menyelubungi tubuhku. Adikku hanya melihat dari tingkat atas.

Aku & Haiqal terus masuk ke rumah. Hari ini adalah hari terakhir aku & keluarga berada di rumah Cik Amy. Ibu ayahku tidak ada di rumah. ' Esok malam dah nak balik, sempat lagi pergi jalan2 .' Aku bermonolog.

" Assalamualaikum." Aku terdengar salam daripada suara yang tidak kukenali. Aku melihat keluar. Ha?! Dia nak apa lagi? (0_o) Fikiranku kusut. Kini dia berseorangan. " Waalaikumsalam. Ya, nak cari siapa?" aku menjawab. Senyuman dihadiahkan kepadaku. " Nak jumpa awak sekejap, boleh?" Dia meminta izin dengan suaranya yang agak perlahan. " Awak nak apa?" soalku.

" Awak tinggal kat mana? Saya nak kenal dengan awak boleh?" Dia cuba menarik perhatianku, namun aku sudah bosan akan soalan2 sebegitu. " Saya tinggal kat Johor. Ini rumah mak cik saya," jawabku. Beberapa orang gadis melepasi di hadapan kawasan rumah mak cikku. Gedik! Gatal! Aku tidak mahu perkataan itu yang mereka lontarkan padaku. Aku tidak mahu mereka salah faham. Mereka merenung tepat wajahku. Aku tertunduk malu.

" Ada apa2 lagi nak cakap? Kalau tak ada, saya masuk dulu. Tak manis kalau orang nampak." Kata2 ini kuucapkan kepadanya. " Em. Tak apalah. Ini nombor telefon saya. Nombor telefon awak?" Suaranya kedengaran agak kecewa atas kata2 yang kuucapkan tadi. Rasa kasihan terbit di lubuk hatiku. " Sekejap, saya misscall awak. Itu nombor telefon saya." Aku terus berlalu pergi. Ucapan terima kasih dapat kudengar dari jauh.

Apakah yang berlaku selepas ini?
Ketahui dalam Penantiannya... seterusnya. Teruskan membaca! Ganbatte kudasai! =)

Bersambung...

Saturday, February 27, 2010

Penantiannya... V

Aku melayan karenah budak2 tersebut. Aku ternamapak sekumpulan budak lelaki datang ke padang. Mereka yang selalu bermain di sini. Mereka kelihatan tidak senang akan kehadiran kami di padang itu.

Kini, aku bertekad ingin mengundurkan diri. " Kak Farah penat arr. Nak rehat sekejap. Cuba ajak dia orang main." Aku menunjukkan ke areah sekumpulan budak lelaki tadi. " Kak Farah ajak la dia orang," ujar Danial.

Aku cuba memberanikan diri untuk berbicara. " Kauorang nak main ek. Kalau nak main, main la." Aku mengajak mereka supaya turut turun padang bermain b'sama. Mulanya salah satu daripada mereka menggeleng, tetapi gelengan itu diikuti dengan anggukan.

Aku mengerti akan maksudnya. Wajahnya seperti kukenali. ' Oh, inilah Faiz.' Aku memberikan senyuman kepadanya. Dia tersipu-sipu malu. Tenang. Aku berehat di bangku bawah pokok rendang itu. Redup.

Bunyi moto meriuhkan suasana. Aku terlihat dia. " Haiqal, jom balik. Kyra, balik. Danial, akak balik dulu ek." Adikku, Kyra hadir kembali dari berpusing-pusing di taman itu. Lambaian kami hulurkan kepada Danial. ' Mudah-mudahan dia tak nampak aku.' Tiba2 sebuah motosikal berhenti di hadapanku. Apa dia nak? (!_!) " Awak, nama awak siapa?" Soalnya setelah memberhentikan aku di tepi jalan. " Farah," balasku ringkas. Aku meneruskan kayuhanku. Dia mengiringiku. Rimas.

Aku memberhentikan kayuhan. " Awak nak apa?" tegasku. " Nak kenal dengan awak. Awak duduk mana?" ujarnya. " Saya duduk kat rumah. Maaf ek, saya kena cepat." Kyra & Haiqal melihat aq dari jauh. Lantas aku meninggalkannya.

Cahaya bulan menerangi malam ini. Aku membuka pintu bilik & ternampak adikku, Kyra sedang menulis sepucuk surat. Untuk siapa surat itu ditujukan, tidak kuketahui. Perasaan ingin tahuku tiba2 membuak-buak.

" Kyra tulis surat untk siapa?" soalku. " Untuk Faiz," jawabnya sambil mengukir senyuman manis. " Esok petang, Kak Farah tolong bagi kat dia ek," sambungnya. " Ha?! Kak Farah? Bagi arr sendiri." Terperanjat aku akan perintahnya. " Alah, tolonglah bagikan," rayunya. Aku melihat isi surat tersebut. Ah, hanya sekadar surat perkenalan diri. " InsyaAllah," ujarku.


Adakah Farah akan memberikan surat itu kepada Faiz?
Ketahui dalam Penantiannya... seterusnya. Teruskan membaca! Ganbatte kudasai! =)

Bersambung...

Friday, February 26, 2010

Penantiannya... IV

" Hai. Awak tinggal kat sini ke? Tak pernah nampak pun sebelum ni." Senyuman yang dihadiahkan kepadaku tampak ikhlas. Kelihatan dia & rakannya masih duduk di motor mereka. Aku membalas senyumannya. :) Lantas berkata, " Tak. Saya tak tinggal kat sini. Ni rumah aunty saya." Aku diam seketika. " Maaf la ek. Dah nak Maghrib ni, kita orang masuk dulu." Lalu aku mengarahkan adikku & Haiqal untuk masuk ke rumah. " Esok jumpa lagi ek," katanya. Aku tunduk, lalu masuk ke rumah tanpa melihat reaksi mereka.

Keesokan harinya...

" Kak Farah, petang ni kita pergi padang ek. Main bola ajak Haiqal. " InsyaAllah, kalau tak hujan. Lepas Asar terus pergi tau. Nanti ada orang main pula kat sana," kataku.

Seusai solat Asar, kami terus bersiap-siap untuk ke padang. " Ibu, ayah, kita orang pergi padang dulu." Ucapan ini sentiasa kami lontarkan sebelum pergi ke suatu tempat. Petang ini cuaca kembali cerah. Sinaran matahari memancar ke setiap ruang rumah di kawasan itu.

Setibanya kami di sana, padang itu masih kosong. Aku & Hiaqal terus memijak rumput2 hijau di padang tersebut, manakala Kyra duduk di bangku dekat pokok rendang yang berhampiran dengan padang. Mula2 nya memang kami berdua yang menceriakan padang itu, namun kini bertiga. Danial, rakan Haiqal menawarkan diri untuk bermain bersama.

" Nak join sekali boleh?" Suara itu kudengar daripada salah seorang daripada sekumpulan budak lelaki yang menuju ke arah kami. Danial & Haiqal memandang tepat ke wajahku. " Em... Boleh," balasku. " Kamiulah Botak FC." Semuanya cuba bersuara. Aku menghadiahkan senyuman kepada mereka. Baru kusedari mereka semua sememangnya botak. Ah, tidak hairanlah kalau mereka menggelarkan kumpulan mereka Botak FC.

Setelah lama bermain, taman permainan itu semakin dibanjiri oleh jiran tetangga. Aku mengundurkan diri & melihat mereka bermain. Namun begitu, mereka cuba menghalang. " Kak Farah, jom la main," rayu Danish. Aku tersenyum. " Tak apa lah. Main arr dulu. Kak Farah penat." Aku cuba memberi alasan. Aku ingin melabuhkan punggungku di bangku bawah pokok itu, tetapi tanganku ditarik oleh Danial & Haiqal.

' Mana Kyra pergi ni?' Kelibatnya tidak kelihatan.

Ke manakah Kyra menghilangkan diri?
Ketahuinya dalam Penantiannya... seterusnya. Teruskan membaca! Ganbatte kudasai! =)

Bersambung...

Thursday, February 25, 2010

Penantiannya... III

" Anak Aunty Zai? Yang mana satu?" Mak cikku kurang pasti akan soalan Kyra. " Owh, Aunty Zai ek nama maknya," ujar adikku. Beberapa anggukan dibalas. Adikku menyambung percakapannya. " Anak Aunty Zai yang selalu naik basikal tu. Cik Amy kenal tak?" " Owh, yang itu. Kalau tak silap namanya, Faiz. Mungkin la. Dia tu rasanya anak bongsu. Kenapa? Kyra suka kat dia ek? " Jawapan yang kurang pasti, tidak meyakinkan diriku. Namun, soalan demi soalan diajukan kepada adikku. Adikku menggeleng & tersenyum sendiri. :]

....................................................

" Alamak, hujan la pula," Haiqah mengeluh. " Ish. Mana boleh cakap macam tu. Hujan tu kan rahmat. Dah seminggu tak hujan. Lain kali kalau hujan, ucap 'Alhamdulillah'," jelasku. " Alhamdulillah, hujan," ucap Haiqal sambil mngurkir senyuman sinis.

" Kak Farah! Kak Farah!" Teriakan Kyra membuatkan aku terus panic . Aku terus bergegas ke tingkat atas diikuti oleh Haiqal. " Kenapa?!" soalku. " Itu dia." Kyra menunjukkan ke arah budak yang bernama Faiz.

Walaupun hujan, Faiz tetap keluar rumah. Mengayuh basikal dengan gembira tanpa menghiraukan cuaca. " Astaghfirullah. Buat penat je," keluhku. Tercungap-cungap aku dibuatnya. Kepenatanku dibalas dengan ketawa kecil oleh Kyra. Aku melihat titik2 air hujan jatuh ke bumi yang berlantaikan tanah.

" Kak Farah, hujan dah berhenti!" Jeritan Haiqal menghilangkan lamunanku. Pukul 6? " Em...http://emo.huhiho.com Tak bolehlah Haiqal. Kita pergi esok je ek. InsyaAllah! Kita pergi main2 kat depan rumah je la ek. Tapi sekejap je tau," ajakku. Aku menyarungkan stokin, jaket & tudung. Kyra turut menyertai kami.

Aku hanya melihat gelagat adikku & Haiqal ketika bermain badminton. " Haiqal, tepi. Ada motor nak lalu," ujar Kyra. Mereka berdua memberi laluan sekempulan motor tersebut. " Kak Farah, itu lelaki semalam kan. Dia tengok2 sini tadi." Haiqal meberitahu kepadaku. Aku cuba tidak mengendahkan kata2 nya.

Pin! Pin! Bunyi hon motor tersebut memecah suasana sunyi pada petang itu. Sebuah motor berhenti di hadapanku. (0_o)

Siapakah yang berhenti di hadapan Farah? Apakah tujuannya?
Ketahuinya dalam Penantiannya... seterusnya. Teruskan membaca! Ganbatte kudasai! =)

Bersambung...

Wednesday, February 24, 2010

Penantiannya... II

Walaupun aku gadis bertudung, namun itu bukanlah penghalang bagiku. Lantaklah orang nak cakap apa. Asalkan aku jadi diri sendiri. Aku tak kacau orang pun. Gedebuk! " Aduh! (0_o) Ya Allah!" Teriakanku tidak berapa kuat. Aku terpeleset lalu jatuh ke tanah ketika ingin merampas bola dari Aiman. Aku bangkit semula sambil melihat reaksi orang. Aku cuba membersihkan seluarku, namun kotoran lumpur masih melekat. Ah, biarkan saja! Walaubagaimanapun, aq tetap meneruskan permainan itu. :)

Hari semakin senja, cahaya matahari semakin samar2 di kaki langit, orang semakin berkurangan. Begitu juga dengan kami, kami pulang dengn hati yang gembira, membawa kenanganpada hari ini bersama-sama. Kami menemani Aiman pulang ke rumah.

Semasa dalam perjalanan pulang, aku terlihat sekumpulan 'mat2 moto' di hadpan kami. Kami mengayuh basikal seperti biasa. Tiba2 bekalan air yang dibawa olehku terlepas dari tangan. ' Alamak!' Hatiku bersuara. Aku segera membrek & menoleh ke arah botol air tersebut.

" Nah, botol awak. Lain kali hati2 ek," kata salah seorang penunggang motor tadi sambil menghulurkan botol airku. " Terima kasih ek," balasku. Senyuman kuhadiahkan padanya & terus berlalu dari situ. Dapat kulihat rakan2 nya hanya tersenyum & ada juga yang menyakat. Malah, aku biarkan saja mereka.

...............................................

" Kak Farah, itu dia ke?" Soal adikku setibanya di rumah sambil menunjukkan ke arah seorang budak lelaki yang menetap bersdekatan dengan rumah mak cik kami. " A'ah kot. Haiqal, siapa nama budak tu?" Tanyaku kepada Haiqal. " Entah la. Mama tah arr," ujarnya. Kami segera masuk ke dalam rumah untuk mengetahui kehadiran mama Haiqal, Cik amy. " Ibu, Cik Amy dah balik?" adikku, Kyra menyoal. " Belum lagi," jawab ibuku.

' Ha?! Belum? Selalunya jam2 macam ni dah balik dah.' Aku agak hairan tapi tidak kuluahkan dari mulutku. Aku & Kyra bergegas naik ke atas untuk membersihkan diri. Seusai solat Maghrib, kami turun ke ruang tamu. " Cik Amy! Baru balik ke?" Dapat kulihat keletihan yang tergambar di wajah mak cikku. " A'ah. Farah, kat meja tu ada burger . Makan la. Cik Amy beli barang dapur tadi." Mak cikku menjawab.

Aku mengangguk tanda akur & faham akan kata2 nya. Aku meneliti barang2 yang dibelinya lalu mengemas barang2 itu di tempat yang sepatutnya.

" Cik Amy, kenal ak anak mak cik yang sebelah sana tu?" Kyra terus menyoal mak ciknya tanpa segan silu.

Adakah Cik Amy mengenali budak lelaki yang dimaksudkan oleh Kyra?
Ketahuinya dalam Penantiannya... selanjutnya. Teruskan membaca! Ganbatte kudasai! =)

Bersambung...

Tuesday, February 23, 2010

Penantiannya... I

Suasana petang yang cerah pada hari ini, menarik perhatian kami bertiga. Aku bersama adikku, Kyra & anak saudarku, Haiqal bercadang untuk keluar bermain seperti hari2 biasa sebelumnya. Inilah rutin kami sehari-harian, sepanjang petang. Keluar bersama-sama, berkumpul untuk bermain & melihat telatah jiran tetangga di taman permainan dekat dengan kawasan perumahan kami.

Pada petang ini, kami bercadang untuk bermain ragbi, di samping menunggu rakan Haiqal datang ke rumah untuk membawa kami ke taman permainan. Haiqah sudah berjanji dengan rakannya untuk bawanya bersama. Jadi, kami terpaksa menunggu kehadirannya.

Tidak samapi 10 minit, kehadiran Aiman, rakan Haiqal teah kelihatan dengan basikalnya yang berwarna merah. Comel sungguh Aiman ni! Memang tidak dapat dinafikan tahap kecomelannya itu. Tanpa berlengah lagi, kami meminta izin daripada ibuku untuk turun ke taman permainan. " Boleh, pergilah. Hati2 tau." Pesan ibuku yg sentiasa terngiang-ngian di cuping telingaku.

Setibanya kami ditaman permainan itu, kami meletakkan basikal2 kami dengan tersusun. Haiqal membawa bola sepak bersama-samanya supaya dia boleh bermain bersama rakannya. Kami agak terlewat petang itu kerana padang bola sepak di taman permainan itu sudah ada pemainnya.

" Macam mana ni Kak Farah? Nak main kat mana?" Soal Haiqal kepadaku. " Kita main kat bawah pokok ni je lah," jawabku. Mereka akur akan keputusanku. Aku dapat merasakan diriku sudah kembali ke zaman budak2 . Sungguh kebudak-budakan sifatku ini. Aku membahagikan kumpulan kami kepada 2 kumpulan. Aq berganding dengan Kyra, Haiqal pula berganding dengan Aiman.

Aku melihat keadaan sekeliling. Dapat kurasakan semua gadis memandang ke arahku. ' Kenapa dia orang tengok aku?http://emo.huhiho.com Ha! Rupa2 nya, aku & Kyra sahaja gadis yang bermain bola sepak di taman itu. Mungkin mereka sangkakan yang aku ini ingin menarik perhatian sang pria di sana. Ah, lupakan saja!'

Aku & Kyra sememangnya dilahirkan sebegini. Kami dilahirkan di sebuah kampung. Kami memang gemar akan permainan2 yang lasak, terutamanya aku. Aku suka bermain permainan lelaki. Tambahan pula, aku jarang berminat dengan permainan perempuan. Sungguh ayu & membosankan! Itu yang dapat kusimpulkan.

Adakah Kak Farah akan menitik beratkan pendapat orang tentang dia? Ketahuinya dalam Penantiannya... selanjutnya. Teruskan membaca! Ganbatte kudasai! =)

Bersambung...