Wednesday, June 23, 2010

Inikah Saudaraku? 5


Kalau dendam sudah membara,
Darah merah kan tertumpah jua.


“ Zul! Kenapa kau makin kurus arr? Apa rahsia kau?” Ketawa pecah di bibir mereka. Zulfa tersenyum mendengar soalan tersebut.

“ Woi, mulut korang jaga sikit boleh tak? Mana ada aku kurus. Aku masih macam dulu lagilah.” Air lemon ais dihadapannya dihirup.

“ Eh, betullah Zul! Kau dah kurus sikit. Kau ada masalah ke?” Salah seorang rakannya bertanya.

“ Aku makan hati je.” Zulfa tersenyum sinis.

“ Makan hati? Makan hati apa? Lembu? Kambing? Ayam? Hati ayam sedap woo.” Sekali lagi, ketawa berderai.

“ Ish, korang ni main-main pula. Zul, kau ada masalah ke? Ada apa-apa yang kita orang boleh tolong?” Rina, kawan baiknya cuba mengembalikan suasana.

Rina Syahirah adalah seorang rakan perempuan kepada Zulfa Zayanah. Hanya dia sahaja yang Zulfa rapat. Tetapi, kalau rakan lelaki tidak usah dikira. Zulfa amat disenangi dengan rakan-rakan lelaki di sekolahnya. Oleh sebab itu, beberapa rakan perempuannya tidak gemar berkawan dengan Zulfa. Namun begitu, Zulfa tidak mahu ambil kisah. Zulfa hanya menjadi diri sendiri. Peristiwa silamnya membuatkan dia serik berkawan dengan perempuan. Walau bagaimanapun, dia tidak pernah menolak seiapa yang ingin berkawan dengannya.

“ Tak ada apa-apalah. Aku tak ada selera je nak makan kat rumah tu. Yalah, balik-balik buat benda yang sama. Aku boringlah wei. Sebab tu aku nak jumpa korang ni. Lepak sama-sama. Jadi, bolehlah aku tambah berat badan aku balik.” Zulfa menghadiahkan senyuman.

Korang tak perlu tahu kepedihan hati yang aku alami. Aku tidak mahun kamu turut merasainya keperitannya. Ianya terlalu sakit wahai rakan. Biar sahaja aku yang tanggung semua ini. Aku tidak pernah memberitahu hal peribadi aku kepada kamu. Oleh itu, yang ini juga aku akan simpan dalam kalbuku. Biar Allah sahaja yang tahu keperitannya.

Rakan-rakan yang lain hanya memandang ke wajah Zulfa. Mereka cuba mendalami erti yang tersirat di sebalik wajah itu. Mereka sudah masak dengan perangai Zulfa yang suka benar menyenangkan hati rakan-rakannya. Dia tidak mahu menyusahkan orang lain. Biar sahaja dirinya yang tanggung semuanya. Zulfa membalas pandangan setiap rakannya.

“ Korang tahu tak, tadi Cikgu Farahin call aku. Dia cakap dia nak offer kerja untuk aku.” Zulfa menukar topik perbualan setelah melihat suatu kelainan yang keluar dari air muka rakan-rakannya.

“ Kerja apa?” Farish seperti mengerti maksudnya.

Zulfa memandang ke arahnya. Dia mengulum senyuman segera. Farish membalasnya dengan sisa senyuman.

“ Jaga gerai dia yang kat Wisma Putra tu.”

“ Oh, kat situ. Biasanya ramai orang yang lalu lalang kat sana tu.”

“ Memanglah. Itukan tempat orang shopping. Sengallah kau ni, Farish.”

“ Jadi, kau terima tak tawaran Cikgu Farahin?” Nada ingin tahu Rina jelas kedengaran.

“ Pasal tu, aku tengah fikir lagi. Tengoklah macam mana nanti. Aku macam nak terima sebab bosan gila terperap kat rumah je. Tapi, macam taknak juga, sebab nanti tak dapat lepak dengan korang semua.”

“ Zul, kau jangan risaulah. Kita orang ni pun tengah cari kerja. Kau, kerja dah depan mata takkan nak lepaskan kot. Kalau kau taknak, kau bagi tahu Cikgu Farahin yang aku nak. Ok?” Mamat, salah satu rakannya bersuaara.

Zulfa memandang semua rakannya. Kesemuanya mengangguk tanda setuju akan kata-kata Mamat. Zulfa melemparkan senyuman dan hanya mendiamkan diri. Zulfa memegang kepalanya dengan kedua-dua belah tangan, mungkin kerana tertekan. Semua mata rakan-rakannya terbeliak kecuali Farish.

“ Zul, tangan kau kenapa?”

“ Tangan aku? Kenapa?” Zulfa tidak mengerti apa yang dimaksudkan.

“ Tu. Apasal tangan kau berbalut tu?” Zulfa terlupa akan tangannya yang berbalut itu. Dia segera menurunkan tangannya dan sembunyikannya di bawah meja. Dari awal tadi, dia hanya memasukkan tangannya di dalam poket seluarnya.

“ Oh, aku jatuh kat rumah tadi.” Farish memandang ke wajah Zulfa. Air muka Zulfa yang selamba membuatkan mereka percaya akan kata-katanya.

“ Macam mana boleh jatuh?”

“ Tak payahlah korang nak tahu.”

Setelah penat mereka berjalan dari pagi sampai ke petang - solat yang wajib tidak pernah mereka lupakan, mereka berpisah untuk pulang ke rumah masing-masing. Hari yang agak menggembirakan ini akan mereka ingat sampai bila-bila. Itu janji mereka.

“ Zul, aku temankan kau balik boleh?” Farish meminta izin terlebih dahulu. Dia takut kalau-kalau ada darah merah yang akan mengalir keluar dari hidungnya pula nanti apabila dia terus mengikuti jejak langkah Zulfa.

“ Em, boleh. Rumah kaukan, dekat juga dengan rumah aku.”

“ Yalah, aku takut kalau kau tak bagi.”

Zulfa menoleh dan memandang tajam ke wajah Farish. Langkah Farish terhenti. Jantungnya berdegup laju. Matilah aku! Aku terlepas cakaplah pula.

“ Jomlah, Farish! Nanti makin lambat pula.” Zulfa menghadiahkan senyuman. Dia meneruskan perjalanan.

Langkah Farish yang kaku, kini kembali dalam keadaan normal. Degupan jantung juga begitu. Dia berlari-lari anak menuju ke arah Zulfa. Hatinya berbunga mekar akan kelakuan Zulfa kali ini.

“ Zul, kenapa kau tak marah aku?”

“ Marah kau? Buat apa?”

“ Kaukan tak suka aku ikut kau.”

“ Kau boleh ikut aku kali ni je sebab kau tolong ubatkan ni.” Zulfa menunjukkan tangannya yang sudah bersih dari darah kering tadi.

“ Jadi lepas ni aku tak boleh ikut kaulah ek?”

“ Em, tak boleh.”

“ Kali ni je?”

“ Ya, Encik Farish. Kali ni je.”

“ Kalau macam tu, bagus aku balik sendiri.”

“ Baliklah.” Zulfa tetap meneruskan perjalanannya. Farish menggeleng kecil melihat tingkah laku rakannya, Zulfa.

“ Eh, Zul! Aku balik sekali dengan kaulah ek. Aku main-main je tadi. Mana boleh aku lepaskan peluang keemasan macam ni.” Farish tersenyum dengan kata-kata yang dilontarkan.

Langkah Zulfa terhenti. Dia menoleh, melihat Farish yang berada di belakangnya. Langkah Farish turut terhenti setelah melihat langkah Zulfa tidak bergerak.

“ Peluang keemasan? Maksud kau?”

Relax arr Zul. Maksud aku, bukan senang nak jalan dengan kau, berdua macam ni dengan izin kau. Biasanya, kau akan menolak pelawaan aku untuk jalan-jalan dengan kau. Lagipun, kau selalu tak nak aku jalan dengan kau.” Farish meluahkan sedikit isi hatinya. Air peluh mula membasahi dahinya. Payah benar untuk dia luahkan apa yang tersimpan di dalam hatinya apabila berdepan dengan Zulfa.

Air muka Zulfa yang serius bertukar menjadi ceria. Dia tergelak kecil mendengar secebis isi hati Farish. Dia telah kumpulkan keberanian itu berapa lama agaknya? Tidak pernah dia berterus-terang begini. Sudah matang barangkali. Zulfa menghadiahkan senyuman.

Farish merasa pelik akan kelakuan Zulfa pada hari ini. Dia mengerutkan dahinya. Zulfa mengamati wajah Farish yang semakin dalam kebingungan. Ketawa kecil kedengaran di corong telinga Farish. Namun begitu, wajah ceria Zulfa membuatkan diri Farish semakin selesa dengannya. Ini adalah pertama kali dia melihat Zulfa tersenyum lebar dengan ikhlas. Sebelum ini mungkin hanya lakonan supaya dapat menutupi rahsia yang dipendamkannya. Farish turut tersenyum melihat Zulfa berkelakuan begitu.

“ Kenapa kau gelakkan aku?”

“ Bila kau kumpulkan keberania tu? Dah berapa lama?” Senyuman Zulfa semakin lebar. Perjalanan ke perhentian bas diriuhkan oleh mereka berdua.

Suara Zulfa yang agak lantang membuatkan Farish berasa malu.

“ Kau nikan. Aku penat kumpul keberanian tu untuk cakap dengan kau tahu? Kau tak hargai ke?”

“ Maafkan aku ek Farish. Aku buat kau tak selesa dengan aku. Aku bukan apa, aku cuma… Eh, bas dah sampai!” Kalam Zulfa terputus di situ.

“ Zul! Kau cuma apa?”

Disebabkan bunyi bising enjin bas membuatkan Zulfa tidak dengar akan pertanyaan Farish. Farish pula perlu kumpulkan keberanian yang baru untuk menanyakan tentang kalam Zulfa yang terputus itu. Zulfa dan Farish melangkah masuk ke dalam bas. Farish mengeluh kecil.

“ Huh!”

Friday, June 11, 2010

Inikah Saudaraku? 4


Kalau dendam sudah membara,
Darah merah kan tertumpah jua.


“ Farish… Farish… Kau ok tak?” Zulfa menuturkan kalamnya dengan lemah.

“ Aku ok. Kau ok tak?” Farish membalas lalu mengebas-ngebas punggungnya yang kotor.

“ Aku… Aku…”

“ Kenapa Zul? Kau ada luka mana-mana ke?” Lantas Farish menuju ke arah Zulfa yang masih lagi terduduk di tepi jalan.

Zulfa melihat telapak tangannya yang dipenuhi dengan darah merah. Darah? Ah, kutagih darah merah yang tumpah dari tubuh orang lain bukan dari tubuhku!

“ Zul! Tangan kau! Kau ok tak? Kalau tak kita batalkan je perjumpaan kita ni.” Gelopoh Farish melontarkan kalam.

“ Ish, tak apalah Farish. Aku ok. Yang kau gopoh gila ni kenapa? Setakat darah ni, aku dah biasalah.” Zulfa terus bangkit dari jatuhnya.

“ Jom gerak sekarang. Nanti terlepas bas pula.” Zulfa terus memulakan langkah dengan gagah. Walaupun masih punya darah merah yang menitik jatuh dari tangannya ke tanah.

“ Tapi… Tapi… Tangan kau…”

“ Tangan apa?! Kenapa dengan tangan aku? Darah ni? Aku bukan macam perempuan lainlah!” Zulfa meninggikan suaranya. Farish terdiam mendengar suara Zulfa sebegitu rupa.

Zulfa meneruskan langkahnya. Farish mengekori dari belakang. Langkah Farish lemah melihat darah dari tangan Zulfa terus menitik. Titik demi titik diperhatikan. Zulfa memegang pergelangan tangannya. Farish berlari-lari anak menuju ke arah Zulfa. Dia terus meragut lengan Zulfa. Kasar. Dia membawa Zulfa ke kaki jalan.

“ Kau kenapa Farish?!” Farish menatap tepat ke dalam retina Zulfa.

“ Kau duduk sini dulu.” Lembut sahaja bunyinya.

“ Buat apa aku duduk sini? Aku nak cepatlah.”

“ Kau tunggu aku sekejap. Aku pergi kedai tu dulu. Sekejap je. Tunggu tau.” Farish terus meninggalkan Zulfa di kaki jalan itu.

“ Farish! Farish! Ish!!! Kenapa dengan budak tu? Suka buat aku panas.” Zulfa mengetap bibirnya. Geram dengan perangai Farish.

Kelihatan Farish sudah keluar dari kedai itu dengan memegang satu beg plastik kecil, Zulfa terus berdiri. Darah di tangan semakin kering. Apalah budak tu beli. Itu pun nak suruh aku tunggu dia? Ah, sengal! Farish terus berlari apabila nampak Zulfa sudah bangkit dari tempat duduknya.

“ Zul, duduk dulu kat sini.”

“ Kenapa aku kena dengar cakap kau? Jangan buang masa akulah Farish.” Mata Farish yang dari tadi memandang tepat ke mata Zulfa membuatkan Zulfa tidak selesa. Zulfa terus mengalihkan pandangannya ke tempat lain.

“ Aku kata duduk, duduklah! Susah sangat ke?!” Farish memegang bahu Zulfa dan menekannya ke bawah. Zulfa terduduk akan tekanan yang diberikan.

“ Kenapa kau marah aku?” Nada suara Zulfa diperlahankan.

“ Sebab kau tak dengar cakap aku. Sini tangan kau.” Farish terus memegang pergelangan tangan Zulfa yang berwarna merah itu.

Farish membuka beg plastik itu. Dia mengambil sebotol air mineral. Dia membuka penutupnya. Zulfa hanya melihat setiap perkara yang dilakukan oleh Farish. Dia sepertinya kaku, bisu. Air mineral yang dibuka tadi, diteguk sedikit. Dia menuangkan ke atas telapak tangan Zulfa yang dipenuhi dengan darah kering itu. Zulfa menarik tangannya kerana kesakitan yang dirasakan. Farish memegang erat. Tangan Zulfa tidak dapat lari dari tangan Farish itu. Zulfa mengetap bibirnya, menahan kesakitan.

Farish turut mengeluarkan tisu dari beg plastik itu. Dia mengelap tapak tangan Zulfa yang basah dan penuh dengan darah merah itu. Tisu demi tisu digunakan. Zulfa melihat setiap gerak geri Farish. Bibir Zulfa menguntum senyuman. Farish mengambil plaster yang dibeli tadi. Dilekatkan ke tapak tangan Zulfa yang sudah dibersihkan dari darah merah.

“ Ok, dah. Sekarang baru boleh jalan.” Farish melepaskan tangan yang dipegang, lalu mengukir senyuman.

Zulfa memandang tepat ke mata Farish, sedalam-dalamnya. Dia menarik nafas panjang dan melepaskannya perlahan.

“ Terima kasih.” Lemah lembut suara yang dilontarkan. Farish hanya mengulum senyuman dan mengangguk kecil.

Zulfa melihat tangannya yang sudah bersih dari darah yang kotor itu. Plaster yang digunakan untuk menutup luka di dalamnya sememangnya benar-benar melindungi luka itu daripada kuman.

“ Hah, kan cantik sikit. Bersih. Suci. Zul, jangan sekali-kali kotorkan tangan kau yang cantik ni dengan darah lagi. Aku tak nak tengok. Lagi satu, terima kasih sebab selamatkan aku dari kena langgar kereta tadi. Aku yang menyebabkan tangan kau berdarah. So, sekarang aku dah bersihkan darah tu. Sorry sebab buat tangan kau kotor. Gomen nasai (Saya minta maaf).” Farish menghadiahkan senyuman. Zulfa khusyuk mendengar setiap patah perkataan yang dilontarkan.

Daijobu desu (Tak apa). InsyaAllah, Farish. Terima kasih sebab bersihkan ek.” Zulfa menuturkan lembut.

“ Hah? Bila kau belajar bahasa yang aku minat?”

“ Pabila aku pun minat nak belajar bahasa yang kau minat. Pabila diri ini bosan terperuk di rumah tanpa berbuat apa-apa.” Zulfa tergelak kecil.

“ Ah, maknanya kau minat kat akulah ni?” Farish tersenyum lebar.

“ Tak ada maknanya. Dahlah, kita dah lambat ni. Nanti terlepas bas lagi.” Zulfa terus memulakan langkahnya lagi.

“ Terlepas lagi? Maksudnya?”

“ Maksudnya kita dah terlepas bas tadi, tahu tak? Semuanya salah kau.”

“ Salah aku? Apasal pula?”

“ Kau yang ngada-ngada nak singgah kedai tu.”

“ Aku buat tu sebab kau.”

Whatever.”

Zulfa dan Farish terus bertikam lidah. Kadang-kala, terselit gelak tawa mereka.

Saturday, June 5, 2010

Inikah Saudaraku? 3


Pagi Isnin yang ceria bagi seseorang yang mengamatinya memang indah. Namun bagi Zulfa Zayanah ianya hanya hari-hari yang biasa. Hari yang membosankan. Hari yang memenatkan kerana memikirkan sesuatu yang perlu dilakukan.

Telefon bimbit Zulfa berbunyi. Terperanjat Zulfa dibuatnya. Bunyi tersebut menyedarkan Zulfa dari lamunannya. Dia mencapai telefon bimbitnya. Nombor yang terpapar pada skrin telefon bimbitnya tidak dikenali. Siapa ni?

Hello, assalamualaikum.”

“ Waalaikumussalam. Ni Zulfa Zayanah ke?” Zulfa mengerutkan keningnya.

“ Ya, saya. Ni siapa?”

“ Ni Cikgu Farahin.”

“ Oh, cikgu. Kenapa cikgu?”

“ Zulfa ada buat apa-apa tak sekarang ni?”

“ Sekarang? Tak ada, cikgu. Kenapa?”

“ Maksud cikgu, kamu ada buat kerja sambilan tak?”

“ Tak ada cikgu. Kenapa?”

“ Oh. Kalau macam tu cikgu nak minta kamu tolong cikgu jaga gerai cikgu boleh tak?”

“ Em… Tak tahu lagilah cikgu. Nanti kalau boleh, saya bagi tahu cikgu.”

“ Oh, ok. Maaf mengganggu kamu.”

“ Eh, tak adalah cikgu.”

“ Assalamualaikum.”

“ Waalaikumussalam, cikgu.”

Talian telefon diputuskan. Zulfa memang terkenal di sekolahnya kerana keperibadiannya yang suka membantu para guru dan rakan-rakannya, walaupun perilakunya yang agak kasar. Namun dalam kekasarannya, ada terselit kelembutan. Kawan-kawan lelakinya memang senang bergaul dengannya. Begitu juga dengan kawan-kawan perempuannya.

Dia menaiki anak tangga rumahnya untuk pergi ke bilik. Dia ada rancangan pada hari ini bersama rakan-rakannya. Dia pergi bersiap untuk keluar makan angin. Ini adalah kali pertama dia keluar bersama rakan-rakannya selepas menghadapi peperiksaan SPM. Akhirnya dapat juga aku hilang bosan daripada terperap kat dalam rumah ni 24 jam.

“ Ibu, Zulfa pergi dulu.” Zulfa bergegas ke luar rumah.

“ Kamu nak pergi mana tu Zulfa?”

“ Zul… Eh, Zulfa nak pergi jumpa kawan dulu bu. Assalamualaikum.” Zulfa terus hilang dari pandangan ibunya.

“ Waalaikumussalam.” Ibu menjawab salam dengan nada perlahan.

Zulfa memukul dahinya perlahan. Ish, macam mana aku boleh tersasul tadi! Aku tak boleh bagi tahu ibu yang aku kena panggil Zul oleh kawan-kawan aku. Mati aku nanti kena bebel dengan ibu. Nanti ibu cakap, dah baik-baik ayah bagi nama tu tapi aku tukar pula. Nama panggilan macam laki pula tu. Aduhai.

“ Eh, Zul!” Bahu Zulfa ditepuk. Langkah Zulfa terhenti serta-merta. Terbeliak mata Zulfa. Terperanjat. Nafas tersekat. Dia menepis tangan yang berani memegang bahunya itu.

“ Zul! Kau apasal macam nampak hantu je?”

“ Woi, Farish! Kau tak reti nak beri salam ke? Kau tu yang hantunya. Terperanjat kentang aku dibuatnya, tahu tak?” Zulfa menjeling kecil.

“ Assalamualaikum.” Farish tergelak.

“ Em… Waalaikumussalam.”

“ Kita nak pergi mana Zul?” Zul mengangkat bahunya.

“ Ha?! Kau yang ajak aku tapi kau tak tahu nak pergi mana? Apalah kau ni.”

Excuse me. Aku tak ajak kau sorang je ek. Kita tuggu kawan-kawan kita yang lain kat bus stop sana.” Zulfa menunjukkan jarinya ke arah perhentian bas di hujung tamannya.

“ Aku ingat kau nak dating dengan aku je.” Farish tergelak kecil akan kata-katanya.
Air muka Zulfa tidak berubah. Tawar. Seperti tiada apa-apa yang didengari olehnya.

“ Kau marah dengan aku ke Zul?”

Tiada jawapan yang dituturkan oleh Zulfa. Air muka Farish berubah sama sekali. Cuak.

“ Eh, Zul! Kau marah dengan aku ke? Eh, sorrylah wei. Aku main-main jelah. Jangan pula kau ambil hati ek.” Farish menyekat langkah Zulfa. Dia berdiri betul-betul di hadapan Zulfa.

Zulfa melangkah ke kanan, Farish ke kiri. Zulfa melangkah ke kiri, Farish ke kanan. Farish menghalang perjalanan Zulfa.Dia melihat wajah Zulfa yang tiada rasa.

“ Farish, kau kenapa? Aku nak cepat ni. Nanti lama pula dia orang tunggu kita.”

“ Kau tak marah kat aku ke?”

“ Buat apa aku nak marah kat kau? Benda remeh yang kau cakap tu? Ah, aku dah biasa.”

Zulfa terus mengelak sekatan yang dilakukan oleh Farish. Dia meneruskan langkahnya. Farish terpaku di situ. Dia menarik nafas panjang dan dilepaskan serta-merta. Dia mengikuti langkah Zulfa dengan gagah. Sampai bila aku nak diamkan diri macam ni? Aduyai!

“ Faaaaarrrriiiisssshhhh!”

Pin! Pin!

Gedebuk!

Tuesday, June 1, 2010

Inikah Saudaraku? 2



Malam pada hari Ahad itu memang membosankan. Lagi-lagi untuk Zulfa Zayanah yang baru sahaja lepasan SPM. Dia tidak tahu untuk mengisi waktu lapangnya dengan apa. Menonton televisyen adalah salah satu perkara yang amat membosankan bagi Zulfa. Dia mencapai telefon bimbitnya dan menaip mesej untuk dihantar kepada rakan-rakannya.

“ Zulfa cakap Cik Jue masak nasi goreng hari tu basikan?” Zulfa menggeleng laju. Kening dan dahi dikerutkan. Dia tidak memahami apa yang dikatakan oleh pak ciknya itu.

“ Kawan Zulfa cakap Zulfa bagi tahu dia orang.”

“ Zulfa tak ada cakap pun.”

“ Betul?”

“ Betul.”

“ Zai cakap, Zulfa cerita kat kawan-kawan yang Cik Jue masak nasi goreng basi.” Mata Cik Dol menatap tepat ke mata Zulfa.

“ Ha? Zulfa tak ada cakap apa-apa pun.” Bergenang air mata Zulfa, namun Zulfa menahan air mata daripada pecah dari empangannya.

“ Betul Zulfa tak ada cakap apa-apa?”

“ Betul.”

“ Dah, balik sana.” Tegas bunyinya. Zulfa mengayuh basikal dan terus pulang ke rumah.

Zulfa mencampak basikal di laman rumahnya. Ayah, ibu dan adik-beradiknya melihat kelakuan aneh yang berlaku terhadap Zulfa. Mereka saling berpandangan. Zulfa terus masuk ke dalam biliknya dan kunci bilik tersebut. Zulfa menangis sepuas hati tanpa bersuara. Dia menekup mukanya menggunakan bantal. Terlalu sakit hatinya dituduh sebegitu. Dia menarik nafas panjang. Dia mengusap kasar air mata yang mengalir. Dia keluar dari biliknya. Dia menuju ke lama rumahnya untuk membantu ayahnya.

Tiba-tiba…

“ Zulfa kenapa nangis?” Ibu menegur setelah melihat hidung Zulfa kemerah-merahan.

“ Tak ada apa-apa, bu.” Mengalir setitis air mata Zulfa. Dia terus mengusapnya. Semua mata tertumpu ke arah Zulfa.

“ Kenapa Zulfa? Bagi tahu ayah.” Tegas suara ayah setelah melihat anak ketiga nangis di hadapannya. Siapa yang berani menyakitkan hati anak ketiganya ini sehingga dia mengalirkan air mata? Zulfa sememangnya jarang menangis di hadapan keluarganya.

“ Cik Dol tahan Zulfa kat rumah dia tadi. Dia tuduh Zulfa yang Zulfa cakap dengan kawan-kawan Cik Jue masak nasi goreng basi.” Air mata Zulfa mengalir deras seperti air sungai.

“ Ha?!” Semua bersuara hampir serentak. Terbeliak mata ayah dan ibu mendengar tuduhan yang tidak berasas itu.

“ Betul Zulfa tak cakap macam tu?” Ayah berkeras dengan Zulfa untuk memastikan anaknya itu tidak berbohong. Zulfa menggeleng tanpa suara.

Dia sudah tidak larat lagi untuk bersuara. Esakannya sahaja yang kedengaran. Ayah menarik lengan Zulfa. Ayah membawa Zulfa kembali ke rumah Cik Dol.

Kelihatan dari jauh Cik Dol yang duduk di kerusi anjung rumahnya dengan selamba, tanpa rasa kesal dan bersalah setelah menuduh anak saudaranya sebegitu rupa.

“ Assalamualaikum, Dol.”

“ Waalaikumussalam.”

“ Apa yang Dol cakap dengan Zulfa?”

“ Zai, kawan Zulfa, dia cakap dengan Dol yang Zulfa beritahu kawan-kawan dia kat sekolah yang Jue bagi makan dia nasi goreng basi.”

“ Zulfa ada cakap macam tu tak?” Ayah menyoal kasar di hadapan adiknya itu.

“ Tak ada.” Zulfa mengeluarkan suaranya kuat. Menggeleng keras. Rasa kebencian
terhadap keluarga pak ciknya itu timbul sedikit demi sedikit.

Ah, wajahnya membuatkan aku mahu muntah! Jelek! Penuh dengan kebencian terhadap saudaranya sendiri.

Aku benci!


Minda Zulfa memutarkan ingatan ke kisah silamnya yang pahit itu. Setitis air mata mengalir ke dasar pipi dan terus ke permukaan bantal. Dia terus memejamkan matanya daripada terus mengingatkan kisah silamnya itu. Nafas yang berat dilepaskan. Huh…