Wednesday, June 23, 2010

Inikah Saudaraku? 5


Kalau dendam sudah membara,
Darah merah kan tertumpah jua.


“ Zul! Kenapa kau makin kurus arr? Apa rahsia kau?” Ketawa pecah di bibir mereka. Zulfa tersenyum mendengar soalan tersebut.

“ Woi, mulut korang jaga sikit boleh tak? Mana ada aku kurus. Aku masih macam dulu lagilah.” Air lemon ais dihadapannya dihirup.

“ Eh, betullah Zul! Kau dah kurus sikit. Kau ada masalah ke?” Salah seorang rakannya bertanya.

“ Aku makan hati je.” Zulfa tersenyum sinis.

“ Makan hati? Makan hati apa? Lembu? Kambing? Ayam? Hati ayam sedap woo.” Sekali lagi, ketawa berderai.

“ Ish, korang ni main-main pula. Zul, kau ada masalah ke? Ada apa-apa yang kita orang boleh tolong?” Rina, kawan baiknya cuba mengembalikan suasana.

Rina Syahirah adalah seorang rakan perempuan kepada Zulfa Zayanah. Hanya dia sahaja yang Zulfa rapat. Tetapi, kalau rakan lelaki tidak usah dikira. Zulfa amat disenangi dengan rakan-rakan lelaki di sekolahnya. Oleh sebab itu, beberapa rakan perempuannya tidak gemar berkawan dengan Zulfa. Namun begitu, Zulfa tidak mahu ambil kisah. Zulfa hanya menjadi diri sendiri. Peristiwa silamnya membuatkan dia serik berkawan dengan perempuan. Walau bagaimanapun, dia tidak pernah menolak seiapa yang ingin berkawan dengannya.

“ Tak ada apa-apalah. Aku tak ada selera je nak makan kat rumah tu. Yalah, balik-balik buat benda yang sama. Aku boringlah wei. Sebab tu aku nak jumpa korang ni. Lepak sama-sama. Jadi, bolehlah aku tambah berat badan aku balik.” Zulfa menghadiahkan senyuman.

Korang tak perlu tahu kepedihan hati yang aku alami. Aku tidak mahun kamu turut merasainya keperitannya. Ianya terlalu sakit wahai rakan. Biar sahaja aku yang tanggung semua ini. Aku tidak pernah memberitahu hal peribadi aku kepada kamu. Oleh itu, yang ini juga aku akan simpan dalam kalbuku. Biar Allah sahaja yang tahu keperitannya.

Rakan-rakan yang lain hanya memandang ke wajah Zulfa. Mereka cuba mendalami erti yang tersirat di sebalik wajah itu. Mereka sudah masak dengan perangai Zulfa yang suka benar menyenangkan hati rakan-rakannya. Dia tidak mahu menyusahkan orang lain. Biar sahaja dirinya yang tanggung semuanya. Zulfa membalas pandangan setiap rakannya.

“ Korang tahu tak, tadi Cikgu Farahin call aku. Dia cakap dia nak offer kerja untuk aku.” Zulfa menukar topik perbualan setelah melihat suatu kelainan yang keluar dari air muka rakan-rakannya.

“ Kerja apa?” Farish seperti mengerti maksudnya.

Zulfa memandang ke arahnya. Dia mengulum senyuman segera. Farish membalasnya dengan sisa senyuman.

“ Jaga gerai dia yang kat Wisma Putra tu.”

“ Oh, kat situ. Biasanya ramai orang yang lalu lalang kat sana tu.”

“ Memanglah. Itukan tempat orang shopping. Sengallah kau ni, Farish.”

“ Jadi, kau terima tak tawaran Cikgu Farahin?” Nada ingin tahu Rina jelas kedengaran.

“ Pasal tu, aku tengah fikir lagi. Tengoklah macam mana nanti. Aku macam nak terima sebab bosan gila terperap kat rumah je. Tapi, macam taknak juga, sebab nanti tak dapat lepak dengan korang semua.”

“ Zul, kau jangan risaulah. Kita orang ni pun tengah cari kerja. Kau, kerja dah depan mata takkan nak lepaskan kot. Kalau kau taknak, kau bagi tahu Cikgu Farahin yang aku nak. Ok?” Mamat, salah satu rakannya bersuaara.

Zulfa memandang semua rakannya. Kesemuanya mengangguk tanda setuju akan kata-kata Mamat. Zulfa melemparkan senyuman dan hanya mendiamkan diri. Zulfa memegang kepalanya dengan kedua-dua belah tangan, mungkin kerana tertekan. Semua mata rakan-rakannya terbeliak kecuali Farish.

“ Zul, tangan kau kenapa?”

“ Tangan aku? Kenapa?” Zulfa tidak mengerti apa yang dimaksudkan.

“ Tu. Apasal tangan kau berbalut tu?” Zulfa terlupa akan tangannya yang berbalut itu. Dia segera menurunkan tangannya dan sembunyikannya di bawah meja. Dari awal tadi, dia hanya memasukkan tangannya di dalam poket seluarnya.

“ Oh, aku jatuh kat rumah tadi.” Farish memandang ke wajah Zulfa. Air muka Zulfa yang selamba membuatkan mereka percaya akan kata-katanya.

“ Macam mana boleh jatuh?”

“ Tak payahlah korang nak tahu.”

Setelah penat mereka berjalan dari pagi sampai ke petang - solat yang wajib tidak pernah mereka lupakan, mereka berpisah untuk pulang ke rumah masing-masing. Hari yang agak menggembirakan ini akan mereka ingat sampai bila-bila. Itu janji mereka.

“ Zul, aku temankan kau balik boleh?” Farish meminta izin terlebih dahulu. Dia takut kalau-kalau ada darah merah yang akan mengalir keluar dari hidungnya pula nanti apabila dia terus mengikuti jejak langkah Zulfa.

“ Em, boleh. Rumah kaukan, dekat juga dengan rumah aku.”

“ Yalah, aku takut kalau kau tak bagi.”

Zulfa menoleh dan memandang tajam ke wajah Farish. Langkah Farish terhenti. Jantungnya berdegup laju. Matilah aku! Aku terlepas cakaplah pula.

“ Jomlah, Farish! Nanti makin lambat pula.” Zulfa menghadiahkan senyuman. Dia meneruskan perjalanan.

Langkah Farish yang kaku, kini kembali dalam keadaan normal. Degupan jantung juga begitu. Dia berlari-lari anak menuju ke arah Zulfa. Hatinya berbunga mekar akan kelakuan Zulfa kali ini.

“ Zul, kenapa kau tak marah aku?”

“ Marah kau? Buat apa?”

“ Kaukan tak suka aku ikut kau.”

“ Kau boleh ikut aku kali ni je sebab kau tolong ubatkan ni.” Zulfa menunjukkan tangannya yang sudah bersih dari darah kering tadi.

“ Jadi lepas ni aku tak boleh ikut kaulah ek?”

“ Em, tak boleh.”

“ Kali ni je?”

“ Ya, Encik Farish. Kali ni je.”

“ Kalau macam tu, bagus aku balik sendiri.”

“ Baliklah.” Zulfa tetap meneruskan perjalanannya. Farish menggeleng kecil melihat tingkah laku rakannya, Zulfa.

“ Eh, Zul! Aku balik sekali dengan kaulah ek. Aku main-main je tadi. Mana boleh aku lepaskan peluang keemasan macam ni.” Farish tersenyum dengan kata-kata yang dilontarkan.

Langkah Zulfa terhenti. Dia menoleh, melihat Farish yang berada di belakangnya. Langkah Farish turut terhenti setelah melihat langkah Zulfa tidak bergerak.

“ Peluang keemasan? Maksud kau?”

Relax arr Zul. Maksud aku, bukan senang nak jalan dengan kau, berdua macam ni dengan izin kau. Biasanya, kau akan menolak pelawaan aku untuk jalan-jalan dengan kau. Lagipun, kau selalu tak nak aku jalan dengan kau.” Farish meluahkan sedikit isi hatinya. Air peluh mula membasahi dahinya. Payah benar untuk dia luahkan apa yang tersimpan di dalam hatinya apabila berdepan dengan Zulfa.

Air muka Zulfa yang serius bertukar menjadi ceria. Dia tergelak kecil mendengar secebis isi hati Farish. Dia telah kumpulkan keberanian itu berapa lama agaknya? Tidak pernah dia berterus-terang begini. Sudah matang barangkali. Zulfa menghadiahkan senyuman.

Farish merasa pelik akan kelakuan Zulfa pada hari ini. Dia mengerutkan dahinya. Zulfa mengamati wajah Farish yang semakin dalam kebingungan. Ketawa kecil kedengaran di corong telinga Farish. Namun begitu, wajah ceria Zulfa membuatkan diri Farish semakin selesa dengannya. Ini adalah pertama kali dia melihat Zulfa tersenyum lebar dengan ikhlas. Sebelum ini mungkin hanya lakonan supaya dapat menutupi rahsia yang dipendamkannya. Farish turut tersenyum melihat Zulfa berkelakuan begitu.

“ Kenapa kau gelakkan aku?”

“ Bila kau kumpulkan keberania tu? Dah berapa lama?” Senyuman Zulfa semakin lebar. Perjalanan ke perhentian bas diriuhkan oleh mereka berdua.

Suara Zulfa yang agak lantang membuatkan Farish berasa malu.

“ Kau nikan. Aku penat kumpul keberanian tu untuk cakap dengan kau tahu? Kau tak hargai ke?”

“ Maafkan aku ek Farish. Aku buat kau tak selesa dengan aku. Aku bukan apa, aku cuma… Eh, bas dah sampai!” Kalam Zulfa terputus di situ.

“ Zul! Kau cuma apa?”

Disebabkan bunyi bising enjin bas membuatkan Zulfa tidak dengar akan pertanyaan Farish. Farish pula perlu kumpulkan keberanian yang baru untuk menanyakan tentang kalam Zulfa yang terputus itu. Zulfa dan Farish melangkah masuk ke dalam bas. Farish mengeluh kecil.

“ Huh!”

No comments: