Tuesday, June 1, 2010

Inikah Saudaraku? 2



Malam pada hari Ahad itu memang membosankan. Lagi-lagi untuk Zulfa Zayanah yang baru sahaja lepasan SPM. Dia tidak tahu untuk mengisi waktu lapangnya dengan apa. Menonton televisyen adalah salah satu perkara yang amat membosankan bagi Zulfa. Dia mencapai telefon bimbitnya dan menaip mesej untuk dihantar kepada rakan-rakannya.

“ Zulfa cakap Cik Jue masak nasi goreng hari tu basikan?” Zulfa menggeleng laju. Kening dan dahi dikerutkan. Dia tidak memahami apa yang dikatakan oleh pak ciknya itu.

“ Kawan Zulfa cakap Zulfa bagi tahu dia orang.”

“ Zulfa tak ada cakap pun.”

“ Betul?”

“ Betul.”

“ Zai cakap, Zulfa cerita kat kawan-kawan yang Cik Jue masak nasi goreng basi.” Mata Cik Dol menatap tepat ke mata Zulfa.

“ Ha? Zulfa tak ada cakap apa-apa pun.” Bergenang air mata Zulfa, namun Zulfa menahan air mata daripada pecah dari empangannya.

“ Betul Zulfa tak ada cakap apa-apa?”

“ Betul.”

“ Dah, balik sana.” Tegas bunyinya. Zulfa mengayuh basikal dan terus pulang ke rumah.

Zulfa mencampak basikal di laman rumahnya. Ayah, ibu dan adik-beradiknya melihat kelakuan aneh yang berlaku terhadap Zulfa. Mereka saling berpandangan. Zulfa terus masuk ke dalam biliknya dan kunci bilik tersebut. Zulfa menangis sepuas hati tanpa bersuara. Dia menekup mukanya menggunakan bantal. Terlalu sakit hatinya dituduh sebegitu. Dia menarik nafas panjang. Dia mengusap kasar air mata yang mengalir. Dia keluar dari biliknya. Dia menuju ke lama rumahnya untuk membantu ayahnya.

Tiba-tiba…

“ Zulfa kenapa nangis?” Ibu menegur setelah melihat hidung Zulfa kemerah-merahan.

“ Tak ada apa-apa, bu.” Mengalir setitis air mata Zulfa. Dia terus mengusapnya. Semua mata tertumpu ke arah Zulfa.

“ Kenapa Zulfa? Bagi tahu ayah.” Tegas suara ayah setelah melihat anak ketiga nangis di hadapannya. Siapa yang berani menyakitkan hati anak ketiganya ini sehingga dia mengalirkan air mata? Zulfa sememangnya jarang menangis di hadapan keluarganya.

“ Cik Dol tahan Zulfa kat rumah dia tadi. Dia tuduh Zulfa yang Zulfa cakap dengan kawan-kawan Cik Jue masak nasi goreng basi.” Air mata Zulfa mengalir deras seperti air sungai.

“ Ha?!” Semua bersuara hampir serentak. Terbeliak mata ayah dan ibu mendengar tuduhan yang tidak berasas itu.

“ Betul Zulfa tak cakap macam tu?” Ayah berkeras dengan Zulfa untuk memastikan anaknya itu tidak berbohong. Zulfa menggeleng tanpa suara.

Dia sudah tidak larat lagi untuk bersuara. Esakannya sahaja yang kedengaran. Ayah menarik lengan Zulfa. Ayah membawa Zulfa kembali ke rumah Cik Dol.

Kelihatan dari jauh Cik Dol yang duduk di kerusi anjung rumahnya dengan selamba, tanpa rasa kesal dan bersalah setelah menuduh anak saudaranya sebegitu rupa.

“ Assalamualaikum, Dol.”

“ Waalaikumussalam.”

“ Apa yang Dol cakap dengan Zulfa?”

“ Zai, kawan Zulfa, dia cakap dengan Dol yang Zulfa beritahu kawan-kawan dia kat sekolah yang Jue bagi makan dia nasi goreng basi.”

“ Zulfa ada cakap macam tu tak?” Ayah menyoal kasar di hadapan adiknya itu.

“ Tak ada.” Zulfa mengeluarkan suaranya kuat. Menggeleng keras. Rasa kebencian
terhadap keluarga pak ciknya itu timbul sedikit demi sedikit.

Ah, wajahnya membuatkan aku mahu muntah! Jelek! Penuh dengan kebencian terhadap saudaranya sendiri.

Aku benci!


Minda Zulfa memutarkan ingatan ke kisah silamnya yang pahit itu. Setitis air mata mengalir ke dasar pipi dan terus ke permukaan bantal. Dia terus memejamkan matanya daripada terus mengingatkan kisah silamnya itu. Nafas yang berat dilepaskan. Huh…

No comments: