Friday, June 11, 2010

Inikah Saudaraku? 4


Kalau dendam sudah membara,
Darah merah kan tertumpah jua.


“ Farish… Farish… Kau ok tak?” Zulfa menuturkan kalamnya dengan lemah.

“ Aku ok. Kau ok tak?” Farish membalas lalu mengebas-ngebas punggungnya yang kotor.

“ Aku… Aku…”

“ Kenapa Zul? Kau ada luka mana-mana ke?” Lantas Farish menuju ke arah Zulfa yang masih lagi terduduk di tepi jalan.

Zulfa melihat telapak tangannya yang dipenuhi dengan darah merah. Darah? Ah, kutagih darah merah yang tumpah dari tubuh orang lain bukan dari tubuhku!

“ Zul! Tangan kau! Kau ok tak? Kalau tak kita batalkan je perjumpaan kita ni.” Gelopoh Farish melontarkan kalam.

“ Ish, tak apalah Farish. Aku ok. Yang kau gopoh gila ni kenapa? Setakat darah ni, aku dah biasalah.” Zulfa terus bangkit dari jatuhnya.

“ Jom gerak sekarang. Nanti terlepas bas pula.” Zulfa terus memulakan langkah dengan gagah. Walaupun masih punya darah merah yang menitik jatuh dari tangannya ke tanah.

“ Tapi… Tapi… Tangan kau…”

“ Tangan apa?! Kenapa dengan tangan aku? Darah ni? Aku bukan macam perempuan lainlah!” Zulfa meninggikan suaranya. Farish terdiam mendengar suara Zulfa sebegitu rupa.

Zulfa meneruskan langkahnya. Farish mengekori dari belakang. Langkah Farish lemah melihat darah dari tangan Zulfa terus menitik. Titik demi titik diperhatikan. Zulfa memegang pergelangan tangannya. Farish berlari-lari anak menuju ke arah Zulfa. Dia terus meragut lengan Zulfa. Kasar. Dia membawa Zulfa ke kaki jalan.

“ Kau kenapa Farish?!” Farish menatap tepat ke dalam retina Zulfa.

“ Kau duduk sini dulu.” Lembut sahaja bunyinya.

“ Buat apa aku duduk sini? Aku nak cepatlah.”

“ Kau tunggu aku sekejap. Aku pergi kedai tu dulu. Sekejap je. Tunggu tau.” Farish terus meninggalkan Zulfa di kaki jalan itu.

“ Farish! Farish! Ish!!! Kenapa dengan budak tu? Suka buat aku panas.” Zulfa mengetap bibirnya. Geram dengan perangai Farish.

Kelihatan Farish sudah keluar dari kedai itu dengan memegang satu beg plastik kecil, Zulfa terus berdiri. Darah di tangan semakin kering. Apalah budak tu beli. Itu pun nak suruh aku tunggu dia? Ah, sengal! Farish terus berlari apabila nampak Zulfa sudah bangkit dari tempat duduknya.

“ Zul, duduk dulu kat sini.”

“ Kenapa aku kena dengar cakap kau? Jangan buang masa akulah Farish.” Mata Farish yang dari tadi memandang tepat ke mata Zulfa membuatkan Zulfa tidak selesa. Zulfa terus mengalihkan pandangannya ke tempat lain.

“ Aku kata duduk, duduklah! Susah sangat ke?!” Farish memegang bahu Zulfa dan menekannya ke bawah. Zulfa terduduk akan tekanan yang diberikan.

“ Kenapa kau marah aku?” Nada suara Zulfa diperlahankan.

“ Sebab kau tak dengar cakap aku. Sini tangan kau.” Farish terus memegang pergelangan tangan Zulfa yang berwarna merah itu.

Farish membuka beg plastik itu. Dia mengambil sebotol air mineral. Dia membuka penutupnya. Zulfa hanya melihat setiap perkara yang dilakukan oleh Farish. Dia sepertinya kaku, bisu. Air mineral yang dibuka tadi, diteguk sedikit. Dia menuangkan ke atas telapak tangan Zulfa yang dipenuhi dengan darah kering itu. Zulfa menarik tangannya kerana kesakitan yang dirasakan. Farish memegang erat. Tangan Zulfa tidak dapat lari dari tangan Farish itu. Zulfa mengetap bibirnya, menahan kesakitan.

Farish turut mengeluarkan tisu dari beg plastik itu. Dia mengelap tapak tangan Zulfa yang basah dan penuh dengan darah merah itu. Tisu demi tisu digunakan. Zulfa melihat setiap gerak geri Farish. Bibir Zulfa menguntum senyuman. Farish mengambil plaster yang dibeli tadi. Dilekatkan ke tapak tangan Zulfa yang sudah dibersihkan dari darah merah.

“ Ok, dah. Sekarang baru boleh jalan.” Farish melepaskan tangan yang dipegang, lalu mengukir senyuman.

Zulfa memandang tepat ke mata Farish, sedalam-dalamnya. Dia menarik nafas panjang dan melepaskannya perlahan.

“ Terima kasih.” Lemah lembut suara yang dilontarkan. Farish hanya mengulum senyuman dan mengangguk kecil.

Zulfa melihat tangannya yang sudah bersih dari darah yang kotor itu. Plaster yang digunakan untuk menutup luka di dalamnya sememangnya benar-benar melindungi luka itu daripada kuman.

“ Hah, kan cantik sikit. Bersih. Suci. Zul, jangan sekali-kali kotorkan tangan kau yang cantik ni dengan darah lagi. Aku tak nak tengok. Lagi satu, terima kasih sebab selamatkan aku dari kena langgar kereta tadi. Aku yang menyebabkan tangan kau berdarah. So, sekarang aku dah bersihkan darah tu. Sorry sebab buat tangan kau kotor. Gomen nasai (Saya minta maaf).” Farish menghadiahkan senyuman. Zulfa khusyuk mendengar setiap patah perkataan yang dilontarkan.

Daijobu desu (Tak apa). InsyaAllah, Farish. Terima kasih sebab bersihkan ek.” Zulfa menuturkan lembut.

“ Hah? Bila kau belajar bahasa yang aku minat?”

“ Pabila aku pun minat nak belajar bahasa yang kau minat. Pabila diri ini bosan terperuk di rumah tanpa berbuat apa-apa.” Zulfa tergelak kecil.

“ Ah, maknanya kau minat kat akulah ni?” Farish tersenyum lebar.

“ Tak ada maknanya. Dahlah, kita dah lambat ni. Nanti terlepas bas lagi.” Zulfa terus memulakan langkahnya lagi.

“ Terlepas lagi? Maksudnya?”

“ Maksudnya kita dah terlepas bas tadi, tahu tak? Semuanya salah kau.”

“ Salah aku? Apasal pula?”

“ Kau yang ngada-ngada nak singgah kedai tu.”

“ Aku buat tu sebab kau.”

Whatever.”

Zulfa dan Farish terus bertikam lidah. Kadang-kala, terselit gelak tawa mereka.

No comments: