Sunday, February 28, 2010

Penantiannya... VI

Haiqal menekan loceng rumah Aunty Zai sambil memberi salam. Aku hanya melihat dari jauh. Tiba2 seorang lelaki keluar dari rumah tersebut. Jantungku berdegup kencang. Dapat kulihat surat itu telah sampai di tangan abangnya.

" Siapa bagi?" Suaranya kedengaran agak tegas. Haiqal mengarahkan jarinya kepadaku. Aku menggeleng. " Bukan saya. Adik saya yang bagi." Perasaan gementar menyelubungi tubuhku. Adikku hanya melihat dari tingkat atas.

Aku & Haiqal terus masuk ke rumah. Hari ini adalah hari terakhir aku & keluarga berada di rumah Cik Amy. Ibu ayahku tidak ada di rumah. ' Esok malam dah nak balik, sempat lagi pergi jalan2 .' Aku bermonolog.

" Assalamualaikum." Aku terdengar salam daripada suara yang tidak kukenali. Aku melihat keluar. Ha?! Dia nak apa lagi? (0_o) Fikiranku kusut. Kini dia berseorangan. " Waalaikumsalam. Ya, nak cari siapa?" aku menjawab. Senyuman dihadiahkan kepadaku. " Nak jumpa awak sekejap, boleh?" Dia meminta izin dengan suaranya yang agak perlahan. " Awak nak apa?" soalku.

" Awak tinggal kat mana? Saya nak kenal dengan awak boleh?" Dia cuba menarik perhatianku, namun aku sudah bosan akan soalan2 sebegitu. " Saya tinggal kat Johor. Ini rumah mak cik saya," jawabku. Beberapa orang gadis melepasi di hadapan kawasan rumah mak cikku. Gedik! Gatal! Aku tidak mahu perkataan itu yang mereka lontarkan padaku. Aku tidak mahu mereka salah faham. Mereka merenung tepat wajahku. Aku tertunduk malu.

" Ada apa2 lagi nak cakap? Kalau tak ada, saya masuk dulu. Tak manis kalau orang nampak." Kata2 ini kuucapkan kepadanya. " Em. Tak apalah. Ini nombor telefon saya. Nombor telefon awak?" Suaranya kedengaran agak kecewa atas kata2 yang kuucapkan tadi. Rasa kasihan terbit di lubuk hatiku. " Sekejap, saya misscall awak. Itu nombor telefon saya." Aku terus berlalu pergi. Ucapan terima kasih dapat kudengar dari jauh.

Apakah yang berlaku selepas ini?
Ketahui dalam Penantiannya... seterusnya. Teruskan membaca! Ganbatte kudasai! =)

Bersambung...

No comments: