Sunday, May 2, 2010

Menagih Cinta Dia 3

Kantin sekolah penuh sesak dengan pelajar tingkatan tiga dan lima. Pelajar tingkatan empat dan enam pula akan memenuhi kantin sekolah selepas waktu rehat pelajar tingkatan tiga dan lima tamat. Aniq khusyuk bercerita dengan rakannya, manakala Balqis hanya berdiri di sampingnya, mendengar perbualan mereka. Najwa pula entah hilang ke mana.

“ Aniq.” Aniq menoleh kearah Balqis.

“ Kenapa?”

“ Saya naik kelas dulu.” Aniq mengangguk tanpa melihat Balqis. Balqis terus melangkah pergi.

“ Huh! Dia ingat aku ni apa? Patung? Sengal! Ada boyfriend pun tak guna!” Balqis mengomel sendiri. Pintu kelas dihentak kuat.

“ Astaghfirullah.” Irsyad terkejut. Dia melihat ke arah pintu kelas.

Balqis melulu masuk tanpa menyedari Irsyad yang berada di dalam kelas tersebut. Perasaan marahnya masih membuak-buak. Dia membebel sendirian sepanjang perjalanan ke kelas sehingga sekarang. Irsyad melihat tingkah laku Balqis. Wajah Balqis penuh dengan amarah.

“ Kenapa Balqis? Marahkan siapa?” Irsyad cuba memulakan bicara.

Balqis kaget. Dia tertegun seketika. Dia melihat kea rah sang punya suara. Matanya terbeliak. Terkejut. Irsyad?

“ Bila lagi ada kat sini?” Balqis tertanya-tanya di samping ingin menutup perasaan malunya.

“ Dah lama dah. Awak je yang tak perasan. Awak marahkan siapa?”

“ Maknanya… Awak dengar apa yang saya cakap?” Irsyad menguntum senyuman.

“ Adalah sikit. Maaf la ek. Saya terdengar sahaja. Saya tak minta pun.” Balqis memuncungkan bibirnya. Kemarahannya masih terlihat jelas pada raut mukanya.

“ Maaf ya, Balqis. Tak baik marah-marah tau. Marah itukan musuh akal.” Irsyad cuba menenangkan hati Balqis atas keberadaannya di situ.

“ Saya tak marah, cuma… Cuma saya bengang je. Ah, biarlah! Saya dah biasa dipermainkan begini. Saya bosanlah.” Balqis meluahkan sedikit perasaannya yang pterpendam sebentar tadi. Irsyad melemparkan sejuring senyuman.

“ Kenapa awak asyik senyum je dari tadi?” Balqis agak tidak senang akan senyuman Irsyad itu.

“ Maafkan saya. Saya dah biasa dengar masalah macam ni. Kalau awak nak harunginya, awak kena sabar ek. Mungkin semua ni ada hikmahnya.” Irsyad cuba melegakan Balqis.

Kring!Kring! Loceng sekolah yang menandakan waktu rehat telah tamat mengejutkan Balqis.

“ Awak, awak… Jangan bagi tahu sesiapa ek.” Balqis kelam-kabut memperbetul kedudukannya. Irsyad hanya mampu mengukir senyuman. Janji itu sudah pasti dia akan pegang! Balqis menarik nafas panjang. Mengembalikan perasaannya kepada normal. Alah, kenapa terasa cepat pula masa berjalan? Getus hatinya. Pintu kelas dibuka. Kelas kembali riuh seperti biasa. Sekali-sekala, Balqis melihat Irsyad. Dia takut, kalau-kalau Irsyad akan memberitahu Syafiq tentang perkara yang diluahkan tadi.

“ Syad, kenapa Balqis balik-balik tengok kau?” Syafiq kurang senang akan kelakuan Balqis.

“ Yakah? Tak ada apa-apalah. Mungkin dia tengok kau kot.” Irsyad cuba berjenaka.

“ Eleh, memandai je kau ni.” Mereka ketawa kecil.

Balqis terdengar akan ketawa itu. Dia semakin tidak selesa. Perasaan ragu-ragu dan syak wasangka timbul di dalam dirinya. Raut wajah resah terpancar di mukanya. Posisi duduknya balik-balik dibetulkan. Najwa perasan akan kelakuan rakannya berubah.

“ Balqis, kau kenapa? Tak boleh duduk diam-diam ke? Aku tengah buat kerja ni. Aku rimaslah kau gerak-gerak.”

“ Tak ada apa-apa. Sorry.” Balqis cuba menenangkan dirinya. Balqis menarik nafas panjang dan melepaskannya perlahan-lahan. Hatinya semakin lega.

“ Perhatian semua!” Semua penghuni kelas Tingkatan 5 Zamrud tertumpu kepada ketua kelas yang berada di hadapan kelas.

“ Cikgu Azmi tak dapat datnag sekolah. Dia ada kursus.”

“ Berapa hari?” Salah seorang murid di kelas itu bertanya.

“ Mungkin dua hari. Tapi, dia ada tinggalkan kita kerja untuk disiapkan.”

Selepas ketua kelas menyerahkan kerja-kerja tersebut, kelas 5 Zamrud semakin riuh. Bukan menyiapkan kerja tersebut, malahan dimasukkan tugasan tersebut ke dalam beg. Namun begitu, Irsyad tidak mengikuti perbuatan rakan-rakan barunya. Syafiq hanya melihat kelakuannya yang agak rajin.

“ Rajin juga kau.” Syafiq menyakat lalu melontarkan ketawa.

“ Aku malas nak tangguh-tangguh. Nanti tak pandai siap.”

“ Irsyad, saya nak cakap dengan awak sekejap boleh?” Irsyad memandang wajah yang bertanya.

“ Kenapa kau nak jumpa Irsyad? Nanti Aniq marah, macam mana?” Syafiq mengajukan soalan yang menghempap mindanya.

“ Aniq tak ada. Dia keluar sekejap.”

“ Kalau Aniq tiba-tiba masuk, macam mana?”

“ Ah, kau ni bisinglah. Aku nak cakap dengan Irsyad, bukan nak bertikam lidah dengan kau.” Suaranya ditinggikan, tapi masih terkawal.

“ Awak nak cakap apa dengan saya, Balqis?” Irsyad yang dari tadi hanya mendengar perbualan Syafiq dan Balqis, cuba meleraikan pertengkaran mereka.

“ Boleh kita cakap kat belakang kelas?”

“ Eh, tak boleh. Nanti orang fikir lain-lain pula. Kau ada apa-apa ke dengan Irsyad?” Syafiq menyampuk.

“ Kau diam boleh tak? Kalau tak, kau pergi tempat duduk aku, aku duduk tempat kau. Deal?” Balqis cuba membuat pertukaran tempat duduk. Dia mengetahui bahawa Syafiq sebenarnya ada hati dengan kawan baiknya, Najwa.

“ Apasal pula aku nak duduk tempat kau?”

“ Kau taknak?”

“ Taknak aku.”

“ Kalau taknak, aku bagi tahu Najwa yang kau ada hati dengan dia.” Balqis melangkah perlahan ke tempat duduknya.

“ Balqis!”

“ Apa?”

“ Kau ni. Yalah, kau duduklah sini. Tapi, kau janji jangan beritahu Najwa pasal perasaan aku pada dia.” Syafiq beredar dari tempat duduknya dengan hati yang bergetar tapi berbunga-bunga mekar.

Irsyad hampir ketawa melihat kelakuan Syafiq yang termakan dengan ugutan Balqis, tapi dia menahannya. Dia hanya mengukir senyuman lebar.

“ Boleh saya duduk sini?” Balqis meminta izin kepada Irsyad.

Irsyad berfikir sejenak. Dia nak duduk sebelah aku? Ya Allah, kuatkanlah imanku.

“ Em, boleh.” Irsyad menjarakkan kerusinya dari kerusi Syafiq yang kini diduduki oleh Balqis.

“ Saya cuma nak tanya, awak ada cakap apa-apa ke pada Syafiq?”

“ Cakap apa?”

“ Cakap pasal apa yang bagi tahu tadi masa rehat?”

“ Tak ada. Kenapa?”

“ Betul?”

“ Betul.”

“ Ok. Now, kita buat perjanjian. Awak janji jangan beritahu sesiapa pasal ni, ok. Janji?” Balqis menghulurkan jari kelingkingnya tanda perjanjian itu dipersetujui.

“ Ok. Saya janji. Awak jangan risaulah ek. Kenapa, sebelum ni awak tak percaya
dengan saya ke?” Irsyad melemparkan senyuman. Dia tunduk.

“ Bukan tak percaya, cuma ragu-ragu je.” Balqis perlahan-lahan menurunkan tangan kanannya. Rasa malu pula yang menyerang diri apabila tanda perjanjiannya tidak dibalas.

“ Buat masa ni, saya percayakan awak.” Balqis berdiri dan terus meninggalkannya.
Balqis mencuit bahu Syafiq yang sedang berbual dengan Najwa. Syafiq menoleh. Dia tahu masa indahnya akan tamat. Dia tahu akan makna cuitan Balqis. Dia berdiri dan melangkah ke tempat duduk asalnya.

“ Korang ni ada apa-apa ke?” Syafiq mula rasa ragu-ragu.

“ Astaghfirullah, tak ada apa-apalah.”

“ Dah tu? Kenapa Balqis tu jumpa kau?”

Irsyad hanya mendiamkan diri dan menyambung kerjanya.

“ Woi, aku tanya kau ni.” Syafiq menyenggol lengan Irsyad yang sedang membuat kerja tugasannya.

“ Tak ada apa-apa.”

“ Yalah tu. Mesti ada something ni.” Syafiq melihat raut muka Irsyad.

Wajah Irsyad yang tenang dan suci itu membuatkan Syafiq terdiam sendiri.

No comments: