Thursday, April 29, 2010

Menagih Cinta Dia 2

“ Balqis? Siapa Balqis?” Dia bertanya kepada Syafiq, kerana dia masih belum mengenali rakan-rakan barunya selain Syafiq.

“ Itu. Yang tengok kau tu.” Syafiq memuncungkan mulutnya ke arah Balqis.

Irsyad menoleh. Dia ternampak seorang gadis yang sememangnya sedang melihat dirinya. Mungkin itulah Balqis. Dia mengukir senyuman. Balqis mengalihkan pandangannya ke tempat lain. Dia tunduk. Malu dan segan melanda dirinya atas perbuatannya sebentar tadi. Dia tersengih-sengih sendirian.

Handsomenya dia! Balqis bermonolog. Perbuatannya disedari oleh rakan karibnya, Najwa yang duduk bersebelahan dengannya.

“ Woi, Cik Balqis! Kenapa tersenyum-senyum sendiri ni? Gila ke apa kawan aku sorang ni.” Balqis terkejut akan sapaan Najwa.

“ Eh, mana ada. Suka hati kau je.”

“ Eleh, kau ingat aku tak perasan kau tersengih-sengih sorang-sorang tu?”

“ Mana ada aku tersengih-sengih.”

“ Cik Balqis oi… Aku Nampaklah. Eh, kenapa? Ceritalah kat aku.”

“ Tak ada apa-apalah.” Balqis tersenyum lagi.

“ Eleh, tak ada apa-apa konon. Ceritalah. Apa yang Aniq dah buat kat kau?” Najwa cuba mengorek rahsia di sebalik senyuman Balqis itu.

“ Ha? Apa Aniq dah buat kat aku?” Balqis hairan.

“ Tanya aku pula. Manalah aku tahu.”

“ Mana ada Aniq buat apa-apa kat aku.”

“ Habis tu, kenapa kau senyum-senyum?”

“ Tak ada apa-apalah.” Balqis tetap ingin menyembunyikan rahsia senyumannya.

“ Oh, tak nak bagi tahu aku ek. Taka pa. Macam nilah kawankan.” Najwa berpura-pura merajuk supaya dia dapat mengetahui apa yang tersimpan di hati sahabatnya itu.

“ Alah, Najwa ni. Pandai je nak korek rahsia aku.”

“ Yalah. Akukan sahabat kau. Mestilah aku nak tahu apa yang kau rahsiakan sampai tersenyum sendirian.” Najwa melontarkan ketawa. Rupa-rupanya Balqis tahu akan matlamatnya untuk mengorek rahsia dirinya.

“ Yalah tu.” Balqis mengalah.

“ Cepatlah kongsi. Pasal apa?”

“ Pasal budak baru tu.”

“ Kenapa dengan si Irsyad tu?”

“ Kacakkan? Manis senyuman dia. Sejuk mata aku memandang.” Balqis ketawa kecil.

“ Woi! Takkan kau nak curang dengan Aniq? Kau jangan main-main Balqis. Aniq tu pun apa kurang kacaknya. Kau ni beruntung dapat si Aniq tu. Dahlah handsome. Ramai orang nak kat dia, tapi dia pilih kau. Ko tak bersyukur ke?” Balqis mendapat bebelan percuma daripada Najwa.
“ Itu, aku tahulah. Aku cuma cakap kat kau je. Kau juga yang nak tahu sangat tadi.” Balqis mencebikkan bibirnya.

Najwa ketawa. “ Ya tak ya jugakan.”

Kring! Kring! Loceng sekolah bordering tanda waktu mata pelajaran Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan telah pun tamat. Kini, mata pelajaran Kimia pula tiba.

“ Bangun kelas! Terima kasih, cikgu.” Suara ketua kelas bergema di setiap penjuru kelas.

Setelah Cikgu Rozita melangkah keluar dari kelas, semua murid sibuk mencari buku Kimia kerana setiap kali mata pelajaran Kima tiba, mereka perlu turun ke makmal. Keluar dari kelas adalah perkara paling mereka benci. Malas.

“ Balqis, jom. Nanti lambat.” Aniq menyapa.

Perkara sebegini sudah biasa bagi kelas 5 Zamrud. Bukan sahaja rakan sekelas yang mengetahui mereka berpacaran, malahan hamper satu sekolah sudah mengetahuinya. Termasuk juga barisan guru.

“ Sekejap ek.” Balqis mengorek-ngorek begnya.

“ Ha! Jumpa pun. Ok, jom.” Akhirnya dia jumpa juga buku Kimianya.

Mereka berdua sentiasa ditemani oleh Najwa. Balqis sudah terbiasa mengajak Najwa bersama ketika dia dan Aniq pergi ke mana sahaja. Walaupun, kadang-kala Aniq ingin mereka berdua sahaja, tapi Balqis tidak akan mengendahkan permintaannya.

Mereka bergegas menuruni tangga untuk ke makmal. Ramai daripada mereka tidak gemar akan mata pelajaran ini, kerana menurut mereka mata pelajaran Kimia agak susah. Leceh. Nak stabilkan equationlah. Payah.

Setelah selesai pembelajaran Kimia, waktu rehat adalah waktu yang dinanti-nantikan oleh semua pelajar. Bukan pelajar sahaja yang menunggu saat ini, malahan guru-guru juga turut mengharapkan waktu ini tiba. Ini kerana, para guru dapat merehatkan diri untuk seketika setelah penat memerah keringat untuk menyampaikan ilmu. Kadang-kadang, bukan penat kerana menyampaikan ilmu, tetapi penat melayan karenah murid-murid.

Selepas ucapan terima kasih ditujukan untuk cikgu, semuanya bergegas ke kelas dan kantin. Berhimpit-himpit mereka di pintu makmal untuk keluar dari situ hanya kerana ingin memenuhi nafsu makan mereka semata-mata. Tinggi benar nafsu makan mereka. Kalu begini, boleh kaya pak cik dan mak cik kantin dalam satu hari. Kalau satu tahun? Boleh jadi jutawan agaknya.

“ Alamak, pencil box saya!” Sejurus keluar dari makmal, Balqis baru tersedar bahawa kotak penselnya tertinggal di dalam makmal.

Tanpa berlengah lagi, Balqis terus memusingkan badannya untuk masuk kembali ke makmal. Balqis kaku. Terpaku. Beku. Bisu. Itulah kali pertama dia merenung tepat ke retina budak baru yang bernama Irsyad. Irsyad tunduk dan melangkah setapak ke belakang ke sebelah kiri untuk memberi laluan kepada Balqis untuk masuk ke dalam makmal.

Astaghfirullah. Subhanallah. Cantiknya ciptaan Allah. Irsyad beristighfar di dalam hati kerana ini juga kali pertama matanya menatap wajah Balqis, gadis yang cantik itu. Rasa berdosa dan bersalah juga meneroka ke dalam dirinya. Irsyad yang ditemani oleh Syafiq melangkah pergi dari makmal untuk ke kelas, meninggalkan Balqis di dalam makmal serta Aniq dan Najwa yang menunggu Balqis di luar makmal. Aniq merenung Irsyad. Syafiq sedar akan renungan tajam Aniq, dia melihat wajah Irsyad. Tenang.

“ Dia memang macam tu ke?” Irsyad tiba-tiba bersuara ketika menaiki tangga untuk ke kelas 5 Zamrud.

“ Siapa?” Syafiq kehairanan.

“ Orang yang tengok aku tadi.”

“ Aniq?”

“ Mungkin.” Irsyad tidak pasti kerana dia masih belum mengenali rakan barunya.

“ Yalah tu. Dialah tadi yang tengok kau tu. Aku ingat kau tak perasan.” Syafiq ketawa kecil.

“ Aku perasaan, tapi buat-buat tak perasan.” Irsyad melemparkan senyuman.

“ Oh. Actually, Balqis tu girlfriend Aniq. Siapa yang tak marah kalau girlfriend sendiri kena rampas. Betul tak?”

“ Maksud kau?” Reaksi kurang faham akan maksud Syafiq terserlah di wajah Irsyad.

“ Bukan main lagi kau tengok Balqis tadi. Mungkin Aniq marah pasal tu kot.”

Irsyad mendiamkan diri. Mungkin betul juga kata Syafiq. Mungkin salah dia. Setelah melangkah masuk ke dalam kelas, Irsyad dan Syafiq meletakkan buku Kimia di atas meja masing-masing. Irsyad melabuhkan punggungnya ke kerusi.

“ Kau tak nak pergi kantin ke?” ujar Syafiq.

“ Em, tak apalah. Kau pergilah ek. Aku tak lapar.”

“ Betul ni? Kau tak nak tempah apa-apa?”

“ Tak apalah, Syafiq. Terima kasih ek.” Irsyad menghadiahkan senyuman. Syafiq meninggal Irsyad.

Kelas yang sebelumnya riuh menjadi sunyi sepi ketika waktu rehat tiba. Kini hanya tinggal Irsyad seorang diri di dalam kelas. Senyap.

No comments: