Thursday, April 29, 2010

Menagih Cinta Dia 2

“ Balqis? Siapa Balqis?” Dia bertanya kepada Syafiq, kerana dia masih belum mengenali rakan-rakan barunya selain Syafiq.

“ Itu. Yang tengok kau tu.” Syafiq memuncungkan mulutnya ke arah Balqis.

Irsyad menoleh. Dia ternampak seorang gadis yang sememangnya sedang melihat dirinya. Mungkin itulah Balqis. Dia mengukir senyuman. Balqis mengalihkan pandangannya ke tempat lain. Dia tunduk. Malu dan segan melanda dirinya atas perbuatannya sebentar tadi. Dia tersengih-sengih sendirian.

Handsomenya dia! Balqis bermonolog. Perbuatannya disedari oleh rakan karibnya, Najwa yang duduk bersebelahan dengannya.

“ Woi, Cik Balqis! Kenapa tersenyum-senyum sendiri ni? Gila ke apa kawan aku sorang ni.” Balqis terkejut akan sapaan Najwa.

“ Eh, mana ada. Suka hati kau je.”

“ Eleh, kau ingat aku tak perasan kau tersengih-sengih sorang-sorang tu?”

“ Mana ada aku tersengih-sengih.”

“ Cik Balqis oi… Aku Nampaklah. Eh, kenapa? Ceritalah kat aku.”

“ Tak ada apa-apalah.” Balqis tersenyum lagi.

“ Eleh, tak ada apa-apa konon. Ceritalah. Apa yang Aniq dah buat kat kau?” Najwa cuba mengorek rahsia di sebalik senyuman Balqis itu.

“ Ha? Apa Aniq dah buat kat aku?” Balqis hairan.

“ Tanya aku pula. Manalah aku tahu.”

“ Mana ada Aniq buat apa-apa kat aku.”

“ Habis tu, kenapa kau senyum-senyum?”

“ Tak ada apa-apalah.” Balqis tetap ingin menyembunyikan rahsia senyumannya.

“ Oh, tak nak bagi tahu aku ek. Taka pa. Macam nilah kawankan.” Najwa berpura-pura merajuk supaya dia dapat mengetahui apa yang tersimpan di hati sahabatnya itu.

“ Alah, Najwa ni. Pandai je nak korek rahsia aku.”

“ Yalah. Akukan sahabat kau. Mestilah aku nak tahu apa yang kau rahsiakan sampai tersenyum sendirian.” Najwa melontarkan ketawa. Rupa-rupanya Balqis tahu akan matlamatnya untuk mengorek rahsia dirinya.

“ Yalah tu.” Balqis mengalah.

“ Cepatlah kongsi. Pasal apa?”

“ Pasal budak baru tu.”

“ Kenapa dengan si Irsyad tu?”

“ Kacakkan? Manis senyuman dia. Sejuk mata aku memandang.” Balqis ketawa kecil.

“ Woi! Takkan kau nak curang dengan Aniq? Kau jangan main-main Balqis. Aniq tu pun apa kurang kacaknya. Kau ni beruntung dapat si Aniq tu. Dahlah handsome. Ramai orang nak kat dia, tapi dia pilih kau. Ko tak bersyukur ke?” Balqis mendapat bebelan percuma daripada Najwa.
“ Itu, aku tahulah. Aku cuma cakap kat kau je. Kau juga yang nak tahu sangat tadi.” Balqis mencebikkan bibirnya.

Najwa ketawa. “ Ya tak ya jugakan.”

Kring! Kring! Loceng sekolah bordering tanda waktu mata pelajaran Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan telah pun tamat. Kini, mata pelajaran Kimia pula tiba.

“ Bangun kelas! Terima kasih, cikgu.” Suara ketua kelas bergema di setiap penjuru kelas.

Setelah Cikgu Rozita melangkah keluar dari kelas, semua murid sibuk mencari buku Kimia kerana setiap kali mata pelajaran Kima tiba, mereka perlu turun ke makmal. Keluar dari kelas adalah perkara paling mereka benci. Malas.

“ Balqis, jom. Nanti lambat.” Aniq menyapa.

Perkara sebegini sudah biasa bagi kelas 5 Zamrud. Bukan sahaja rakan sekelas yang mengetahui mereka berpacaran, malahan hamper satu sekolah sudah mengetahuinya. Termasuk juga barisan guru.

“ Sekejap ek.” Balqis mengorek-ngorek begnya.

“ Ha! Jumpa pun. Ok, jom.” Akhirnya dia jumpa juga buku Kimianya.

Mereka berdua sentiasa ditemani oleh Najwa. Balqis sudah terbiasa mengajak Najwa bersama ketika dia dan Aniq pergi ke mana sahaja. Walaupun, kadang-kala Aniq ingin mereka berdua sahaja, tapi Balqis tidak akan mengendahkan permintaannya.

Mereka bergegas menuruni tangga untuk ke makmal. Ramai daripada mereka tidak gemar akan mata pelajaran ini, kerana menurut mereka mata pelajaran Kimia agak susah. Leceh. Nak stabilkan equationlah. Payah.

Setelah selesai pembelajaran Kimia, waktu rehat adalah waktu yang dinanti-nantikan oleh semua pelajar. Bukan pelajar sahaja yang menunggu saat ini, malahan guru-guru juga turut mengharapkan waktu ini tiba. Ini kerana, para guru dapat merehatkan diri untuk seketika setelah penat memerah keringat untuk menyampaikan ilmu. Kadang-kadang, bukan penat kerana menyampaikan ilmu, tetapi penat melayan karenah murid-murid.

Selepas ucapan terima kasih ditujukan untuk cikgu, semuanya bergegas ke kelas dan kantin. Berhimpit-himpit mereka di pintu makmal untuk keluar dari situ hanya kerana ingin memenuhi nafsu makan mereka semata-mata. Tinggi benar nafsu makan mereka. Kalu begini, boleh kaya pak cik dan mak cik kantin dalam satu hari. Kalau satu tahun? Boleh jadi jutawan agaknya.

“ Alamak, pencil box saya!” Sejurus keluar dari makmal, Balqis baru tersedar bahawa kotak penselnya tertinggal di dalam makmal.

Tanpa berlengah lagi, Balqis terus memusingkan badannya untuk masuk kembali ke makmal. Balqis kaku. Terpaku. Beku. Bisu. Itulah kali pertama dia merenung tepat ke retina budak baru yang bernama Irsyad. Irsyad tunduk dan melangkah setapak ke belakang ke sebelah kiri untuk memberi laluan kepada Balqis untuk masuk ke dalam makmal.

Astaghfirullah. Subhanallah. Cantiknya ciptaan Allah. Irsyad beristighfar di dalam hati kerana ini juga kali pertama matanya menatap wajah Balqis, gadis yang cantik itu. Rasa berdosa dan bersalah juga meneroka ke dalam dirinya. Irsyad yang ditemani oleh Syafiq melangkah pergi dari makmal untuk ke kelas, meninggalkan Balqis di dalam makmal serta Aniq dan Najwa yang menunggu Balqis di luar makmal. Aniq merenung Irsyad. Syafiq sedar akan renungan tajam Aniq, dia melihat wajah Irsyad. Tenang.

“ Dia memang macam tu ke?” Irsyad tiba-tiba bersuara ketika menaiki tangga untuk ke kelas 5 Zamrud.

“ Siapa?” Syafiq kehairanan.

“ Orang yang tengok aku tadi.”

“ Aniq?”

“ Mungkin.” Irsyad tidak pasti kerana dia masih belum mengenali rakan barunya.

“ Yalah tu. Dialah tadi yang tengok kau tu. Aku ingat kau tak perasan.” Syafiq ketawa kecil.

“ Aku perasaan, tapi buat-buat tak perasan.” Irsyad melemparkan senyuman.

“ Oh. Actually, Balqis tu girlfriend Aniq. Siapa yang tak marah kalau girlfriend sendiri kena rampas. Betul tak?”

“ Maksud kau?” Reaksi kurang faham akan maksud Syafiq terserlah di wajah Irsyad.

“ Bukan main lagi kau tengok Balqis tadi. Mungkin Aniq marah pasal tu kot.”

Irsyad mendiamkan diri. Mungkin betul juga kata Syafiq. Mungkin salah dia. Setelah melangkah masuk ke dalam kelas, Irsyad dan Syafiq meletakkan buku Kimia di atas meja masing-masing. Irsyad melabuhkan punggungnya ke kerusi.

“ Kau tak nak pergi kantin ke?” ujar Syafiq.

“ Em, tak apalah. Kau pergilah ek. Aku tak lapar.”

“ Betul ni? Kau tak nak tempah apa-apa?”

“ Tak apalah, Syafiq. Terima kasih ek.” Irsyad menghadiahkan senyuman. Syafiq meninggal Irsyad.

Kelas yang sebelumnya riuh menjadi sunyi sepi ketika waktu rehat tiba. Kini hanya tinggal Irsyad seorang diri di dalam kelas. Senyap.

Tuesday, April 27, 2010

Menagih Cinta Dia 1

Keriuhan kelas Tingkatan 5 Zamrud sudah sebati di sekolah SMK Tandek, Kota Kinabalu, Sabah. Kelas itu akan menjadi semakin riuh apabila mata pelajaran Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan tiba. Cikgu Rozita merupakan guru mata pelajaran tersebut. Dia sentiasa memberi kelonggaran dan sedikit kebebasan kepada pelajar Tingkatan 5 Zamrud untuk mengulangkaji pelajaran, semata-mata untuk persiapan menghadapi peperiksaan yang terbesar dalam hidup seseorang yang bergelar pelajar iaitu Sijil Pelajaran Malysia (SPM). Waktu mata pelajaran Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan inilah yang sentiasa dinanti-nanti oleh setiap pelajar Tingkatan 5 Zamrud.

“ Ok kelas, hari ini buat kerja sendiri ek!” Inilah ucapan yang sentiasa didengari oleh pelajar-pelajar daripada Cikgu Rozita sejurus sahaja masuk ke kelas 5 Zamrud.

Murid-murid sudah biasa dengan ucapan itu. Murid-murid akan bertindak sendiri walaupun belum diberitahu oleh Cikgu Rozita.

“ Cikgu, kami dah tau dah.” Salah seorang murid yang bernama Aniq bersuara.

Gelak ketawa para murid semakin meriuhkan suasana di kelas itu. Cikgu Rozita hanya menyimpul semyuman. Dia sudah masak dengan perangai murid-murid di kelas 5 Zamrud itu kerana dia telah mengajar kelas tersebut sejak mereka tingkatan empat lagi.

“ Kamu jangan bising sangat tau. Ramai guru dah complaint pasal kelas kamu ni, sebab terlalu bising. Dah nak SPM pun masih lagi main-main. Kamu ni dahlah kelas sains tulen, kelas bagus, pandai, tapi perangai… Ya Allah, kalah-kalah kelas sastera tu. Ramai dah cikgu-cikgu cop kamu sebagai kelas paling bising. Tau tak?” Cikgu Rozita cuba member sedikit suntikan sedar kepada murid-murid di kelas tersebut.

Mulut para murid seperti dikunci dan dimangga oleh kata-kata cikgu, tapi ia hanya seketika.

“ Alah, cikgu. Inikan tahun terakhir kita orang study kat sekolah ini. Kalau belajar je dua puluh empat jam, gilalah kami, cikgu. Lagipun, SPM lama lagi. Ni, baru awal tahun. Relaxlah cikgu. Lagi satu, kami dah kena cop kelas paling bising? (Ketawa) Baguslah kalau macam tu, cikgu. Makin popularlah kelas kita macam ni.” Aniq memberikan pendapatnya.

Ketawa pecah di bibir setiap penghuni kelas 5 Zamrud. Cikgu Rozita menggelengkan kepalanya.

“ Shhh. Astaghfirullah kamu ni, kalau ketawa tu perlahan sedikit. Kalau kelas kamu ni digelar kelas terbaik, tak apalah, ini kelas yang terbising. Itu yang kamu nak bangga-banggakan? Cikgu bagi kamu mata pelajaran cikgu, untuk kamu ulangkaji pelajaran, bukan untuk berbual. Cikgu bukan nak marah kamu semua, tapi cikgu Cuma nak nasihatkan kamu sebelum kamu semua menyesal nanti. Telinga cikgu ni dah sakit dah nak dengar aduan cikgu-cikgu lain terhadap kelas kamu ni. Cikgu sayangkan kamu, sebab itu cikgu nasihatkan kamu sekarang. Kamu ingat, sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada gunanya. Cikgu tak nak kamu sudah jatuh ditimpa tangga.” Setiap butir nasihat Cikgu Rozita itu bagai peluru yang menembak tepat ke jantung para murid kelas tersebut dan membuatkan ia berhenti berdetak seketika. Semua terdiam mebisu. Insaf sementara agaknya.

Tok, tok, tok! Daun pintu kelas Tingkatan 5 Zamrud diketuk. Dibuka perlahan-lahan. Mata semua murid kelas tersebut dan Cikgu Rozita kini tertumpu di daun pintu. Wajah Cikgu Rafique, guru kelas Tingkatan 5 Zamrud terlihat di ambang pintu.

“ Assalamualaikum, cikgu. Maaf ganggu. Ni ada murid baru untuk kelas ni. Cikgu uruslah ek,” ujar Cikgu Rafique kepada Cikgu Rozita.

Cikgu Rozita mengukir senyuman dan mengangguk tanda akur akan arahan Cikgu Rafique. Sejurus sahaja murid baru tersebut melangkah kakinya masuk ke kelas itu, hamper semua pelajar perempuan terpaku melihat kesucian di wajahnya. Terpukau seketika. Murid baru tersebut sedar akan banyak mata yang melihatnya. Dia menundukkan pandangannya. Malu. Segan.

“ Kamu duduk belakang sana ek. Sebelah Syafiq. Lepas kamu letak beg, kamu datang depan ya. Perkenalkan diri kamu.” Cikgu Rozita berkata dengan lemah lembut.

Beg diletakkan di kerusi dengan kemas. Langkah diatur untuk berdepan dengan rakan-rakan baru dan cikgu baru. Nafas ditarik sedalam-dalamnya. Ya Allah, aku paling tak suka memperkenalkan diri ini. Permudahkanlah aku.

“ Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Nama diberi, Irsyad Bin Zulfadli. Saya berasal dari Johor Bahru. Saya dating ke Sabah ni sebab ikut ayah saya pindah sini. Saya rasa itu sahaja. Saya harap sahabat-sahabat dapat membantu saya dalam menyesuaikan diri di sini. Wallahualam.” Irsyad menarik nafas lega setelah memperkenalkan diri.

“ Ada soalan kepada kepada kawan baru kamu ni? Ada apa-apa lagi yang kamu nak tahu pasal dia? Jangan malu-malu, Tanya sahaja. Bolehkan, Irsyad?” Cikgu Rozita cuba bermesra dengan kehadiran murid baru tersebut.

Irsyad menguntum senyuman, lalu mengangguk setuju.

“ Kamu dari sekolah mana?” Salah seorang pelajar perempuan cuba memberanikan diri untuk bertanya.

“ Wei, kenapa kau tanya? Kau nak pergi sekolah dia dulu ke?” Sakat salah seorang rakannya. Gamat suasana jadinya seketika, selepas itu senyap kembali.

“ Dari sekolah SMK Agama Segamat, Johor,” jawab Irsyad.

“ Oh, budak sekolah agamalah ni. Kenapa pilih sekolah ni? Kenapa tak pergi sekolah agama?” Aniq tertanya-tanya.

“ Sekolah ni agak dekat dengan rumah saya, walaupun perlu menaiki kereta berbanding sekolah-sekolah yang lain. Saya pun nak juga merasa sekolah biasa. Dah empat tahun bersekolah agama. Tapi, insyaAllah mata pelajaran Bahasa Arab tetap saya teruskan pembelajarannya. Begitu juga dengan mata pelajaran lain. Bukan maksud saya dah bosan dengan bersekolah agama, tetapi saya cuma ingin bertukar angin. Lebih banyak pengalaman, lebih banyak ilmu.” Irsyad petah berbicara, walaupun batinnya hanya Allah sahaja yang tahu. Jantungnya berdegup kencang ketika menjawab soalan-solan dari kawan barunya.

“ Kau nak belajar kat mana? Kat sekolah ni, tak ada mata pelajaran Bahasa Arab,” sambung Aniq.

“ Ustaz-ustaz dan ustazah-ustazah kat sekolah inikan ada. InsyaAllah, kalau mereka ada masa untuk berkongsi ilmu dan sanggup mengajar saya, saya amat bersyukur. Kalau tak pun, saya boleh ambil kelas Bahasa Arab di luar. Usaha itukan tangga kejayaan. So, kalau tak ada para pendidik yang ingin mengajar saya pun, itu bukan bermaksud saya akan batalkan niat saya. InsyaAllah, tidak. Saya akan cuba alternatif lain.” Irsyad menyusun kalam, walaupun dia agak ragu-ragu dengan kalam yang dikeluarkan.

“ Betul tu, Irsyad. InsyaAllah, ustaz-ustaz dan ustazah-ustazah kat sini amat senang dengan kehadiran Irsyad di sekolah ini. Terima kasih, Irsyad. Kamu boleh kembali ke tempat duduk kamu.” Cikgu Rozita menghadiahkan senyuman.

“ Cikgu, saya nak tanya lagi! Saya tak puas hati.”

“ Kamu nak tanya apa lagi, Aniq? Nanti-nantilah kamu tanyakan Irsyad ya.”

Aniq menyimpan soalannya ke memorinya.

Setiap langkah Irsyad dipandang oleh seisi penghuni kelas tersebut sehingga dia melabuhkan punggungnya ke kerusi. Dia tunduk. Malu. Syafiq mula mendekatinya. Pabila Irsyad mengangkat kepala, memandang semua rakan kelasnya, ada yang mengalihkan pandangan ke hadapan, ada yang kononnya membaca buku dan ada juga yang buat-buat tidak tahu. Dia tersenyum melihat gelagat rakan-rakan barunya. Bagus juga jika mereka jadi seorang pelakon.

Syafiq menghadiahkan senyuman kepada rakan barunya, Irsyad.

“ Saya Syafiq.” Syafiq menghulurkan tangan untuk berjabat tangan dengan Irsyad.

Irsyad menyambut tangannya dengan senyuman.

“ Saya Irsyad.”

“ Kamu asal mana?”

“ Johor Bahru.”

“ Oh, Johor. Saya asal Selangor. Saya pun musafir macam awak juga.” Mereka ketawa kecil.

“ Dah berapa lama kat Sabah ni?”

“ Lebih kurang empat tahun.”

“ Wah, lama juga ya kau kat sini. Macam mana kat sini? Ok?”

“ Alhamdulillah, buat masa ni ok. Em, Irsyad, Balqis tengok kau.”

Irsyad kehairanan. Kening dikerutkan. Balqis?

Wednesday, April 21, 2010

Diari Saksi Coretan (Akhir)

Esakan demi esakan bergema di bilik wadku. Semua yang ada di wad itu mengalirkan air mata. Aku, Syifa, Mak Uda, Danish, Dantin Iza dan Datu Rizal. Sunyi.

" Mama, jomlah balik," ajak Datuk Rizal.

Kali ini, dengan langkah yang lemah, Datin Iza akur akan ajakan suaminya. Aku hanya tertunduk. Syifa dan Mak Uda merangkul tubuhku. Rasa sakit di badanku sudah seperti tidak terasa. Malah, rasa pilu menyelaputi seluruh tubuhku.

Pagi yang muram telah pergi, petang yang sunyi sudahpun menyelubungi tanpa meninggalkan kesan. Kini, malam yang terang dengan cahaya bulan purnama menyinari.

" Syaza..." Kalam Danish terhenti.

" Awak nak apa sebenarnya, Danish?" soalku.

" Saya nak kita diijab kabul." Kedengaran suaranya agak serius.

Aku berfikir beribu kali atas permintaannya. Fikiranku terganggu atas apa yang telah dilakukan oleh Datin Iza selama ini terhadap aku. Aku buntu.Kutatap matanya di bawah cahaya bulan purnama sedalam-dalamnya. Matanya yang diisikan dengan penuh harapan. Aku hanya membisu.

19 Mac 2010

Sebulan telah berlalu. Aku kini kembali sihat dan keajaiban Allah telah tertunai. Aku selamat diijabkabulkan bersama Danish, lelaki yang kucintai. Doa kami berdua yang tidah pernah putus-putus telah dikabulkan oleh Allah Yang Maha Esa. Kami hidup bahagia disamping keluarga. Ibu, adik-adik, Datuk Rizal, Datin Iza, Mak Uda dan Pak Azli, semuanya bahagia. Hidup kami kini tiada sengketa. Aku sudah memaafkan semuanya dan melupakan peritiwa dahulu kala.

Inilah diariku. Diari ini adalah saksi coretanku. Selain Allah, diari inilah tempatku mengadu. Suka, duka, ia turut merasa. Kini aku gembira, bersyukur kepadaNya kerana aku dan dia dapat bersama.

Terima kasih, Ya Allah.


Alhamdulillah, akhirnya siap juga. Syaza sengaja buat kamu tertunggu-tunggu. Maaf ya. Terima kasih yang teramat kepada semua yang sudi membaca cerita Diari Saksi Coretan. Maafkan Syaza kalau ada yang tersilap. Doumo Arigatou Gozaimasu. Syaza harap, kamu berpuas hati dengan pengakhirannya. ;)

Tamat

Sunday, April 18, 2010

Diari Saksi Coretan 28

" Abang Danish, selama ini Syifa percaya pada Abang Danish. Tapi apa yang abang dah buat pada Kak Syaza? Kenapa abanag biarkan Kak Syaza jadi macam ni?" Syifa menyambung kalamnya.

" Syifa, maafkan abang. Maafkan abang." Setitis air matanya jatuh lagi.

" Syifa, dahlah tu. Benda ni dah lepas dah." Aku cuba bersuara.

" Akak, benda ni memang dah lepas, tapi kesakitan yang akak alami tu belum terlepas," balasnya.

" Syaza, tolong maafkan Datin Iza." Datuk Rizal merayu.

" Datuk tak nak perkara ni sampai kes polis," sambungnya lagi. Aku terdiam.

" Papa, orang macam ni tak patut dimaafkan. Tak berhati perut!" Tegas Danish.

" Danish! Awak tak patut cakap pada Datin Iza macam tu. Walau seburuk mana pun dia, sehina mana pun dia, dia tetap mama awak." Aku cuba menasihatinya.

" Syaza, awak bela dia? Awak bela seseorang yang telah menyakiti awak?" soal Danish.

" Awak nak saya buat apa Danish? Nak pukul dia balik? Dengan keadaan badan saya yang macam ni? Saya tak layak, Danish. Saya tak layak untuk menghukum orang. Semua tu kerja Allah." Aku sudah mula berbicara. Semua kembali terdiam.

" Syaza, maafkan mama. Mama tak patut buat kamu macam ni. Walau mama dah dera kamu, pukul kamu, tapi kamu... kamu... Maafkan mama." Datin Iza mengenggam tanganku. Deras air matanya mengalir. Aku terkesima akan kata-kata yang dilontarkannya. Aku hanya berdiam diri. Tiada sepatah kata kubalas.

" Danish, tolong maafkan mama. Selama ni, mama pentingkan diri sendiri. Mama tak kenal hati budi orang. Mama hina! Danish, maafkan mama." Tangan Danish dipegang. Namun, Danish turut mendiamkan diri.

" Mama, dahlah. Jom kita balik." Datuk Rizal mengajak. Datin Iza tetap tidak ingin pulang selagi aku dan Danish tidak memaafkan perbuatannya itu. " Danish, Syaza. Tolong maafkan mama. Tolonh jangan sumbatkan mama dalam penjara. Mama janji, mama tak akan buat lagi." Datin Iza bersungguh-sungguh merayu. Aku tidak mampu mengeluarkan sepatan kata. Begitu juga dengan Danish.

Adakah Syaza dan Danish akan memaafkan Datin Iza atas perbuatan yang telah dia lakukan?
Untuk mengetahuinya, ikuti cerita Diari Saksi Coretan seterusnya. Teruskan membaca! Ganbatte kudasai! =)

Bersambung...

Friday, April 16, 2010

Diari Saksi Coretan 27

" Papa, isteri kesayangan papa ni dah dera Syaza. Papa tahu tak? Syaza masuk hospital ni sebab mama! Sebab kena pukul dengan mama kat stor belakang rumah kita tu! Badan belakang Syaza ni, macam dah nak patah, tahu tak? Kalau dia teruskan bekerja juga, dia boleh lumpuh. Papa tahu tak? Syaza dapat kerja kat rumah kita pun, sebab mama musnahkan hidup dia. Mama suruh pekedai-pekedai kat kawasan rumah Syaza tu, supaya tak bagi kerja pada Syaza. Syaza hilang tempat tinggal sebab mama! Ibu Syaza sakit sebab mama! Mama dah rancang semua nikan?! Itu mama cakap, mama tak ada buat apa-apa pada Syaza? Mama buat-buat tak tahu pasal ni. Mama sebenarnya nak apa, ma?" Air matanya deras mengalir. Begitu juga dengan aku, Mak Uda dan Datin Iza.

" Maafkan mama, Danish. Mama buat semua ni untuk Danish. Untuk keluarga kita." Datin Iza melutut, tertunduk malu.

" Mama, betulkah apa yang Danish cakapkan ni?" soal Datuk Rizal. Datin Iza mengangguk perlahan.

" Papa malu dengan mama." Suaranya kedengaran sayu.

" Mama cakapa mama buat semua ni utnuk Danish? Ini, mama buat untuk diri mama. Mama buat sebab nak lepaskan dendam mama. Walau apa yang terjadi, mama tak boleh halang Danish! Mulai hari ini, hanya Danish sahaja yang tentukan hidup Danish." Dia melepaskan sedikit lagi sisa-sisa perasaan yang terpendam.

Pintu dibuka. Aku melihat, adikku Sifa berdiri di ambang pintu. Linangan air matanya kelihatan. Pang! Satu tamparan hebat sampai ke muka Datin Iza.

" Aunty, kenapa aunty buat kakak saya sampai macam ni? Kenapa aunty buat keluarga kami merana sampai macam ni? Kenapa? Kenapa? Apa salah kami?" Syifa meluahkan perasaannya. Datin Iza tertunduk.

" Syifa!" tegasku.

" Akak, kenapa akak sembunyikan semua ni dari Syifa? Dari ibu? Kenapa,kak? Kenapa akak seorang sahaja yang tanggung semua ni? Kami ni sebenarnya siapa pada akak? Kenapa akak tak bagi tahu kami?" Air matanya semakin lebat menuruni ke pipinya.

Aku tidak mampu berkata apa-apa. Perasaan sebak menerjah ke dadaku.

" Aunty, walaupun kami ni miskin, tapi kami tak pernah minta simpati orang lain. Kami tak minta sedekah. Kami bukannya manusia yang boleh dipijak-pijak, dihina! Yang penting sekali, kami tak miskin budi bahasa dan agama macam aunty!" Kata-katanya menembak tepat ke jantung setiap pendengar. Semua yang berada di situ, terdiam mebisu. Kalam Syifa amat mendalam maknanya.

Ingin tahu sambungan kalam Syifa?
Untuk mengetahuinya, ikuti cerita Diari Saksi Coretan seterusnya. Teruskan membaca! Ganbatte kudasai! =)

Bersambung...

Wednesday, April 14, 2010

Diari Saksi Coretan 26

" Mama, mama tak payah nak tunjuk baik dengan Danish lagilah, ma. Mama dah hancurkan harapan Danish, tau tak? Mama dah hancurkan hidup Danish. Pernah tak mama ambil tahu tentang semua tu? Mama cuma gilakan harta, kekayaan, wang ringgit! Mama ni jenis ibu yang macam mana, ha?!" Danish memuntahkan isi yang sendat di jiwanya selama ini.

Pang! Satu tamparan sampai ke muka Danish.

" Danish! Sampai hati Danish cakap macam tu? Mama yang melahirkan Danish. Mama buat semua ni untuk Danish." Datin Iza melepaskan geram.

" Mama, dahlah tu. Ni hospital." Datuk Rizal sekali lagi cuba memujuk.

" Papa diam. Biar mama ni cakap dengan anak kesayangan papa yang tak tahu kenang budi orang ni!" Datin Iza tetap ingin meneruskan kata-katanya.

" Mama tak nak kamu bergaul dengan orang miskin macam ni! ( Datin Iza menunjuk ke arahku ) Orang macam ni, tak layak untuk kamu. Kamu faham tak? Mama nak yang terbaik untuk kamu, Danish. Kenapa kamu masih tak faham-faham lagi?" jelas Datin Iza.

" Mama, mama tak layak cakap macam tu setelah mama buat Syaza macam ni!" Suaranya ditegaskan.

" Apa yang mama buat pada Syaza? Danish cuba cakap dengan mama. Mama bagi dia kerja kat rumah kita. Itu masih tak cukup ke?" Balas Datin Iza.

Aku, Mak Uda dan Datuk Rizal hanya mampu berdiam diri, tetapi aku cuba bersuara. Aku tidak mahu hubungan anak-beranak ini renggang hanya disebabkan aku.

" Danish, dahlah tu. Cukup. Jangan, Danish. Jangan." Aku merayu kepada Danish supaya tidak memberitahu apa yang terpendam di hatinya.

Pang! Satu lagi tamparan hinggap di mukaku.

" Eh, perempuan. Apa yang kau dah hasut dengan anak aku ni, ha?" tegasnya.

" Datin... Saya tak buat apa-apa." Suaruku terputus-putus, menahan air mata daripada pecah dari empangan.

" Mama! Kalau Danish lapor kat polis tentang apa yang mama dah buat pada Syaza, mama akan ditangkap tahu tak?" Danish melepaskan geramnya.

Datin Iza terdiam. Mukanya juga tertanya-tanya. Apa yang anak ini tahu?

" Apa ni, Danish. Apa yang Danish cakap ni? Samapai nak lapor polis. Mama dah buat apa pada Syaza?" Datuk Rizal menyoal.

" Danish, jangan." Aku merayu. Air mataku akhirnya mengalir. Mak Uda memelukku.

" Apa yang Danish nak buktikan? Apa yang mama dah buat dengan pembantu kita yang miskin ni? Ha?!" Datin Iza bersuara tegas walaupun hatinya berdegup kencang.

Adakah Danish akan meneruskan ucapannya?
Untuk mengetahuinya, ikuti cerita Diari Saksi Coretan seterusnya. Teruskan membaca! Ganbatte kudasai! =)

Bersambung...

Sunday, April 11, 2010

Diari Saksi Coretan 25

" Ok, like this. ( Nafas kecil dilepaskan ) Syaza... Kenapa awak tak bagi tahu saya pasal semua ni?" Soalan diajukan kepadaku. Aku tidak mengerti maksudnya. Aku tertanya-tanya.

" Apa awak cakap ni, Danish? Saya tak fahamlah." Suaraku masih kedengaran lemah.

" Ini," ringkasnya.

Dia menunjukkan diariku. Aku terperanjat. Tiada sepatah kata yang dapat kuungkapkan setelah melihat dia memegang diari kehidupanku.

" Kenapa awak sembunyikan segalanya daripada saya? Syaza, kenapa awak diam? Cakaplah! Sekarang, cuma ada awak, saya dan Allah. Mama tak ada kat sini. Awak, tolonglah beritahu saya." Mengalir air matanya. Sifat kelakiannya hilang seketika.Kugagahkan jua tubuhku untuk melontar bicara. Otak menginterprestasikan kata.

" Danish, awak dah baca semuanya? Itukah buku yang awak baca semalam? Sepanjang malam?" Anggukan dibalas olehnya.

" Danish, ingat lagi tak hari tu yang saya pernah cakap yang saya berkorban untuk awak. Pengorbanan inilah yang saya maksudkan. Kalau awak dah baca, mesti awak terbaca sekali syarat-syarat yang dipersetujukan. Saya terjerut dengan syarat-syarat itu, Danish. Saya taknak susahkan sesiapa, termasuk awak." Sambungku dengan nada yang lembut dan sayu.

" Kenapa awak sanggup buat macam ni, Syaza? Kenapa?" Tangisannya semakin kedengaran.

" Saya buat semua ni untuk keluarga saya," jawabku ringkas.

Dia terduduk di kerusi yang diletakkan di sebelah katil. Rasa pilu memenuhi ruang bilik wad itu.

" Danish, saya minta maaf." Aku menyambung kalamku.Dia meraup mukanya yang berlinangan dengan air mata.

Daun pintu bilik wadku dibuka. Aku dan Danish melihat Datuk Rizal, Datin Iza serta Mak Uda berdiri di ambang pintu. Danish segera mengusap air matanya.

" Mama, papa? Kenapa datang?" Danish cuba mengawal suaranya.

" Eh, mama dengan papa datang nak jenguk pembantu rumah yang asyik menyusahkan orang ni pun, tak boleh ke?" Ucapan Datin Iza amat pedas. Namun, aku hanya menahan.

" Datin, datuk, terima kasih sebab datang nak jenguk saya," ujarku.

" Syaza ok?" Datuk Rizal cuba bersuara. Sebelum aku sempat untuk membalasnya Danish mula berbicara.

" Pa, Syaza yang terlantar kat hospital ni, papa dan mama masih boleh tanya Syaza ni ok ke tak?"

" Kamu jangan biadap dengan papa kamu, Danish!" Tegas Datin Iza.

" Mama, sudahlah tu." Daruk Rizal memujuk.

Apakah yang berlaku seterusnya?
Untuk mengetahuinya, ikuti cerita Diari Saksi Coretan seterusnya. Teruskan membaca! Ganbatte kudasai! =)

Bersambung...

Friday, April 9, 2010

Diari Saksi Coretan 24

16 Januari 2010

Aku merasa badanku semakin lemah. Keluargaku tidak tahu akan keadaan, begitu juga dengan Mak Uda. Danish? Huh. Jauh sekali.

Bila difikir-fikirkan bagus juga. Danish dijodohkan dengan Cik Wani. Aku tahu, Cik Wani amat mencintai Danish. Aku seperti sudah melupakannya. Mampukah aku untuk melupakannya? Atau ia hanya sekadar kata hati yang penuh tipu belaka? Aku ingin pendamkan peta perjalanan lama yang begitu menyeksakan. Namun, mampukah aku?

Aku terikat dengan janji-janji Danish dan terjerut dengan kata-kata Datin Iza. Oleh kerana kedua-dua ini, aku diheret ke lurah sepi. Aku seperti sudah tidak mampu berdiri di atas kaki sendiri.

Ya Allah,
Andainya Danish dapat membaca apa yang kutulis,
Tidak perlulah untuk aku meluahkan lagi perasaanku padanya.

Tetapi, selepas kayta-kata yang dilontarkan hari itu, dia sudah tawar hati kepadaku. Aku tidak kisah akan semua itu. Adakah ini ertinya sebuah pengorbanan?

Aku serahkan segalanya kepadaMu, Ya Allah.


Helaian terakhir telah habis dibaca. Air matanya tidak berhenti mengalir.
" Syaza, kenapa awak sanggup buat macam ni?" Suaranya diperlahankan. Keharuan serta-merta menerpa benaknya.

..................................................................................

" Danish?" Aku melihat dia termenung sendirian di sofa. Buku yang dipegang, digenggam kemas. Danish mengelap air matanya. Dia menuju ke katilku.

" Ya, Syaza. Syaza dah nak pergi sembahyang?" soalnya. Aku merenung tepat ke matanya.

" Danish tak tidur ke?" Aku menyoal. Gelengan diberikan olehnya.

Aku menyuruhnya untuk mengejutkan adikku, Syifa. Danish bisu sepanjang jalan menuju ke surau dan pulang dari surau. Aku sendiri tidak mengerti apa sebabnya.

Setiba di katil, namaku dipanggil oleh Danish dengan nada yang agak perlahan.

" Ya," sahutku.

" Syifa, boleh tinggalkan Abg Danish dangan Kak Syaza sekejap?"

Degupan jantungku semakin kencang. Kelihatan Syifa mengangguk tanda akur akan permintaanya.

" Syaza... Syaza... Argh! How I want to start it?!"

Aku berasa tidak selesa akan kata-katanya. Gementar menyelubungi jasadku. Danish menarik nafas panjang.

Berjayakah Danish untuk berbicara kepada Syaza setelah membaca diarinya?
Untuk mengetahuinya, ikuti cerita Diari Saksi Coretan seterusnya. Teruskan membaca! Ganbatte kudasai! =)

Bersambung...

Wednesday, April 7, 2010

Diari Saksi Coretan 23

2 September 2009

Datin Iza ingin menjodohkan Danish dengan Cik Wani, tetapi Danish mengingkarinya. Aku dipanggil lagi ke stor itu. Masuk kali ini, sudah 5 kali aku dipukul dan disebat di bahagian belakang badanku. Rasa sakit yang teramat sangat.

Aku tak boleh berbuat apa-apa. Jika aku menangis di depan Datin Iza, dia akan menambahkan bilangan sebatannya itu. Aku terpaksa menahan air mataku daripada mengalir.

Aku akan menangis sepuas hati di bilik dan mencoret segalanya di sini.

Allah Maha Melihat akan segala sesuatu.


' 5 kali?! Selama ni, Syaza taknak cakap dengan aku, taknak jumpa dengan aku, sebab... ' Danish bermonolog. Air matanya mula jatuh berguguran. Dia mengusap air matanya dan terus membaca.

21 September 2009

Sekali lagi, aku dihukum oleh Datin Iza. Namun, kali ini beberapa orang gengster turut membelasahku.

Aku sudah tak berdaya untuk menulis apa yang berlaku pada hari ini. Aku terlalu lemah. Tubuh badanku semakin sakit dan pedih. Aku rasa tulangku seperti mahu patah.

Kenapa ini berlaku padaku, Ya Allah?


Air mata Danish semakin mengalir deras. Helaian demi helaian dibaca.

" Ya Allah. apa yang aku dah lakukan pada Syaza ni?!" Teresak-esak Danish melontarkan kata-kata itu. Rasa bersalah menyelubungi dirinya.

25 Disember 2009

Danish telah meluahkan perasaan tidak puas hatinya kepadaku. Yes, I'm really deserve it because I never told him, why I am here, my feelings. Rasa pedih bila dia cakap macam tu. Dia langsung tak pernah tahu apa yang terjadi dalam hidup aku, selama aku bekerja kat sini. Datin Iza telah menghancurkan hidupku. Segalanya. Tetapi, aku tabah menghadapinya. Semuanya untuk keluarga aku.

Aku masih ada rasa sayang dan kasih pada Danish. Tapi, aku tak boleh bagi tahu dia. Biarlah dia anggap diri aku ini sudah tiada perasaan lagi padanya. Biarlah dia lupakan segalanya. Aku tak layak untuknya. Aku tak setaraf dia.

Aku cuma nak lihat dia bahagia. Aku tahu yang dia tak sama seperti Datin Iza, tapi dia tak boleh buat apa-apa. Dia terpaksa ikut semua kehendak Datin Iza. Aku faham perasaan dia. Tapi, pernah dia faham perasaan aku?

Danish, aku juga perlu berlakon dalam rumah ini. Aku berlakon depan keluargaku, depan semua orang. Kononnya, aku bahagia bekerja di sini.

Bahagiakah seseorang itu jika melakukan sesuatu pekerjaan atas dasar terpaksa? Bagi aku, ia sungguh memeritkan.

Maafkan aku, Danish. Aku tak boleh bagi kau tentang apa yang terjadi padaku. Aku percaya, suatu hari nanti, kebenaran akan terbongkar juga. Untuk menemukan kebenaran, kesabaran harus ditanam.

Ya Allah, sesungguhnya Kau Maha Memahami lagi Maha Mengetahui. Aku hanya bertawal padaMu, Ya Allah. Berikanlah yang terbaik untuknya.


Setiap patah perkataan yang dibaca, bagai peluru yang menembak tepat ke jantungnya dan membuatkan ia terhenti berdetak. Kesedihan terlihat nyata pada mukanya. Pembacaannya tetap diteruskan. Danish sanggup bersengkang mata semata-mata untuk menemui kebenaran.

Untuk mengetahuinya, ikuti cerita Diari Saksi Coretan seterusnya. Teruskan membaca! Ganbatte kudasai! =)

Bersambung...

Monday, April 5, 2010

Diari Saksi Coretan 22

20 Julai 2009

Datin Iza berjumpa denganku. Dia mengesyorkan aku untuk bekerja di rumahnya sebagai pembantu rumahnya. Aku berasa ragu-ragu akan cadangannya. Tapi, sampai bila aku nak menumpang rumah orang? Aku bersetuju untuk bekerja dengannya. Disebabkan terlalu banyak rumah kami pindah, ibu telah jatuh sakit. Semuanya aku lakukan untuk keluargaku.


' Mama yang suruh Syaza kerja dengan dia? Kenapa? ' Minda Danish mula mengeluarkan persoalan.

25 Julai 2009

Kini aku mula bekerja dengan Datuk Rizal dan Datin Iza. Aku harus berkorban mulai saat ini. Di dalam diari ini sahaja, aku luahkan perasaanku di samping Allah.

Aku bersetuju dengan syarat yang dikemukan oleh Datin Iza. Antara syaratnya:

1. Perlu menuruti segala kata-katanya.
2. Jangan sesekali bercakap dengan Danish, jika tidak aku yang terima padahnya. Walaupun Danish yang bula berbicara.
3. Aku perlu memanggil Danish dengan panggilan Tuan Muda Danish.
4. Jika Danish melawan percakapan Datin Iza atau mengingkarinya, aku yang akan terima balasannya.

Aku terpaksa akur segala syaratnya hanya untuk keluargaku. Aku terjerut dengan kata-kata itu.


" Mama?!" Danish bersuara, namun dengan nada perlahan. Jam menunjukkan pukul 12.30 tengah malam. Danish tetap meneruskan pembacannya. Lembaran demi lembaran diselak dan dibaca.

2 Ogos 2009

Danish berjumpa denganku untuk membantunya dalam menyelesaikan masalah projeknya. Aku cuba untuk menolak, tetapi akhirnya aku terpaksa menurutinya atas sebab dia Tuan Muda di rumah itu.

Datin Iza mengetahui akan hal ini dan aku sudah bersedia menerima hukumannya. Malam ini, aku dibawa ke sebuah stor kecil yang berdekatan dengan bilikku.

Aku dipukul dan disebat dengan menggunakan tali pinggang. Ini adalah kali pertama kalinya dia berkelakuan sebegitu kepadaku. Badanku terasa amat sakit, namun kutahan.

Aku diugut supaya tidak memberitahu perkara ini kepada sesiapa pun. Jika tidak, keluargaku akan menjadi mangsa seterusnya.

Biarlah Allah yang menjadi saksi akan perkara yang terjadi.


" Maknanya... Badan Syaza sakit sebab..." Kata-kata Danish terputus di situ. Muka surat demi muka surat ditatap dan dihayati. Jam berdetik menunjukkan tepat pukul 2.00 pagi.

Perkara yang sebenar telah terungkai. Apakah yang berlaku seterusnya?
Untuk mengetahuinya, ikuti cerita Diari Saksi Coretan seterusnya. Teruskan membaca! Ganbatte kudasai! =)

Bersambung...

Saturday, April 3, 2010

Diari Saksi Coretan 21

Ucapan salam kami balas.

" Mak Uda baliklah ya. Malam ni, biar Danish jaga Syaza lagi. Mak Uda dari pagi tadi dah jaga Syaza. Nanti mama cakap apalah pula," kata Danish sambil menuju ke arah Mak Uda yang sedang duduk di sofa. Mak Uda mengikut arahan Danish.

Aku ditemani oleh Danish dan Cik Yana pergi ke surau untuk menunaikan solat Isyak.

" Syaza!" Terbeliak mataku setelah melihat orang yang menyahut namaku.

" Kak Syaza! Kak Syaza kenapa ni?" Adik-adikku memeluk tubuhku. Aku hanya mampu berdiam diri. Aku menahan air mataku daripada mengalir.

" Ibu, maafkan Syaza. Syaza baru dua hari kat hospital ni. Syaza tak nak ibu risaukan Syaza. Syaza minta maaf." Ucapan ini kulontarkan selepas selesai menunaikan solat Isyak berjemaah bersama ibu dan adik-adik.

" Sampai hati Syaza tak bagi tahu ibu. Macam mana boleh jadi macam ni? Kenapa Syaza tipu ibu?" Titisan demi titisan air mata jatuh ke lantai pipi. Aku memeluk tubuh ibuku. Adik-adikku hanya melihat perbualan kami. Ada yang menangis dan ada yang berkaca matanya.

"Ibu, Syifa, Zahra, Kak Syaza minta maaf. Kak Syaza tak nak susahkan sesiapa pun." Hanya perkataan itu sahaja yang boleh kuungkapkan.

Seorang lagi adikku berada di rumah. Aku, ibu, adik-adik, Danish dan Cik Yana menuju ke bilik wadku. Danish dan Cik Yana meninggalkan kami untuk bersama. Hari semakin malam, aku menemani ibu untuk pulang ke wadnya. Syifa menolak kerusi rodaku, manakala Zahra menolak kerusi roda ibu.

" Ibu tidur nyenyak-nyenyak ek. Esok kita jumpa lagi." Syifa menghantar aku pulang ke wad.

" Kak, maafkan Syifa. Syifa tak tahu pula akak nak keluar masa tu." Aku menghadiahkan senyuman kepadanya.

" Tak apa, Syifa. Bukan salah Syifa dan buka salah sesiapa. Sampai bila akak nak sorokkan perkara ni. Allah nak suruh akak berterus-terang. Syifa, terima kasih sebab jaga ibu dan adik-adik selama ni. Sekarang ni pula, Syifa terpaksa jaga akak pula." Ketawa kecil pecah di bibir kami.

" Hai Abang Danish, baca buku apa tu? Abang Danish nak jaga Kak Syaza ke, Syifa yang jaga?" Syifa mengajukan soalan kepada Danish yang sedang membaca buku di sofa selepas membantuku kembali ke katil.

Sejurus Syifa menanyakan soalan tersebut, Danish kelam-kabut menyimpan buku itu ke dalam begnya. Entah apa yang istimewa dengan buku itu, tidak diketahui.

" Ehem. Syifa rehatlah dulu. Biar Abang Danish yang jaga. Syifa tidur kat sini pun tak apa." Danish mengutarakan pendapatnya. Syifa bersetuju dengan pendapat Danish untuk menemani aku malam ini.

Aku terlalu penat, lalu melelapkan mataku. Syifa pula tidur di sofa.

Buku apakah yang dipegang oleh Danish?
Untuk mengetahuinya, ikuti cerita Diari Saksi Coretan seterusnya. Teruskan membaca! Ganbatte kudasai! =)

Bersambung...