Friday, April 16, 2010

Diari Saksi Coretan 27

" Papa, isteri kesayangan papa ni dah dera Syaza. Papa tahu tak? Syaza masuk hospital ni sebab mama! Sebab kena pukul dengan mama kat stor belakang rumah kita tu! Badan belakang Syaza ni, macam dah nak patah, tahu tak? Kalau dia teruskan bekerja juga, dia boleh lumpuh. Papa tahu tak? Syaza dapat kerja kat rumah kita pun, sebab mama musnahkan hidup dia. Mama suruh pekedai-pekedai kat kawasan rumah Syaza tu, supaya tak bagi kerja pada Syaza. Syaza hilang tempat tinggal sebab mama! Ibu Syaza sakit sebab mama! Mama dah rancang semua nikan?! Itu mama cakap, mama tak ada buat apa-apa pada Syaza? Mama buat-buat tak tahu pasal ni. Mama sebenarnya nak apa, ma?" Air matanya deras mengalir. Begitu juga dengan aku, Mak Uda dan Datin Iza.

" Maafkan mama, Danish. Mama buat semua ni untuk Danish. Untuk keluarga kita." Datin Iza melutut, tertunduk malu.

" Mama, betulkah apa yang Danish cakapkan ni?" soal Datuk Rizal. Datin Iza mengangguk perlahan.

" Papa malu dengan mama." Suaranya kedengaran sayu.

" Mama cakapa mama buat semua ni utnuk Danish? Ini, mama buat untuk diri mama. Mama buat sebab nak lepaskan dendam mama. Walau apa yang terjadi, mama tak boleh halang Danish! Mulai hari ini, hanya Danish sahaja yang tentukan hidup Danish." Dia melepaskan sedikit lagi sisa-sisa perasaan yang terpendam.

Pintu dibuka. Aku melihat, adikku Sifa berdiri di ambang pintu. Linangan air matanya kelihatan. Pang! Satu tamparan hebat sampai ke muka Datin Iza.

" Aunty, kenapa aunty buat kakak saya sampai macam ni? Kenapa aunty buat keluarga kami merana sampai macam ni? Kenapa? Kenapa? Apa salah kami?" Syifa meluahkan perasaannya. Datin Iza tertunduk.

" Syifa!" tegasku.

" Akak, kenapa akak sembunyikan semua ni dari Syifa? Dari ibu? Kenapa,kak? Kenapa akak seorang sahaja yang tanggung semua ni? Kami ni sebenarnya siapa pada akak? Kenapa akak tak bagi tahu kami?" Air matanya semakin lebat menuruni ke pipinya.

Aku tidak mampu berkata apa-apa. Perasaan sebak menerjah ke dadaku.

" Aunty, walaupun kami ni miskin, tapi kami tak pernah minta simpati orang lain. Kami tak minta sedekah. Kami bukannya manusia yang boleh dipijak-pijak, dihina! Yang penting sekali, kami tak miskin budi bahasa dan agama macam aunty!" Kata-katanya menembak tepat ke jantung setiap pendengar. Semua yang berada di situ, terdiam mebisu. Kalam Syifa amat mendalam maknanya.

Ingin tahu sambungan kalam Syifa?
Untuk mengetahuinya, ikuti cerita Diari Saksi Coretan seterusnya. Teruskan membaca! Ganbatte kudasai! =)

Bersambung...

No comments: