Monday, April 5, 2010

Diari Saksi Coretan 22

20 Julai 2009

Datin Iza berjumpa denganku. Dia mengesyorkan aku untuk bekerja di rumahnya sebagai pembantu rumahnya. Aku berasa ragu-ragu akan cadangannya. Tapi, sampai bila aku nak menumpang rumah orang? Aku bersetuju untuk bekerja dengannya. Disebabkan terlalu banyak rumah kami pindah, ibu telah jatuh sakit. Semuanya aku lakukan untuk keluargaku.


' Mama yang suruh Syaza kerja dengan dia? Kenapa? ' Minda Danish mula mengeluarkan persoalan.

25 Julai 2009

Kini aku mula bekerja dengan Datuk Rizal dan Datin Iza. Aku harus berkorban mulai saat ini. Di dalam diari ini sahaja, aku luahkan perasaanku di samping Allah.

Aku bersetuju dengan syarat yang dikemukan oleh Datin Iza. Antara syaratnya:

1. Perlu menuruti segala kata-katanya.
2. Jangan sesekali bercakap dengan Danish, jika tidak aku yang terima padahnya. Walaupun Danish yang bula berbicara.
3. Aku perlu memanggil Danish dengan panggilan Tuan Muda Danish.
4. Jika Danish melawan percakapan Datin Iza atau mengingkarinya, aku yang akan terima balasannya.

Aku terpaksa akur segala syaratnya hanya untuk keluargaku. Aku terjerut dengan kata-kata itu.


" Mama?!" Danish bersuara, namun dengan nada perlahan. Jam menunjukkan pukul 12.30 tengah malam. Danish tetap meneruskan pembacannya. Lembaran demi lembaran diselak dan dibaca.

2 Ogos 2009

Danish berjumpa denganku untuk membantunya dalam menyelesaikan masalah projeknya. Aku cuba untuk menolak, tetapi akhirnya aku terpaksa menurutinya atas sebab dia Tuan Muda di rumah itu.

Datin Iza mengetahui akan hal ini dan aku sudah bersedia menerima hukumannya. Malam ini, aku dibawa ke sebuah stor kecil yang berdekatan dengan bilikku.

Aku dipukul dan disebat dengan menggunakan tali pinggang. Ini adalah kali pertama kalinya dia berkelakuan sebegitu kepadaku. Badanku terasa amat sakit, namun kutahan.

Aku diugut supaya tidak memberitahu perkara ini kepada sesiapa pun. Jika tidak, keluargaku akan menjadi mangsa seterusnya.

Biarlah Allah yang menjadi saksi akan perkara yang terjadi.


" Maknanya... Badan Syaza sakit sebab..." Kata-kata Danish terputus di situ. Muka surat demi muka surat ditatap dan dihayati. Jam berdetik menunjukkan tepat pukul 2.00 pagi.

Perkara yang sebenar telah terungkai. Apakah yang berlaku seterusnya?
Untuk mengetahuinya, ikuti cerita Diari Saksi Coretan seterusnya. Teruskan membaca! Ganbatte kudasai! =)

Bersambung...

No comments: