Friday, April 9, 2010

Diari Saksi Coretan 24

16 Januari 2010

Aku merasa badanku semakin lemah. Keluargaku tidak tahu akan keadaan, begitu juga dengan Mak Uda. Danish? Huh. Jauh sekali.

Bila difikir-fikirkan bagus juga. Danish dijodohkan dengan Cik Wani. Aku tahu, Cik Wani amat mencintai Danish. Aku seperti sudah melupakannya. Mampukah aku untuk melupakannya? Atau ia hanya sekadar kata hati yang penuh tipu belaka? Aku ingin pendamkan peta perjalanan lama yang begitu menyeksakan. Namun, mampukah aku?

Aku terikat dengan janji-janji Danish dan terjerut dengan kata-kata Datin Iza. Oleh kerana kedua-dua ini, aku diheret ke lurah sepi. Aku seperti sudah tidak mampu berdiri di atas kaki sendiri.

Ya Allah,
Andainya Danish dapat membaca apa yang kutulis,
Tidak perlulah untuk aku meluahkan lagi perasaanku padanya.

Tetapi, selepas kayta-kata yang dilontarkan hari itu, dia sudah tawar hati kepadaku. Aku tidak kisah akan semua itu. Adakah ini ertinya sebuah pengorbanan?

Aku serahkan segalanya kepadaMu, Ya Allah.


Helaian terakhir telah habis dibaca. Air matanya tidak berhenti mengalir.
" Syaza, kenapa awak sanggup buat macam ni?" Suaranya diperlahankan. Keharuan serta-merta menerpa benaknya.

..................................................................................

" Danish?" Aku melihat dia termenung sendirian di sofa. Buku yang dipegang, digenggam kemas. Danish mengelap air matanya. Dia menuju ke katilku.

" Ya, Syaza. Syaza dah nak pergi sembahyang?" soalnya. Aku merenung tepat ke matanya.

" Danish tak tidur ke?" Aku menyoal. Gelengan diberikan olehnya.

Aku menyuruhnya untuk mengejutkan adikku, Syifa. Danish bisu sepanjang jalan menuju ke surau dan pulang dari surau. Aku sendiri tidak mengerti apa sebabnya.

Setiba di katil, namaku dipanggil oleh Danish dengan nada yang agak perlahan.

" Ya," sahutku.

" Syifa, boleh tinggalkan Abg Danish dangan Kak Syaza sekejap?"

Degupan jantungku semakin kencang. Kelihatan Syifa mengangguk tanda akur akan permintaanya.

" Syaza... Syaza... Argh! How I want to start it?!"

Aku berasa tidak selesa akan kata-katanya. Gementar menyelubungi jasadku. Danish menarik nafas panjang.

Berjayakah Danish untuk berbicara kepada Syaza setelah membaca diarinya?
Untuk mengetahuinya, ikuti cerita Diari Saksi Coretan seterusnya. Teruskan membaca! Ganbatte kudasai! =)

Bersambung...

No comments: