Tuesday, April 27, 2010

Menagih Cinta Dia 1

Keriuhan kelas Tingkatan 5 Zamrud sudah sebati di sekolah SMK Tandek, Kota Kinabalu, Sabah. Kelas itu akan menjadi semakin riuh apabila mata pelajaran Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan tiba. Cikgu Rozita merupakan guru mata pelajaran tersebut. Dia sentiasa memberi kelonggaran dan sedikit kebebasan kepada pelajar Tingkatan 5 Zamrud untuk mengulangkaji pelajaran, semata-mata untuk persiapan menghadapi peperiksaan yang terbesar dalam hidup seseorang yang bergelar pelajar iaitu Sijil Pelajaran Malysia (SPM). Waktu mata pelajaran Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan inilah yang sentiasa dinanti-nanti oleh setiap pelajar Tingkatan 5 Zamrud.

“ Ok kelas, hari ini buat kerja sendiri ek!” Inilah ucapan yang sentiasa didengari oleh pelajar-pelajar daripada Cikgu Rozita sejurus sahaja masuk ke kelas 5 Zamrud.

Murid-murid sudah biasa dengan ucapan itu. Murid-murid akan bertindak sendiri walaupun belum diberitahu oleh Cikgu Rozita.

“ Cikgu, kami dah tau dah.” Salah seorang murid yang bernama Aniq bersuara.

Gelak ketawa para murid semakin meriuhkan suasana di kelas itu. Cikgu Rozita hanya menyimpul semyuman. Dia sudah masak dengan perangai murid-murid di kelas 5 Zamrud itu kerana dia telah mengajar kelas tersebut sejak mereka tingkatan empat lagi.

“ Kamu jangan bising sangat tau. Ramai guru dah complaint pasal kelas kamu ni, sebab terlalu bising. Dah nak SPM pun masih lagi main-main. Kamu ni dahlah kelas sains tulen, kelas bagus, pandai, tapi perangai… Ya Allah, kalah-kalah kelas sastera tu. Ramai dah cikgu-cikgu cop kamu sebagai kelas paling bising. Tau tak?” Cikgu Rozita cuba member sedikit suntikan sedar kepada murid-murid di kelas tersebut.

Mulut para murid seperti dikunci dan dimangga oleh kata-kata cikgu, tapi ia hanya seketika.

“ Alah, cikgu. Inikan tahun terakhir kita orang study kat sekolah ini. Kalau belajar je dua puluh empat jam, gilalah kami, cikgu. Lagipun, SPM lama lagi. Ni, baru awal tahun. Relaxlah cikgu. Lagi satu, kami dah kena cop kelas paling bising? (Ketawa) Baguslah kalau macam tu, cikgu. Makin popularlah kelas kita macam ni.” Aniq memberikan pendapatnya.

Ketawa pecah di bibir setiap penghuni kelas 5 Zamrud. Cikgu Rozita menggelengkan kepalanya.

“ Shhh. Astaghfirullah kamu ni, kalau ketawa tu perlahan sedikit. Kalau kelas kamu ni digelar kelas terbaik, tak apalah, ini kelas yang terbising. Itu yang kamu nak bangga-banggakan? Cikgu bagi kamu mata pelajaran cikgu, untuk kamu ulangkaji pelajaran, bukan untuk berbual. Cikgu bukan nak marah kamu semua, tapi cikgu Cuma nak nasihatkan kamu sebelum kamu semua menyesal nanti. Telinga cikgu ni dah sakit dah nak dengar aduan cikgu-cikgu lain terhadap kelas kamu ni. Cikgu sayangkan kamu, sebab itu cikgu nasihatkan kamu sekarang. Kamu ingat, sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada gunanya. Cikgu tak nak kamu sudah jatuh ditimpa tangga.” Setiap butir nasihat Cikgu Rozita itu bagai peluru yang menembak tepat ke jantung para murid kelas tersebut dan membuatkan ia berhenti berdetak seketika. Semua terdiam mebisu. Insaf sementara agaknya.

Tok, tok, tok! Daun pintu kelas Tingkatan 5 Zamrud diketuk. Dibuka perlahan-lahan. Mata semua murid kelas tersebut dan Cikgu Rozita kini tertumpu di daun pintu. Wajah Cikgu Rafique, guru kelas Tingkatan 5 Zamrud terlihat di ambang pintu.

“ Assalamualaikum, cikgu. Maaf ganggu. Ni ada murid baru untuk kelas ni. Cikgu uruslah ek,” ujar Cikgu Rafique kepada Cikgu Rozita.

Cikgu Rozita mengukir senyuman dan mengangguk tanda akur akan arahan Cikgu Rafique. Sejurus sahaja murid baru tersebut melangkah kakinya masuk ke kelas itu, hamper semua pelajar perempuan terpaku melihat kesucian di wajahnya. Terpukau seketika. Murid baru tersebut sedar akan banyak mata yang melihatnya. Dia menundukkan pandangannya. Malu. Segan.

“ Kamu duduk belakang sana ek. Sebelah Syafiq. Lepas kamu letak beg, kamu datang depan ya. Perkenalkan diri kamu.” Cikgu Rozita berkata dengan lemah lembut.

Beg diletakkan di kerusi dengan kemas. Langkah diatur untuk berdepan dengan rakan-rakan baru dan cikgu baru. Nafas ditarik sedalam-dalamnya. Ya Allah, aku paling tak suka memperkenalkan diri ini. Permudahkanlah aku.

“ Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Nama diberi, Irsyad Bin Zulfadli. Saya berasal dari Johor Bahru. Saya dating ke Sabah ni sebab ikut ayah saya pindah sini. Saya rasa itu sahaja. Saya harap sahabat-sahabat dapat membantu saya dalam menyesuaikan diri di sini. Wallahualam.” Irsyad menarik nafas lega setelah memperkenalkan diri.

“ Ada soalan kepada kepada kawan baru kamu ni? Ada apa-apa lagi yang kamu nak tahu pasal dia? Jangan malu-malu, Tanya sahaja. Bolehkan, Irsyad?” Cikgu Rozita cuba bermesra dengan kehadiran murid baru tersebut.

Irsyad menguntum senyuman, lalu mengangguk setuju.

“ Kamu dari sekolah mana?” Salah seorang pelajar perempuan cuba memberanikan diri untuk bertanya.

“ Wei, kenapa kau tanya? Kau nak pergi sekolah dia dulu ke?” Sakat salah seorang rakannya. Gamat suasana jadinya seketika, selepas itu senyap kembali.

“ Dari sekolah SMK Agama Segamat, Johor,” jawab Irsyad.

“ Oh, budak sekolah agamalah ni. Kenapa pilih sekolah ni? Kenapa tak pergi sekolah agama?” Aniq tertanya-tanya.

“ Sekolah ni agak dekat dengan rumah saya, walaupun perlu menaiki kereta berbanding sekolah-sekolah yang lain. Saya pun nak juga merasa sekolah biasa. Dah empat tahun bersekolah agama. Tapi, insyaAllah mata pelajaran Bahasa Arab tetap saya teruskan pembelajarannya. Begitu juga dengan mata pelajaran lain. Bukan maksud saya dah bosan dengan bersekolah agama, tetapi saya cuma ingin bertukar angin. Lebih banyak pengalaman, lebih banyak ilmu.” Irsyad petah berbicara, walaupun batinnya hanya Allah sahaja yang tahu. Jantungnya berdegup kencang ketika menjawab soalan-solan dari kawan barunya.

“ Kau nak belajar kat mana? Kat sekolah ni, tak ada mata pelajaran Bahasa Arab,” sambung Aniq.

“ Ustaz-ustaz dan ustazah-ustazah kat sekolah inikan ada. InsyaAllah, kalau mereka ada masa untuk berkongsi ilmu dan sanggup mengajar saya, saya amat bersyukur. Kalau tak pun, saya boleh ambil kelas Bahasa Arab di luar. Usaha itukan tangga kejayaan. So, kalau tak ada para pendidik yang ingin mengajar saya pun, itu bukan bermaksud saya akan batalkan niat saya. InsyaAllah, tidak. Saya akan cuba alternatif lain.” Irsyad menyusun kalam, walaupun dia agak ragu-ragu dengan kalam yang dikeluarkan.

“ Betul tu, Irsyad. InsyaAllah, ustaz-ustaz dan ustazah-ustazah kat sini amat senang dengan kehadiran Irsyad di sekolah ini. Terima kasih, Irsyad. Kamu boleh kembali ke tempat duduk kamu.” Cikgu Rozita menghadiahkan senyuman.

“ Cikgu, saya nak tanya lagi! Saya tak puas hati.”

“ Kamu nak tanya apa lagi, Aniq? Nanti-nantilah kamu tanyakan Irsyad ya.”

Aniq menyimpan soalannya ke memorinya.

Setiap langkah Irsyad dipandang oleh seisi penghuni kelas tersebut sehingga dia melabuhkan punggungnya ke kerusi. Dia tunduk. Malu. Syafiq mula mendekatinya. Pabila Irsyad mengangkat kepala, memandang semua rakan kelasnya, ada yang mengalihkan pandangan ke hadapan, ada yang kononnya membaca buku dan ada juga yang buat-buat tidak tahu. Dia tersenyum melihat gelagat rakan-rakan barunya. Bagus juga jika mereka jadi seorang pelakon.

Syafiq menghadiahkan senyuman kepada rakan barunya, Irsyad.

“ Saya Syafiq.” Syafiq menghulurkan tangan untuk berjabat tangan dengan Irsyad.

Irsyad menyambut tangannya dengan senyuman.

“ Saya Irsyad.”

“ Kamu asal mana?”

“ Johor Bahru.”

“ Oh, Johor. Saya asal Selangor. Saya pun musafir macam awak juga.” Mereka ketawa kecil.

“ Dah berapa lama kat Sabah ni?”

“ Lebih kurang empat tahun.”

“ Wah, lama juga ya kau kat sini. Macam mana kat sini? Ok?”

“ Alhamdulillah, buat masa ni ok. Em, Irsyad, Balqis tengok kau.”

Irsyad kehairanan. Kening dikerutkan. Balqis?

No comments: