Wednesday, April 14, 2010

Diari Saksi Coretan 26

" Mama, mama tak payah nak tunjuk baik dengan Danish lagilah, ma. Mama dah hancurkan harapan Danish, tau tak? Mama dah hancurkan hidup Danish. Pernah tak mama ambil tahu tentang semua tu? Mama cuma gilakan harta, kekayaan, wang ringgit! Mama ni jenis ibu yang macam mana, ha?!" Danish memuntahkan isi yang sendat di jiwanya selama ini.

Pang! Satu tamparan sampai ke muka Danish.

" Danish! Sampai hati Danish cakap macam tu? Mama yang melahirkan Danish. Mama buat semua ni untuk Danish." Datin Iza melepaskan geram.

" Mama, dahlah tu. Ni hospital." Datuk Rizal sekali lagi cuba memujuk.

" Papa diam. Biar mama ni cakap dengan anak kesayangan papa yang tak tahu kenang budi orang ni!" Datin Iza tetap ingin meneruskan kata-katanya.

" Mama tak nak kamu bergaul dengan orang miskin macam ni! ( Datin Iza menunjuk ke arahku ) Orang macam ni, tak layak untuk kamu. Kamu faham tak? Mama nak yang terbaik untuk kamu, Danish. Kenapa kamu masih tak faham-faham lagi?" jelas Datin Iza.

" Mama, mama tak layak cakap macam tu setelah mama buat Syaza macam ni!" Suaranya ditegaskan.

" Apa yang mama buat pada Syaza? Danish cuba cakap dengan mama. Mama bagi dia kerja kat rumah kita. Itu masih tak cukup ke?" Balas Datin Iza.

Aku, Mak Uda dan Datuk Rizal hanya mampu berdiam diri, tetapi aku cuba bersuara. Aku tidak mahu hubungan anak-beranak ini renggang hanya disebabkan aku.

" Danish, dahlah tu. Cukup. Jangan, Danish. Jangan." Aku merayu kepada Danish supaya tidak memberitahu apa yang terpendam di hatinya.

Pang! Satu lagi tamparan hinggap di mukaku.

" Eh, perempuan. Apa yang kau dah hasut dengan anak aku ni, ha?" tegasnya.

" Datin... Saya tak buat apa-apa." Suaruku terputus-putus, menahan air mata daripada pecah dari empangan.

" Mama! Kalau Danish lapor kat polis tentang apa yang mama dah buat pada Syaza, mama akan ditangkap tahu tak?" Danish melepaskan geramnya.

Datin Iza terdiam. Mukanya juga tertanya-tanya. Apa yang anak ini tahu?

" Apa ni, Danish. Apa yang Danish cakap ni? Samapai nak lapor polis. Mama dah buat apa pada Syaza?" Datuk Rizal menyoal.

" Danish, jangan." Aku merayu. Air mataku akhirnya mengalir. Mak Uda memelukku.

" Apa yang Danish nak buktikan? Apa yang mama dah buat dengan pembantu kita yang miskin ni? Ha?!" Datin Iza bersuara tegas walaupun hatinya berdegup kencang.

Adakah Danish akan meneruskan ucapannya?
Untuk mengetahuinya, ikuti cerita Diari Saksi Coretan seterusnya. Teruskan membaca! Ganbatte kudasai! =)

Bersambung...

No comments: