Saturday, April 3, 2010

Diari Saksi Coretan 21

Ucapan salam kami balas.

" Mak Uda baliklah ya. Malam ni, biar Danish jaga Syaza lagi. Mak Uda dari pagi tadi dah jaga Syaza. Nanti mama cakap apalah pula," kata Danish sambil menuju ke arah Mak Uda yang sedang duduk di sofa. Mak Uda mengikut arahan Danish.

Aku ditemani oleh Danish dan Cik Yana pergi ke surau untuk menunaikan solat Isyak.

" Syaza!" Terbeliak mataku setelah melihat orang yang menyahut namaku.

" Kak Syaza! Kak Syaza kenapa ni?" Adik-adikku memeluk tubuhku. Aku hanya mampu berdiam diri. Aku menahan air mataku daripada mengalir.

" Ibu, maafkan Syaza. Syaza baru dua hari kat hospital ni. Syaza tak nak ibu risaukan Syaza. Syaza minta maaf." Ucapan ini kulontarkan selepas selesai menunaikan solat Isyak berjemaah bersama ibu dan adik-adik.

" Sampai hati Syaza tak bagi tahu ibu. Macam mana boleh jadi macam ni? Kenapa Syaza tipu ibu?" Titisan demi titisan air mata jatuh ke lantai pipi. Aku memeluk tubuh ibuku. Adik-adikku hanya melihat perbualan kami. Ada yang menangis dan ada yang berkaca matanya.

"Ibu, Syifa, Zahra, Kak Syaza minta maaf. Kak Syaza tak nak susahkan sesiapa pun." Hanya perkataan itu sahaja yang boleh kuungkapkan.

Seorang lagi adikku berada di rumah. Aku, ibu, adik-adik, Danish dan Cik Yana menuju ke bilik wadku. Danish dan Cik Yana meninggalkan kami untuk bersama. Hari semakin malam, aku menemani ibu untuk pulang ke wadnya. Syifa menolak kerusi rodaku, manakala Zahra menolak kerusi roda ibu.

" Ibu tidur nyenyak-nyenyak ek. Esok kita jumpa lagi." Syifa menghantar aku pulang ke wad.

" Kak, maafkan Syifa. Syifa tak tahu pula akak nak keluar masa tu." Aku menghadiahkan senyuman kepadanya.

" Tak apa, Syifa. Bukan salah Syifa dan buka salah sesiapa. Sampai bila akak nak sorokkan perkara ni. Allah nak suruh akak berterus-terang. Syifa, terima kasih sebab jaga ibu dan adik-adik selama ni. Sekarang ni pula, Syifa terpaksa jaga akak pula." Ketawa kecil pecah di bibir kami.

" Hai Abang Danish, baca buku apa tu? Abang Danish nak jaga Kak Syaza ke, Syifa yang jaga?" Syifa mengajukan soalan kepada Danish yang sedang membaca buku di sofa selepas membantuku kembali ke katil.

Sejurus Syifa menanyakan soalan tersebut, Danish kelam-kabut menyimpan buku itu ke dalam begnya. Entah apa yang istimewa dengan buku itu, tidak diketahui.

" Ehem. Syifa rehatlah dulu. Biar Abang Danish yang jaga. Syifa tidur kat sini pun tak apa." Danish mengutarakan pendapatnya. Syifa bersetuju dengan pendapat Danish untuk menemani aku malam ini.

Aku terlalu penat, lalu melelapkan mataku. Syifa pula tidur di sofa.

Buku apakah yang dipegang oleh Danish?
Untuk mengetahuinya, ikuti cerita Diari Saksi Coretan seterusnya. Teruskan membaca! Ganbatte kudasai! =)

Bersambung...

2 comments:

deqyalalink in-situ said...

x baik syaza tak gtau ibu.mesti ubu sangat risau..

ceritaSyaza said...

memang la risau. ibu siapa yang x sayangkan anakkan. :)
syaza itu pun, x nak susahkan ibu dia. :)