Wednesday, March 31, 2010

Diari Saksi Coretan 20

Di Hospital Sultanah Aminah...

" Cik Syaza, Cik Syaza kena brehat dulu kat hospital lebih kurang sebulan supaya bahagian belakang badan cik kembali pulih. Kalau Cik Syaza gasak juga, Cik Syaza boleh lumpuh," pesan Doktor Zakiah. Aku mengangguk tanda faham akan pesanannya. Aku dihantar kembali ke bilik wad.

" Syaza, kenapa selama ni Syaza tak bagi tahu Mak Uda?" soal Mak Uda.

" Syaza minta maaf, Mak Uda." Itu sahaja yang aku boleh katakan sekarang. Mak Uda mengerti.

.................................................................................

26 Jun 2009

Sekali lagi Danish berjumpa denganku. Aku cuba melarikan diri, namun tidak berjaya. Aku bertekad untuk tidak bertemu dengannya lagi selepas itu, tetapi Danish ingkar. Aku tidak boleh melarikan diri darinya.


" Syaza, kenapa Syaza tak nak jumpa dengan Danish?" soal Danish.

" Danish, Syaza rayu dengan Danish. Tolong dengar cakap Syaza untuk kali ni sahaja. Kita takkan jumpa lagi." Aku merayu. Fikiran Danish memutarkan ingatan kepada kata-kataku. Dia menyelak muka surat yang seterusnya.

27 Jun 2009

Aku diberhentikan kerja oleh Kak Zila.

" Akak tak nak kedai akak ni jadi mangsa. Maafkan akak ek Syaza."

Ini kata-kata yang aku ingat yang dikeluarkan dari mulut Kak Zila. Aku tidak mahu menyusahkannya. Aku cuba mencari kerja lain, namun tak berjaya. Dugaan apakah yang kau berikan padaku ini, Ya Allah?

Aku pulang dengan tangan kosong. Aku ternampak ibu dan adik-adik berada di luar rumah.

" Kak Syaza, kita dah kena halau. Kat mana kita nak tinggal?"

Ucapan ini diajukan kepadaku. Ibu dan adik-adik menangis ketakutan. Aku tabahkan diriku walaupun hatiku hancur lebur. Aku membawa mereka ke rumah Mak Cik Odah.

30 Jun 2009

Hari ini, aku berpindah lagi ke rumah Pak Cik Samad, pak cikku. Aku sudah banyak kali mencari pekerjaan, tetapi masih tidak berjaya.

Ya Allah, bantulah aku!


Danish menutup diari tersebut. Dia berehat sebentar. Pelbagai persoalan yang timbul di mindanya yang masih belum ada jawapan.

.................................................................................

Sepanjang hari ini, Mak Uda telah menjagaku. Mak Uda yang menemani aku solat, menjaga rutin makanku pada hari ini. Mak Uda meninggalkan tugasnya semata-mata untuk menjagaku. Semua ini kerana Mak Uda akur akan perintah Danish.

" Syaza, Syaza jangan kerja keras-kera tau. Nanti Syaza sakit, penat, siapa nak tanggung kita? Ibu harapkan Syaza sekarang ni. Adik-adik perlu sekolah. Ibu pohon pada Syaza." Kata-kata ibu terngiang-ngiang di gegendang telingaku.

' Aku tidak boleh terus berada di sini. Terlantar di katil ini. Aku kena bangkit.' Aku cuba untuk duduk, namun aku tidak berdaya.

" Assalamualaikum." Aku dan Mak Uda memandang ke arah datangnya suara tersebut.

Siapakah yang memberi salam dan menjenguk Syaza di wad itu?
Untuk mengetahuinya, ikuti cerita Diari Saksi Coretan seterusnya. Teruskan membaca! Ganbatte kudasai! =)

Bersambung...

No comments: