Sunday, February 28, 2010

Penantiannya... VI

Haiqal menekan loceng rumah Aunty Zai sambil memberi salam. Aku hanya melihat dari jauh. Tiba2 seorang lelaki keluar dari rumah tersebut. Jantungku berdegup kencang. Dapat kulihat surat itu telah sampai di tangan abangnya.

" Siapa bagi?" Suaranya kedengaran agak tegas. Haiqal mengarahkan jarinya kepadaku. Aku menggeleng. " Bukan saya. Adik saya yang bagi." Perasaan gementar menyelubungi tubuhku. Adikku hanya melihat dari tingkat atas.

Aku & Haiqal terus masuk ke rumah. Hari ini adalah hari terakhir aku & keluarga berada di rumah Cik Amy. Ibu ayahku tidak ada di rumah. ' Esok malam dah nak balik, sempat lagi pergi jalan2 .' Aku bermonolog.

" Assalamualaikum." Aku terdengar salam daripada suara yang tidak kukenali. Aku melihat keluar. Ha?! Dia nak apa lagi? (0_o) Fikiranku kusut. Kini dia berseorangan. " Waalaikumsalam. Ya, nak cari siapa?" aku menjawab. Senyuman dihadiahkan kepadaku. " Nak jumpa awak sekejap, boleh?" Dia meminta izin dengan suaranya yang agak perlahan. " Awak nak apa?" soalku.

" Awak tinggal kat mana? Saya nak kenal dengan awak boleh?" Dia cuba menarik perhatianku, namun aku sudah bosan akan soalan2 sebegitu. " Saya tinggal kat Johor. Ini rumah mak cik saya," jawabku. Beberapa orang gadis melepasi di hadapan kawasan rumah mak cikku. Gedik! Gatal! Aku tidak mahu perkataan itu yang mereka lontarkan padaku. Aku tidak mahu mereka salah faham. Mereka merenung tepat wajahku. Aku tertunduk malu.

" Ada apa2 lagi nak cakap? Kalau tak ada, saya masuk dulu. Tak manis kalau orang nampak." Kata2 ini kuucapkan kepadanya. " Em. Tak apalah. Ini nombor telefon saya. Nombor telefon awak?" Suaranya kedengaran agak kecewa atas kata2 yang kuucapkan tadi. Rasa kasihan terbit di lubuk hatiku. " Sekejap, saya misscall awak. Itu nombor telefon saya." Aku terus berlalu pergi. Ucapan terima kasih dapat kudengar dari jauh.

Apakah yang berlaku selepas ini?
Ketahui dalam Penantiannya... seterusnya. Teruskan membaca! Ganbatte kudasai! =)

Bersambung...

Saturday, February 27, 2010

Penantiannya... V

Aku melayan karenah budak2 tersebut. Aku ternamapak sekumpulan budak lelaki datang ke padang. Mereka yang selalu bermain di sini. Mereka kelihatan tidak senang akan kehadiran kami di padang itu.

Kini, aku bertekad ingin mengundurkan diri. " Kak Farah penat arr. Nak rehat sekejap. Cuba ajak dia orang main." Aku menunjukkan ke areah sekumpulan budak lelaki tadi. " Kak Farah ajak la dia orang," ujar Danial.

Aku cuba memberanikan diri untuk berbicara. " Kauorang nak main ek. Kalau nak main, main la." Aku mengajak mereka supaya turut turun padang bermain b'sama. Mulanya salah satu daripada mereka menggeleng, tetapi gelengan itu diikuti dengan anggukan.

Aku mengerti akan maksudnya. Wajahnya seperti kukenali. ' Oh, inilah Faiz.' Aku memberikan senyuman kepadanya. Dia tersipu-sipu malu. Tenang. Aku berehat di bangku bawah pokok rendang itu. Redup.

Bunyi moto meriuhkan suasana. Aku terlihat dia. " Haiqal, jom balik. Kyra, balik. Danial, akak balik dulu ek." Adikku, Kyra hadir kembali dari berpusing-pusing di taman itu. Lambaian kami hulurkan kepada Danial. ' Mudah-mudahan dia tak nampak aku.' Tiba2 sebuah motosikal berhenti di hadapanku. Apa dia nak? (!_!) " Awak, nama awak siapa?" Soalnya setelah memberhentikan aku di tepi jalan. " Farah," balasku ringkas. Aku meneruskan kayuhanku. Dia mengiringiku. Rimas.

Aku memberhentikan kayuhan. " Awak nak apa?" tegasku. " Nak kenal dengan awak. Awak duduk mana?" ujarnya. " Saya duduk kat rumah. Maaf ek, saya kena cepat." Kyra & Haiqal melihat aq dari jauh. Lantas aku meninggalkannya.

Cahaya bulan menerangi malam ini. Aku membuka pintu bilik & ternampak adikku, Kyra sedang menulis sepucuk surat. Untuk siapa surat itu ditujukan, tidak kuketahui. Perasaan ingin tahuku tiba2 membuak-buak.

" Kyra tulis surat untk siapa?" soalku. " Untuk Faiz," jawabnya sambil mengukir senyuman manis. " Esok petang, Kak Farah tolong bagi kat dia ek," sambungnya. " Ha?! Kak Farah? Bagi arr sendiri." Terperanjat aku akan perintahnya. " Alah, tolonglah bagikan," rayunya. Aku melihat isi surat tersebut. Ah, hanya sekadar surat perkenalan diri. " InsyaAllah," ujarku.


Adakah Farah akan memberikan surat itu kepada Faiz?
Ketahui dalam Penantiannya... seterusnya. Teruskan membaca! Ganbatte kudasai! =)

Bersambung...

Friday, February 26, 2010

Penantiannya... IV

" Hai. Awak tinggal kat sini ke? Tak pernah nampak pun sebelum ni." Senyuman yang dihadiahkan kepadaku tampak ikhlas. Kelihatan dia & rakannya masih duduk di motor mereka. Aku membalas senyumannya. :) Lantas berkata, " Tak. Saya tak tinggal kat sini. Ni rumah aunty saya." Aku diam seketika. " Maaf la ek. Dah nak Maghrib ni, kita orang masuk dulu." Lalu aku mengarahkan adikku & Haiqal untuk masuk ke rumah. " Esok jumpa lagi ek," katanya. Aku tunduk, lalu masuk ke rumah tanpa melihat reaksi mereka.

Keesokan harinya...

" Kak Farah, petang ni kita pergi padang ek. Main bola ajak Haiqal. " InsyaAllah, kalau tak hujan. Lepas Asar terus pergi tau. Nanti ada orang main pula kat sana," kataku.

Seusai solat Asar, kami terus bersiap-siap untuk ke padang. " Ibu, ayah, kita orang pergi padang dulu." Ucapan ini sentiasa kami lontarkan sebelum pergi ke suatu tempat. Petang ini cuaca kembali cerah. Sinaran matahari memancar ke setiap ruang rumah di kawasan itu.

Setibanya kami di sana, padang itu masih kosong. Aku & Hiaqal terus memijak rumput2 hijau di padang tersebut, manakala Kyra duduk di bangku dekat pokok rendang yang berhampiran dengan padang. Mula2 nya memang kami berdua yang menceriakan padang itu, namun kini bertiga. Danial, rakan Haiqal menawarkan diri untuk bermain bersama.

" Nak join sekali boleh?" Suara itu kudengar daripada salah seorang daripada sekumpulan budak lelaki yang menuju ke arah kami. Danial & Haiqal memandang tepat ke wajahku. " Em... Boleh," balasku. " Kamiulah Botak FC." Semuanya cuba bersuara. Aku menghadiahkan senyuman kepada mereka. Baru kusedari mereka semua sememangnya botak. Ah, tidak hairanlah kalau mereka menggelarkan kumpulan mereka Botak FC.

Setelah lama bermain, taman permainan itu semakin dibanjiri oleh jiran tetangga. Aku mengundurkan diri & melihat mereka bermain. Namun begitu, mereka cuba menghalang. " Kak Farah, jom la main," rayu Danish. Aku tersenyum. " Tak apa lah. Main arr dulu. Kak Farah penat." Aku cuba memberi alasan. Aku ingin melabuhkan punggungku di bangku bawah pokok itu, tetapi tanganku ditarik oleh Danial & Haiqal.

' Mana Kyra pergi ni?' Kelibatnya tidak kelihatan.

Ke manakah Kyra menghilangkan diri?
Ketahuinya dalam Penantiannya... seterusnya. Teruskan membaca! Ganbatte kudasai! =)

Bersambung...

Thursday, February 25, 2010

Penantiannya... III

" Anak Aunty Zai? Yang mana satu?" Mak cikku kurang pasti akan soalan Kyra. " Owh, Aunty Zai ek nama maknya," ujar adikku. Beberapa anggukan dibalas. Adikku menyambung percakapannya. " Anak Aunty Zai yang selalu naik basikal tu. Cik Amy kenal tak?" " Owh, yang itu. Kalau tak silap namanya, Faiz. Mungkin la. Dia tu rasanya anak bongsu. Kenapa? Kyra suka kat dia ek? " Jawapan yang kurang pasti, tidak meyakinkan diriku. Namun, soalan demi soalan diajukan kepada adikku. Adikku menggeleng & tersenyum sendiri. :]

....................................................

" Alamak, hujan la pula," Haiqah mengeluh. " Ish. Mana boleh cakap macam tu. Hujan tu kan rahmat. Dah seminggu tak hujan. Lain kali kalau hujan, ucap 'Alhamdulillah'," jelasku. " Alhamdulillah, hujan," ucap Haiqal sambil mngurkir senyuman sinis.

" Kak Farah! Kak Farah!" Teriakan Kyra membuatkan aku terus panic . Aku terus bergegas ke tingkat atas diikuti oleh Haiqal. " Kenapa?!" soalku. " Itu dia." Kyra menunjukkan ke arah budak yang bernama Faiz.

Walaupun hujan, Faiz tetap keluar rumah. Mengayuh basikal dengan gembira tanpa menghiraukan cuaca. " Astaghfirullah. Buat penat je," keluhku. Tercungap-cungap aku dibuatnya. Kepenatanku dibalas dengan ketawa kecil oleh Kyra. Aku melihat titik2 air hujan jatuh ke bumi yang berlantaikan tanah.

" Kak Farah, hujan dah berhenti!" Jeritan Haiqal menghilangkan lamunanku. Pukul 6? " Em...http://emo.huhiho.com Tak bolehlah Haiqal. Kita pergi esok je ek. InsyaAllah! Kita pergi main2 kat depan rumah je la ek. Tapi sekejap je tau," ajakku. Aku menyarungkan stokin, jaket & tudung. Kyra turut menyertai kami.

Aku hanya melihat gelagat adikku & Haiqal ketika bermain badminton. " Haiqal, tepi. Ada motor nak lalu," ujar Kyra. Mereka berdua memberi laluan sekempulan motor tersebut. " Kak Farah, itu lelaki semalam kan. Dia tengok2 sini tadi." Haiqal meberitahu kepadaku. Aku cuba tidak mengendahkan kata2 nya.

Pin! Pin! Bunyi hon motor tersebut memecah suasana sunyi pada petang itu. Sebuah motor berhenti di hadapanku. (0_o)

Siapakah yang berhenti di hadapan Farah? Apakah tujuannya?
Ketahuinya dalam Penantiannya... seterusnya. Teruskan membaca! Ganbatte kudasai! =)

Bersambung...

Wednesday, February 24, 2010

Penantiannya... II

Walaupun aku gadis bertudung, namun itu bukanlah penghalang bagiku. Lantaklah orang nak cakap apa. Asalkan aku jadi diri sendiri. Aku tak kacau orang pun. Gedebuk! " Aduh! (0_o) Ya Allah!" Teriakanku tidak berapa kuat. Aku terpeleset lalu jatuh ke tanah ketika ingin merampas bola dari Aiman. Aku bangkit semula sambil melihat reaksi orang. Aku cuba membersihkan seluarku, namun kotoran lumpur masih melekat. Ah, biarkan saja! Walaubagaimanapun, aq tetap meneruskan permainan itu. :)

Hari semakin senja, cahaya matahari semakin samar2 di kaki langit, orang semakin berkurangan. Begitu juga dengan kami, kami pulang dengn hati yang gembira, membawa kenanganpada hari ini bersama-sama. Kami menemani Aiman pulang ke rumah.

Semasa dalam perjalanan pulang, aku terlihat sekumpulan 'mat2 moto' di hadpan kami. Kami mengayuh basikal seperti biasa. Tiba2 bekalan air yang dibawa olehku terlepas dari tangan. ' Alamak!' Hatiku bersuara. Aku segera membrek & menoleh ke arah botol air tersebut.

" Nah, botol awak. Lain kali hati2 ek," kata salah seorang penunggang motor tadi sambil menghulurkan botol airku. " Terima kasih ek," balasku. Senyuman kuhadiahkan padanya & terus berlalu dari situ. Dapat kulihat rakan2 nya hanya tersenyum & ada juga yang menyakat. Malah, aku biarkan saja mereka.

...............................................

" Kak Farah, itu dia ke?" Soal adikku setibanya di rumah sambil menunjukkan ke arah seorang budak lelaki yang menetap bersdekatan dengan rumah mak cik kami. " A'ah kot. Haiqal, siapa nama budak tu?" Tanyaku kepada Haiqal. " Entah la. Mama tah arr," ujarnya. Kami segera masuk ke dalam rumah untuk mengetahui kehadiran mama Haiqal, Cik amy. " Ibu, Cik Amy dah balik?" adikku, Kyra menyoal. " Belum lagi," jawab ibuku.

' Ha?! Belum? Selalunya jam2 macam ni dah balik dah.' Aku agak hairan tapi tidak kuluahkan dari mulutku. Aku & Kyra bergegas naik ke atas untuk membersihkan diri. Seusai solat Maghrib, kami turun ke ruang tamu. " Cik Amy! Baru balik ke?" Dapat kulihat keletihan yang tergambar di wajah mak cikku. " A'ah. Farah, kat meja tu ada burger . Makan la. Cik Amy beli barang dapur tadi." Mak cikku menjawab.

Aku mengangguk tanda akur & faham akan kata2 nya. Aku meneliti barang2 yang dibelinya lalu mengemas barang2 itu di tempat yang sepatutnya.

" Cik Amy, kenal ak anak mak cik yang sebelah sana tu?" Kyra terus menyoal mak ciknya tanpa segan silu.

Adakah Cik Amy mengenali budak lelaki yang dimaksudkan oleh Kyra?
Ketahuinya dalam Penantiannya... selanjutnya. Teruskan membaca! Ganbatte kudasai! =)

Bersambung...

Tuesday, February 23, 2010

Penantiannya... I

Suasana petang yang cerah pada hari ini, menarik perhatian kami bertiga. Aku bersama adikku, Kyra & anak saudarku, Haiqal bercadang untuk keluar bermain seperti hari2 biasa sebelumnya. Inilah rutin kami sehari-harian, sepanjang petang. Keluar bersama-sama, berkumpul untuk bermain & melihat telatah jiran tetangga di taman permainan dekat dengan kawasan perumahan kami.

Pada petang ini, kami bercadang untuk bermain ragbi, di samping menunggu rakan Haiqal datang ke rumah untuk membawa kami ke taman permainan. Haiqah sudah berjanji dengan rakannya untuk bawanya bersama. Jadi, kami terpaksa menunggu kehadirannya.

Tidak samapi 10 minit, kehadiran Aiman, rakan Haiqal teah kelihatan dengan basikalnya yang berwarna merah. Comel sungguh Aiman ni! Memang tidak dapat dinafikan tahap kecomelannya itu. Tanpa berlengah lagi, kami meminta izin daripada ibuku untuk turun ke taman permainan. " Boleh, pergilah. Hati2 tau." Pesan ibuku yg sentiasa terngiang-ngian di cuping telingaku.

Setibanya kami ditaman permainan itu, kami meletakkan basikal2 kami dengan tersusun. Haiqal membawa bola sepak bersama-samanya supaya dia boleh bermain bersama rakannya. Kami agak terlewat petang itu kerana padang bola sepak di taman permainan itu sudah ada pemainnya.

" Macam mana ni Kak Farah? Nak main kat mana?" Soal Haiqal kepadaku. " Kita main kat bawah pokok ni je lah," jawabku. Mereka akur akan keputusanku. Aku dapat merasakan diriku sudah kembali ke zaman budak2 . Sungguh kebudak-budakan sifatku ini. Aku membahagikan kumpulan kami kepada 2 kumpulan. Aq berganding dengan Kyra, Haiqal pula berganding dengan Aiman.

Aku melihat keadaan sekeliling. Dapat kurasakan semua gadis memandang ke arahku. ' Kenapa dia orang tengok aku?http://emo.huhiho.com Ha! Rupa2 nya, aku & Kyra sahaja gadis yang bermain bola sepak di taman itu. Mungkin mereka sangkakan yang aku ini ingin menarik perhatian sang pria di sana. Ah, lupakan saja!'

Aku & Kyra sememangnya dilahirkan sebegini. Kami dilahirkan di sebuah kampung. Kami memang gemar akan permainan2 yang lasak, terutamanya aku. Aku suka bermain permainan lelaki. Tambahan pula, aku jarang berminat dengan permainan perempuan. Sungguh ayu & membosankan! Itu yang dapat kusimpulkan.

Adakah Kak Farah akan menitik beratkan pendapat orang tentang dia? Ketahuinya dalam Penantiannya... selanjutnya. Teruskan membaca! Ganbatte kudasai! =)

Bersambung...

Monday, February 22, 2010

Pengorbananku Hanya KeranaMu (Akhir)

" Syarah, tak pernah terdetik di hati ini untuk Lisa," tegasnya. Setitik air matanya yang jernih itu jatuh ke lantai pipinya.http://emo.huhiho.com Mungkin sudah lama dia pendamkan perasaan ini. " Syarah tak boleh terima Zack. Ada orang yang lebih perlukan Zack. Tolong Syarah, Zack. Dia cintakan Zack. Tolong terima dia. Mungkin dia lebih layak berada di sisi Zack." Aku cuba menerangkan. Aku juga turut mesakan keperitan Zack.

" No! Zack tak akan pilih orang lain." Dia tetap akan pendiriannya. " Apa korang buat kat sini dari tadi? Lama betul. Suara Lisa kedengaran di gegendang telingaku. " Dia lebih layak, Zack," ujarku lalu terus meninggalkan mereka berdua.http://emo.huhiho.com

Suasana gembira bertukar suram bagi kami berdua, Zack dan aku. Perasaan sedih, aku pendamkan. Suara gembira Lisa kedengaran di dalam kereta. Entah apa yang dibualkan antara mereka berdua tadi sehingga dapat menggembirakan Lisa. Namun begitu, aku, Zana, Zura & Zack hanya berdiam diri. :I

..................................................

Suasana di Lapangan Terbang Kota Kinabalu pada hari ini agak lengang. Aq melihat rakanku, Lisa yang khusyuk bercerita dengan Zack. Sesekali dapat kulihat mata Zack memandangku, namun pandangan Zack tidak kubalas. Malah, tundukan rasa bersalah beserta malu yang kubalas.

Terdengar panggilan untuk para penumpang ke KLIA suapaya masuk ke kapal terbang. " Syarah akan tunggu Zack kan?" Bisikan itu kudengar di corong telingaku. Aq kehairanan.http://emo.huhiho.com Apakah maksud sebenar Zack? Aq merenung tepat ke dalam matanya. " Zack dah bagi tahu aku semuanya. Aku minta maaf ek, Syarah. Thanks sebab berkorban untuk aku." Lisa menjelaskan segalanya. Air mata Lisa mengalir, lalu kuusap dengan penuh rasa kasih sayang.http://emo.huhiho.com

" Aku sanggup berkorban demi sesiapa pun yang aku sayang. It's ok, Lisa." Senyuman kulemparkan untuk Lisa. =]

" Zack pergi dulu ek. Syarah akan tunggu Zack kan?" Soalan ity dia ulangi. Aq mengukir senyuman. " InsyaAllah, Zack." Tanpa kusedari air mataku turut mengalir.http://emo.huhiho.com Senyuman terakhir oleh Zack menenangkan hatiku.

Pengorbananku ini hanya keranaMu, ya Allah!

Pengorbanan itu memang pahit,
Namun, hasil pengorbanan sememangnya manis. :) Nantikan kemunculan Penantiannya... selepas ini. tQ 4 reading! http://emo.huhiho.com

Sunday, February 21, 2010

Pengorbananku Hanya KeranaMu VI

Air yang kami tempah dari Zack & adikku, Zura dapat kulihat dari jauh lagi. Tekak yang kering, dapat kami basahkan sambil mengamati keindahan ciptaanNya. " Syarah, Zack nak cakap sesuatu dengan Syarh boleh? Kita pergi sana," ajak Zack sambil menunjuk ke arah gigi2 pantai. Kali ini, aku akur akan permintaannya. " Syarah, Zack tak lama lagi dah nak pergi Jepun. Zack nak cakap sesuatu yang selama ini Zack pendamkan." Kata2 nya membuatkan jantungku berdegup semakin kencang.http://emo.huhiho.com

" Actually, Zack menaruh perasaan pada Syarah." Kata2 itu membuatkan aku agak terperanjat. Terbeliak mataku mendengarnya. (0_o) : Syarah rasa tak apa yang Zack rasa?" Aku mengangguk. " Syarah, Zack nak Syarah sentiasa ada di sisi Zack. Syarah sayangkan Zack tak?" Soalan demi soalan diajukan olehnya. Kebanyakan soalannya, senyap sahaja yang kuberikan.

" Zack, Syarah minta maaf sangat2 . Zack adalah lelaki yang paling rapat dengan Syarah. Syarah anggap Zack hanya sekadar kawan. Perasaan sayang memang sentiasa ada untuk Zack, sebab Zack kawan Syarah. Lebih dari itu, tak pernah timbul dalam hati Syarah. Syarah minta maaf sangat2 . Mungkin kali ini, Syarah tak dapat kabulkan hasrat Zack." Bergenang air mataku dibuatnya akan ucapan yang kutujukan untuknya.http://emo.huhiho.com

..................................................................................

" Syarah, sebenarnya... Sebenarnya... Ah, macam mana aku nak bagi tahu kau ni! Sebenarnya, Lisa minat kat Zack. Dia bagi tahu aku yang dia sampai termimpi-mimpi Zack tu. Dia dah jatuh cinta sejak first time kenal Zack. Sejak kau kenalkan Zack dengan kami. Hampir setiap hari dia cerita pasal Zack, walaupun ia hanya cerita yang sama. Dia memang menaruh perasaan yang teramat pada Zack. Aku tahu perasaan kau, Syaza, Sebab itu aku bagi tahu kau pasal ni. Aku dah tak sanggup tengok Lisa berangan setiap hari. Aku minta maaf, Syarah. Aku tak tahu nak buat macam mana lagi." Kata2 yang Zana luahkan semasa Zack & adikku, Zura membeli air minuman kami, meninggalkan kesan yang amat mendalam padaku.

Aku tak sanggup melihat hidup kawanku, Lisa menjadi tak keruan jikalau dia mengetahui perasaan Zack terhadapku & begitu juga sebaliknya. Ya Allah, bantulah aku!

" Zack, ada orang yang lebih menyayangi Zack. Sayang dia pada Zack tak setanding sayang Syarah pada Zack. Dia lebih layak mendapatkan Zack berbanding Syarah." Jelasku walaupun terasa pedihnya. " Siapa? " Suara Zack yang agak terkejut akan kata2 ku itu dapat kudengar. Aku menoleh ke arah Lisa. " Lisa?" soalnya. Aq mengangguk.


Adakah Syarah sanggup korbankan perasaannya selama ini?Ikuti kisah Pengorbananku Hanya KeranaMu akhir. Keep on reading! =)

Bersambung...

Saturday, February 20, 2010

Pengorbananku Hanya KeranaMu V

Deruman kereta Zack dapat kami dengar dari dalam rumah lagi. Ucapan salamnya memcahkan suasana sunyi. Aq membuka pintu rumahku dengan perasaan yang bercampur-baur. Senyuman yang dihadiahkan olehnya membuatkan perasaan2 tersebut hilang serta-merta.

" Kita ambil Lisa & Zana sekali ek. Kat tempat kerja dia orang. Dia orang ambil cuti hari ni," pesanku setelah bersetuju untuk memenuhi hasratnya itu. " Sure," balasnya dengan sempoi. " Hello, assalamualaikum. Lisa, kita orang dah ada kat luar ni," kataku ketika menelefon Lisa supaya mereka tahu kehadiran kami. Jawapan yang diberikan olehnya sangat ringkas. " Ok!"

" Eh, Zura pun ada! Kenapa Zura yang duduk kat depan?" soal Lisa yang kehairanan. Aq & adikku hanya mampu mengukir senyuman. :) " Kita nak pergi mana ni, Zack?" tanya Lisa. Kami juga turut tertanya-tanya, ke manakah Zack ingin membawa kami semua? Ketawa kecil dibalas untuk memulakan bicaranya. " Hehehe. Zack nak bawa korang semua pergi pantai. Pantai ni cantik sangat!" Nada suaranya membuatkan kami tidak sabar2 untuk tiba ke sana.

" Alhamdulillah, kita dah sampai." Ucapan syukur sentiasa dipanjatkan olehnya apabila tiba di sesuatu tempat yang ingin ditujunya. Pemandangan yang amat menarik. Namun, tidak ramai yang mengunjungi tempat yang cantik ini. " Subhanallah, cantiknya," terpegun aq dibuatnya dengan ciptaan Allah. Lisa, Zana & Zura tidak dapat berkata-kata. Kami mengekori setiap langkah Zack. Angin yang sepoi2 bahasa menyapa pipi setiap pengunjung. Deruan ombak menenagkan hati kami. Barisan pokok yang melambai-lambai apabila ditiup sang bayu. Ya Allah, begitu indah ciptaanMu. =]

Tiba2 aq terdengar satu jeritan daripada rakanku, Lisa. " Aduh!" teriak Lisa. Keadaan menjai kelam-kabut seketika. Zack terus menuju ke arah Lisa. Dia cuba menenangkan Lisa. " Kenapa, Lisa? Terseliuh ke? Zack angkat Lisa pergi kerusi tu ek." Dia meminta izin Lisa untuk mengangkatnya ke bangku yang tersadai di pantai itu. Aq dapat melihat reaksi wajah Lisa yang agak gembira.

Zana merenung wajahku dengan teliti. " Kenapa, Zana?" soalku. " Are you ok,Syarah?" Zana bertanya untuk memastikan keadaanku. " Alhamdulillah, ok," balasku lalu mengukir senyuman. Zack memang pakar dalam bab2 perubatan. Oleh sebab itulah, ayahnya, Uncle Syam ingin menghantarnya ke Jepun. " Ok, dah. Lain kali, hati2 tau jalan," pesannya. " Thanks, Zack," jawab Lisa. Terpancar kegembiraan dari wajahnya. Kami turut duduk menemani Lisa.


Adakah Lisa akan memberitahu perasaannya terhadap Zack?Ikuti kisah Pengorbananku Hanya KeranaMu seterusnyanya. Enjoy ur reading! =)

Bersambung...

Friday, February 19, 2010

Pengorbananku Hanya KeranaMu IV

" Ko ni macam nak halau aq je, suruh aq cakap cepat2. Sabar arr. ( Zack menarik nafas panjang) Aq datang ni sebenarnya nak ajak ko jalan2 esok. Boleh?" ajaknya. Aq berfikir sejenak. Perlukah aq menuruti kehendaknya? Atau aq patut menolak lamarannya itu. Lamaran untuk berjalan-jalan bersamanya.

Teringat aq akan pesanan ustazku. " Kalau berjalan dengan bukan muhrim, tak boleh jalan berdua. Sebab nanti ada yang ketiga, iaitu syaitan. Jadi bawa seorang yang muhrim dengan kamu." Pesanan itu aq jadikan panduan. Aq menolak lamarannya itu dengan baik & aq juga turut memberitahunya tentang pesanan tersebut. Dia memahami maksudku.

" Kita ajak kawan2 ko hari itu arr." Dia tetap ingin membawaku bersiar-siar bersamanya. Ya Allah, macam mana ni? Tidakkah dia memahami diriku? Bukankah ianya sama sahaja? Dalam perjalanan menjemput rakan2 ku itu, kami tetap akan berdua. Fikiranku agak serabut.

" Astaghfirullah." Tiba2 , perkataan ini terkeluar dari mulutku. " Kenapa, Syarah? Tak boleh juga ke? Kita ajak mak ko lah. Hehehe. ;)" Idea yang dikeluarkan agak kurang logik. " Boleh juga," sakatku sengaja. " Eh, jangan arr. Malu aq. Ajak adik ko lah. Hari Ahad juga kan. Sekolah pun cuti," katanya. Ha?! Adik aq? Dia nak ikut ke? Dah la susah nak ajak dia jalan2 kalau hari Ahad. (=.=)?

" Zura!" teriakan kudengar dari mulutnya. " Apa? Kenapa Abang Zack panggil?" sahut adikku sambil merapikan tudungnya yang kurang kemas. " Ikut abang jalan2 nak tak? Esok. Kasi kawan Kak Syarah ni. Dia tak nak pergi kalau berdua je. Please... " rayu Zack kepada adikku. Adikku turut berfikir penyelesaian masalah Abang Zack yang tetap berdegil untuk mengajak aq berjalan-jalan dengannya. " Tengoklah macam mana esok. InsyaAllah," jawabnya ringkas.

" Kalau kita orang tak siap esok, maknanya kita orang tak pergi. oK!" sambungku. " Em. Yelah2 " Nada kecewa dari suaranya dapat kudengari. " Syarah, bulan depan aq bertolak pergi Jepun. Aq sambung belajar kat sana. Ayah aq yang suruh. Sebab tu aq nak ajak ko keluar," suaranya yang sayu menarik perhatianku.

" Owh, ek? Tengok la macam mana ek, Zack. InsyaAllah, kalau diizinkan Allah, kita orang pergi la," balasku untuk menenangkan hatinya. " Oklah kalau macam tu. Aq tak boleh buat apa2 pun. Semuanya ketentuan Allah kan. Kita hanya merancang, Allah yang menentukan," ujarnya sambil tersenyum. :) Aq juga turut tersenyum kerana jawapan yang diberikan menarik perhatianku sekali lagi.

Kata2 itu kerap kali dilemparkan olehku, namun kini gilirannya pula. " Aq balik dulu ek. Terima kasih. Mak cik, Zack balik dulu ek. Kirim salam dengan pak cik tau. Zura, abang balik dulu. Bye, Assalamualaikum." Gembira, kecewa, sedih, semua perasaan itu dapat kulihat dari raut wajahnya.

Adakah Syarah & adiknya, Zura akan menuruti hasrat Zack?Ikuti kisah Pengorbananku Hanya KeranaMu selanjutnya. Enjoy ur reading! =)

Bersambung...

Thursday, February 18, 2010

Pengorbananku Hanya KeranaMu III

Perbualan hanya tamat di situ, selepas ucapan salam diberikan. 'Kenapa dia tanya pasal perasaan aq pada Zack? Dia minat kat Zack ke? Ah, tak mungkinlah! Aq kenala Zana minat orang yang macam mana. Ciri2 Zack, jauh sekali dengan ciri2 lelaki yang dia minati. Lisa! Mungkin Lisa! Hurm...' Bertubi-tubi variasi persoalan menghempap kepala otakku. Pening2 !

Tok3 ! Ketukan pitu bilikku menghapuskan lamunanku. " Syarah! Kawan Syarah datang. Lelaki. Zack namanya" kata ibuku. Ha?! Zack datang rumah? (0_o) Aq bergegas mengenakan baju berlengan panjang, menyarung stokin & mengemaskan tudungku. Langkah demi langkah kususun ke ruang tamu.

" Zack! Kenapa ko datang?" sapaku. " Assalamualaikum, Cik Syaza. Saya datang ni, nak meminang." Senyuman diukir pada wajahnya yang agak putih. :) " Waalaikumsalam, Encik Zack. Maaf, saya dah berpunya," jawabku ringkas. Gelakan Zack membuatkan aq senang melihatnya. " Ha?! Dah berpunya? Ko tak pernah bagi tau aq pun. Aq baru nak masuk meminang, dah kena kick. Aduyai." Jenaka kami menggamatkan suasana di rumahku.

" Apa arr ko ni. Ko nak apa? Jap2 . Ko simpan dulu jawapan ko. Aq buatkan air untuk ko jap. Nanti ada orang mati kehausan pula kat rumah aq ni. Hahaha." Memang sudah menjadi tradisi orang melayu untuk menyediakan sebarang minuman atau makanan kepada tetamu yang bertandang ke rumah.

Air sudahpun kutuangkan ke dalam gelasnya. " Ko memang dah berpunya ke?"
soalan itu yang diajukan olehnya untukku. Tersedak aq dibuatnya walaupun aq belum meminum air yang kusediakan. Aq membalasnya dengan ketawa kecil. Rupa2 nya dia percaya akan kata2 ku yang hanya niatku untuk berjenaka sahaja.

" A'ah. Kenapa? Ko jealous? " sahutku dengan wajah yang agak serius. " Alaa... Mesti arr jealous , ko kan aq punya." Suaranya yang sedikit perlahan dapat kudengar. " Ish! Ko ni, aq main2 je arr. Itu pun ko nak ambil serius ke? And one thing, aq bukan milik siapa2 . Aq milik Allah. Ko pun milik Allah. Semua kat dunia ni, semuanya milik Allah," kataku. " Owh, ye ke? Alhamdulillah. Masih ada can la ni kan. Hehehe. Baik, ustazah." Suaranya kembali riang jelas kedengaran.

" Ko datang ni hanya niat ko yang nak 'meminang' tu ke?" Soalan ini sudah berulang-ulang kali aq ajukan, namun tiada jawapan. Oleh itu, aq mengulanginya lagi. Mungkin untuk kali yang terakhir.

Apakah niat sebenar Zack bertandang ke rumah Syarah?Ikuti kisah Pengorbananku Hanya KeranaMu selanjutnya. Enjoy ur reading! =)

Bersambung...

Wednesday, February 17, 2010

Pengorbananku Hanya KeranaMu II

" Ya Allah, Lisa. Lupa aq nak bagi tau ko. Actually, Zack ni bisu," balasku dengan selamba. Tiba2 ... " Ewah2 , suka hati je cakap orang bisu," suara Zack baru kedengaran. Aq tergelak. Begitu juga dengan Lisa & Zana. " Sorry arr. Aq saja je nak umpan ko. Ada suara pun ko rupanya," ujarku. Lawakku kini menjadi lagi. Suasana menjadi semakin riuh. Aq memang gemar melihat orang disekelilingku sentiasa dalam keadaan gembira. Jika mereka kesedihan atau kesakitan, aq juga akan turut merasakannya.

Reaksi muka Zack yang kurang senang dengan lawakku mula kelihatan. Ucapan maaf kupohon kepada Zack. Senyuman yang dibalasnya menenangkan hatiku kembali. Setibanya di tempat kerja Lisa & Zana, mereka mengundurkan diri dengan ucapan terima kasih untuk penutup bicara kami. Kegembiraan terpancar daripada wajah mereka berdua. Lambaian terakhir dapat kulihat dari jauh.

" Handsome jugakan Zack tu." Lisa meluahkan perasaanya kepada Zana. Zana mengangguk tanda setuju dengan kata2 Lisa. " Kenapa Lisa? Dah jatuh cinta ke?" soal Zana dengan niat anya untuk menyaka rakan karibnya itu. Namun, senyuman manis yang dibalas oleh Lisa membuatkan dia risau akan keadaannya. Adakah benar Zack tidak mempunyai apa2 hubungan dengan Syarah? Persoalan ini tiba2 muncul di peti fikirannya. Walaupun Zana agak pendiam, namun dia amat mengenali sikap Syaza yang gemar memendam rahsia hatinya. Fikiran Zana semakin bercelaru memikirkan perkara ini.

Lagu Nur Kasih nyanyian Yassin menjadi ringtone handphone ku bergema di setiap pelusuk ruang bilikku. Nama Zana terpapar di skrin handphone ku. Tanpa berlengah lagi aq mengangkatnya.

" Hello, Assalamualaikum." Ucapan salam menjadi pembuka bicaraku. " Waalaikumussalam. Syarah, aq nak tanya sikit boleh tak?" ujar Zana. " Boleh. Apa Zana?" soalku kembali. " Ko memang tak ada apa2 dengan Zack tu ke?" Soalannya yang agak memeranjatkan aq telah membuatkan aq terdiam seketika. Ketawa kecil kubalas padanya. " Hehehe. Apalah ko ni. Macam ko tak kenal aq ni macam mana. Memang tak ada apa2 pun. Kwan je. Kenapa?" "Betul, Syarah? Tak ada apa2 . Saja je tanya," jelasnya.

Adakah Syarah menipu dirinya?
Ketahuinya kisah Pengorbananku Hanya KeranaMu seterusnya. Enjoy ur reading! =)

Bersambung...

Tuesday, February 16, 2010

Pengorbananku Hanya KeranaMu I

" Lisa, Zana, ni kawan aq, Zack." Senyuman yang disedekahkan oleh mereka berdua amat manis. Zack turut membalasnya. Lisa seorang yang amat peramah. Mudah didekati, namun sikapnya yang agak dingin kadang2 boleh membuatkan orang takut berkawan dengannya. Namun, bagi aq Lisa ialah kawanku yang amat periang. Kelemahannya akan kelihatan apabila masalah besar melanda dirinya. Zana pula kawanku yang agak pendiam. Aq tidak tahu bagaimana Lisa & Zana ini boleh menjadi sahabat yang amat rapat walaupun sikap mereka agak berlawanan.

" Eleh, ko ni Syarah, malu2 lagi. Bf ko ek?" Lisa bersuara tanpa segan silu. Kami memandang antara satu sama lain & terus menggelengkan kepala tanda tidak setuju akan kata2 nya. Lisa 7 Zana tergelak akan gelagat kami berdua. " Relax arr. Aq main2 je lah," kata Lisa kepada kami. Suasana di tempat Lisa 7 Zana memerah keringat ini agak lengang kerana kedudukannya yang agak terpencil. Namun begitu, ramai juga yang pernah berkunjung ke kedai mereka. Kadang kala ada juga yang datang sekali, nak datang lagi kerana harganya yang berpatutan.

" Kita orang nak pergi makan. Korang nak ikut?" ajakku setelah melihat wajah mereka yang agak kepenatan. Kelihatan anggukan yang diberikan. " Siapa belanja?" soal Lisa sambil tersenyum. Zana menyinggul bahu Lisa. :) " Jangan risau arr, Zack belanja. oK!" jawabku. Raut wajah Zack yang kurang senang dengan jawapanku kelihatan. Aq hanya tersenyum & tidak mengendahkan jawapan yang kuberikan tadi.

Sejerus selepas makan, kami menemani Lisa & Zana kembali ke tempat kerjanya. " Korang dari mana? Pelik la. Sebab Syaza tak pernah jalan berdua dengan lelaki." Zana cuba untuk bersuara. " Owh. Hehehe. Aq dari sana (sambil menunujuk ke arah bangunan yang berada di simpang jalan). Tiba2 , bila aq nak datang sini, nak jumpa korang, terserempak dengan dia. Dia yang nak ikut2 aq. Hehehe," jelasku. Kedengaran gelak mere meriuhkan suasana.

" Zack, kenapa dari tadi ko diam je?" soal Lisa kepada Zack yang dari tadi hanya mendiamkan diri sahaja. :I

Mengapakah Zack hanya mendiamkan diri?
Ketahuinya kisah Pengorbananku Hanya KeranaMu seterusnya. Enjoy ur reading! =)

Bersambung...

Monday, February 15, 2010

Kasih Kita (Akhir)

Selepas solat Isyak, aq memberanikan diri untuk ke rumah nenekku. Kelihatan nenekku duduk bersama mereka berdua di ruang tamu hadapan. Aq melangkah dengan tabah. Setibanya aq di sana, setiap mata yang dianugerahkan oleh Allah itu memandang ke arahku hampir serentak. "Nek, Ajja balik esok. Ajja ada kerja sikitnak buat," ujarku. " Esok? (0_o) Kenapa sekejap sangat. Baru 2 hari Ajja kat sini. Em, tak apa lah. Ada kerja ek. Yelah," akur nenek. " Jadi siapa yang nak bawa kita orang pergi pusing2 kampung? tanya Zul. " Nanti aq cakap dengan atuk, suruh atuk bawa korang ek," balasku.

Afiq memandang tepat ke wajahku. Namun demikian, aq hanya memandang kaca televisyen di ruang tamu itu. " Ajja pergi depan dulu, nek. Nak ambil angin jap," kataku. Aq bergegas ke halaman depan. Semasa di dalam perjalanan aq untuk ke halaman itu, pergelangan tanganku di pegang oleh seseorang. Lantas aq menarik tanganku secepat mungkin. Wajahnya kelihatan kurang jelas kerana cahaya lampu malam tidak mencukupi untuk menerangi malam itu. " Eh, kenapa pegang tangan aq? Haram tahu tak? Aq bukannya orang yang ko boleh pegang tangan sesuka hati ko. Ko nak apa, Fiq? Kenapa ikut aq?" tegasku. Aq tetap meneruskan perjalananku.

" Kenapa ko nak balik esok? Ko kan cuti seminggu kat sini. Ko nak lari dari aq ke? Syaza, mungkin ini masa yang sesuai untuk kita bina kenangan bersama. Ko tak boleh biarkan aq macam ni! Aq cari ko selama 2 tahun, tapi bila Allah dah temukan kita, ini yang aq dapat." Kata2 itu terungkap dari mulutnya.

Aq dengan fikiran yang bercelaru, cuba menjawab dengan tenang. " Aq nak balik esok sebab aq ada kerja kat sana. Aq tak pernah lari dari ko. Mungkin kita tak akan bersama. Mungkin Allah temukan kita supaya kita dapat selesaikan masalah kita." Aq tersentuh akan kata2 ku itu. Sungguh perit rasanya memberitahu kebenaran.

" Ko masih ada perasaan pada aq lagi tak?" Sayu aq mendengar suaranya. " Tak ada. Cukup cinta Allah untukku. Selama 2 tahun aq terseksa untuk melupakan diri ko. Cinta Allah yang kutemui & Dia berikan aq kekuatan untuk bengkit kembali." Deras air mataku mengalir. :'( " Syaza, tolong jujur pada aq! Jangan bohong diri ko tu lagi," balasnya. (!_!)

" Kasih kita hanya sampai di sini." Spontan kata2 itu terungkap dari mulutku. Aq terus berlari pulang ke rumah Cik Yati. Ketukan demi ketukan dapat kudengari. Namun, cukup untuk kali ini.
Seawal 6.20 pagi, aq bertolak untuk meninggalkan segala kenanganku yang pernah tercipta bersama dia. Sebelum aq berangkat pulang, aq memanjatkan doa kepadaNya hanya untuk dia.
" Ya Allah, Kau teguhkanlah hatinya. Kau berikanlah dia kekuatan sepertimana Kau berikan kepadaku. Berikanlah dia hidayah & petunjukMu, Ya Allah. Pertemukan dia dengan orang yang lebih baik daripadaku. Tabahkanlah hatinya, Ya Allah. Aq pohon. Biarlah kasih kami sampai di sini. Kuburkanlah segala kenangan kami, Ya Allah."

"Aq maafkan ko, Afiq." Aq tersenyum dalam tangisan, lalu meninggalkan segalanya bersama debu2 pasir yang berterbangan. :'(


Cinta tak semestinya bersama. Cinta yg abadi itu sentiasa menjadi kekuatan kita.
tQ 4 reading Kasih Kita sampai ke akhirnya. :)
Segala kesilapan harap dimaafkan~ tQ sooo much!
Ikuti cerita Pengorbananku Hanya KeranaMu selepas ini. ;)

Sunday, February 14, 2010

Kasih Kita VIII

"Syaza, sorry sebab tak memahami ko." Itulah permulaan bicaranya. Aq langsung tidak mengerti maksudnya. "Ha? Ko tak faham apa? Aq tak faham arr." Itu yang dapat terungkap dari mulutku. Dia menarik nafas panjang. Tiba2 tubuh badanku terasa sejuk. Apa yang dia nak cakapkan ni? Buat takut je. "Aq tak pernah memahami diri ko. Reena, Dayah, Lily & Hayati, dia orang ada bagi tau pasal ko." Aq ingin mencelah, tetapi dia menghalang aq daripada berkata-kata.

"Shhh... Aq minta maaf sangat2 . Aq dah cari ko selama 2 tahun. Aq tanya kawan2 ko tapi dia orang semua tak tahu ko kat mana. Reena pernah nak bagi tau tapi dia tetap memegang perjanjian antara dia dengan ko. Mungkin bagi ko, ini bukan masa yang sesuai, tapi aq takut kalau esok aq dah tak jumpa ko atau mungkin ini masa yang sesuai bagi aq. Syaza, tolong bagi aq peluang lagi. Selama ni aq tak tahu sebab ko tak bagi tahu & kawan2 ko pun tak pernah bagi tau aq. Macam mana aq nak tau?" jelasnya. Aq hanya berdiam. Dia berhenti seketika untuk menyusun ayat yang seterusnya.

"Aq putus dengan Carol sebab... sebab... Ah, lupakan jelah! Lepas ko bagi tau aq pasal hukum couple , aq fikir betul2 . Carol pun tak kisah. Sekarang Carol dah convert to Islam. Dia pernah cakap kat aq, kalau jumpa ko, dia kirim salam dengan ucapan yang mulia Assalamualaikum. Dia berterima kasih sangat pada ko. Dia suruh aq cari ko sebab dia sendiri dapat rasakan perasaan ko pada aq,"celotehnya. Dia berhenti lagi untuk menghirup oksigen.

Aq cuba menguatkan lahiriah & batiniahku untuk menjawab soalan2 nya. Setelah aq menarik nafas sedalam yang mungkin, dengan tenang aq menjawab, " Alhamdulillah Carol dah masuk Islam. Allah dah bukakan pintu hatinya untuk Islam. Reena dah bagi tahu semua pasal aq pada ko?" Anggukan dibalas olehnya.

Aq meneruskan perbicaraanku, " Ya, dulu memang aq ada menaruh perasaan pada ko. Tapi itu dulu. Sekarang aq dah ada hidup baru. Selama 2 tahun aq cuba lupakan ko. Yes, I've made it! But, now? Ko muncul dalam hidup aq semula. Dulu masa sekolah rendah memang aq tak nafikan yang memang aq pernah minat kat ko. Kita pernah gaduh sama2 , gembira sama2 . Aq langsung tak pernah lupa kenangan kita bersama semasa sekolah rendah dulu walaupun sekadar kawan.Never! Masa sekolah menengah, walaupun kita berlainan sekolah, aq cuba sampaikan salam kepada ko melalui Lily, Hayati & Dayah. Aq usaha Afiq! Aq usaha untuk dapatkan khabar ko. Bila aq jumpa ko dengan Carol, sebenarnya memang aq dah tau yang ko ada gf. Ucapan Alhamdulillah yang aq ungkapkan untuk menutup segalanya. Afiq, aq dah laui semuanya. Cukup 5 tahun aq menunggu, 2 tahun untuk aq lupakan secebis kenangan kita. Aq dah penat, Fiq!"

Aq terus berlari pulang ke rumah Cik Yati. Titisan demi titisan air mata mengalir ke pipiku. :'( Sudah terlalu lama aq pendamkan perasaan ini. Kedengaran namaku dipanggil oleh Afiq, namun aq tidak mahu menoleh ke belakang lagi. Mengukir kenangan lama, kembali lagi diingatanku.

Usaha aq selama 2 tahun tidak akan aq sia2 kan. Penat, lelah, tangis, sedih, perit, sakit, sudah aq lalui selama 2 tahun. Semata-mata hanya untuk melupakan memories yang remeh bagi dia.

Adakah Syaza akan mengubah fikirannya?
Ketahuinya dalam Kasih Kita Akhir. Keep on reading! ;)

Bersambung...

Saturday, February 13, 2010

Kasih Kita VII

Dari tadi aq menunggu kemunculan Zul, tapi entah ke mana dia menghilangkan diri. "Aq dah break dengan Carol," kata Afiq dengan suara yang perlahan, tetapi masih dapat kedengaran. Aq hanya mengangguk tanda faham akan maksudnya. " Dating ke? :) Nah ni air,aq beli untuk korang." Zul tiba2 muncul di astaka sambil menghulurkan dua bungkus berisi air sirap. "Thanks," ucapku & afiq hampir serentak.

"Syaza, lepas ni kita pergi mana?" tanya Zul. Aq berfikir sejenak. Ha! "Lepas ni kita pergi darat pula. Kita tengok ladang nenas," ujarku. Air sirap yang dibeli oleh Zul telah kami habiskan. Kmai bertiga menuju ke motor masing2 , lalu aq membawa mereka ke ladang nenas tersebut. Matahari pun sudah berada di atas kepala kami. Aq mengajak mereka pulang. Mereka akur akan perintahku kerana mereka turut merasakan kepanasan itu.

Setibanya di rumah nenek, aq terus ke rumah Cik Yati untuk membersihkan diri & menunaikan solat Zuhur. Aq tertidur di sejadah, tempatku menunaikan solat. Jam menunjukkan pukul 5.00 petang, lalu aq bergegas untuk menunaikan solat Asar pula. Kepenatan masih menyelubungi tubuh badanku.(=.=") Seusai solat Asar, aq mengemaskan tudung di atas kepalaku untuk ke rumah nenekku. Niatku terbatal.

Aq ternampak nenekku sedang menyiram pokok bunga di halaman rumahnya. Aq terus menuju ke tempat nenekku berdiri. " Nek, mana Afiq dengan Zul?" soalku kepada nenek. " Kenapa, rindu kat kita orang ke?" Terperanjat aq dibuatnya apabila suara itu kudengar dari belakangku. (0_o) Suasana menjadi riuh seketika kerana gelak ketawa mereka & nenekku. Aq hanya tersenyum melihat gelagat mereka. :)

"Syaza, jom jalan2 ," ajak Zul. "Woi, kesian arr dia tu. Tengok muka dia tu, penat tau bawa kita round2 kampung tadi," ujar Afiq. Aq hanya berdiam diri. "Ehem2 . Macam ada apa2 je ni. Tak pe arr. Aq jalan2 sendiri. Ko nak ikut tak?" balas Zul dengan riang. ;) Gelengan kepala yang dibalas oleh Afiq. Oleh itu, Zul tetap meneruskan niatnya itu.

Mentang2 dah pandai bawa moto, aq bermonolog. Aq pergi ke balai raya yang terletak di sebelah rumah nenekku. Aq duduk di salah sebiji tayar di situ. Langkah Afiq semakin mendekatiku.

Mengapakah Afiq mendekati Syaza?
Ketahuinya dalam Kasih Kita VIII. Keep on reading! ;)

Bersambung...

Friday, February 12, 2010

Kasih Kita VI

"Woi, nak pegi mana tu?"jeritku. Aq rasakan jeritanku seperti dedengai oleh setiap pelusuk kampung. Hehehe. "Nak pusing2 kampunglah, naik kereta,"Afiq menjawab. "Cantik muka korang. Sini!"ujarku. Reaksi muka mereka seperti tertanya-tanya dengan pelbagai soalan.(=.=?)

"Nah, ambil ni!"kataku sambil menghulurkan kunci ke tangan mereka. "Kunci apa ni?" Mereka tertanya-tanya antara satu sama lain. Aq menoleh ke arah sebuah motor yang telah disediakan oleh atukku pagi tadi. "Motor?!" Mereka agak terkejut. "Kita naik motor. Susah kalau naik kereta,"jelasku kepada mereka. "Nape 1 moto je?" soal Zul kepadaku. "Saya naik motor sendiri,korang pula, bonceng,"balasku sambil menuju ke motorku.

Mereka mengikut langkahku. Aq menghidupkan enjin motor mereka kerana dapat kulihat reaksi kekok mereka untuk menunggang motor yang beroda dua itu. "Eh, cepat la. Kenapa masih tercegat kat situ lagi? Korang tak pandai bawa motor ke?"sakatku. "Zul, ko bawa la ek. Aq tak pandai bawa motor arr,"kata Afiq yang mengaku kelemahannya. "Aq? Mana aq pandai...,"kata2 Zul terhenti apabila melihat tanda untuk mendiamkan diri oleh Afiq. "Huh?! Kalau jatuh, aq tak tanggung ek,"jelas Zul.

Kami pergi ke bahagian baruh kampungku, Kampung Sri Paya. Mula2 nya dapat kulihat ketidakbiasaan mereka menunggang motorsikal, tetapi lama-kelamaan mereka semakin selesa menunggangnya. Ketika dalam perjalanan ke baruh, aq berhenti di hadapan kawasan tanah perkuburan Islam kampungku. "Kenapa berhenti kat sini?"tanya Zul. Aq tersenyum sendiri memikirkan jawapan yang berapa di peti fikiranku. Aq menjawab, "Saje. Cuma nak muhassabah diri sekejap. Kita ni hidup sementara je. Nanti kita akan kembali kepadaNya juga. So, Kita kena kumpulkan amalan2 yang baik sebanyak yang mungkin terutamanya solat jangan ditinggalkan. Solat tu tiang agama & perkara pertama yang akan disoal di akhirat nanti. Ada faham? :9" Afiq mencelah, "Aq rasa pedas la. Ko rasa tak, Zul?" Mereka tersengih ketika melihat antara satu sama lain.

"Dah2! Jom,"ajakku untuk meneruskan perjalanan. Aq membawa mereka ke sebuah sekolah di kampungku. Selepas mematikan enjin motorsikal, aq berjumpa dengan penjaga sekolah.
"Assalamualaikum, pak cik,"ucapan salam pembuka bicaraku. "Waalaikumsalam. Ada apa2 yang boleh pak cik tolog," jawab pak cik tersebut & lebih rapat dikenali dengan nama Cik Mat. Mereka berdua menghulurkan tangan untuk bersalaman dengan Cik Mat.

"Kami datang ni ada tugasan, pak cik. Kami harap pak cik boleh tolong kami. Kami nak tahu tentang pertanian & teknologi yang ada kat kampung ni,"jelas Afiq kepada Cik Mat. Aq khusyuk mendengar perbincangan antara mereka & Cik Mat. Setelah selesai perbincangan tersebut, aq memberitahu mereka bahawa aq ingin pergi ke astaka sebentar. Aq juga mengarahkan mereka untuk pulang ke rumah dahulu. Namun begitu, mereka enggan pulang & mereka turut ingin mengikutiku ke astaka.

"Besar juga kawasan sekolah ni,"kata Afiq sambil melabuhkan punggungnya ke lantai astaka. "Aq pergi tandas dulu,"kata Zul. Suasana menjadi senyap & sunyi seketika. Jarak anatara kami berdua agak jauh. Aq termangu seketika mengingati zaman kanak2 ku di sekolah ini. Tersedar aq dari lamunan, aq terus bertanya kepada Afiq. "Ko kat sini berapa hari?" "Seminggu,"jawabnya. Seminggu? (0_o) Bukankah aq juga bercuti selama seminggu di kampung ini? Aq merasakan seperti ingin memendekkan cutiku di kampung ini, tetapi di mana ingin aq menetap nanti? "Ko,Syaza?" Tiba2 suara itu menghapuskan lamunanku. "Aq? Seminggu juga,"balasku. "Kenapa ko pilih rumah atuk aq untuk jadi homestay ko?"soalku kepadanya. Dia menjawab tanpa berfikir panjang, "Aq mana tahu itu rumah atuk ko. Mungkin jodoh kita kot. Hehehe." Aq hanya berdiam diri.
=I

Apakah yang akan mereka perbualkan selepas ni?
Ikuti cerita Kasih Kita yang seterusnya. Keep on reading! ;)

Bersambung...

Kasih Kita V

"Ko belajar kat mana sekarang?"suara yang bertanya seperti aq kenali. Aq menjawab dengan tenang, "Kat UIAM." Aq terus ke dapur setelah kulihat atuk dalam perjalanan ke arah ruang tamu. Perbualan kami tergantung di situ.

"Ajja tidur kat mana malam ni?" tanya nenekku seusai solat Isyak. Aq berfikir sejenak, lalu jawapanku adalah muktamad! "Ajja!" jerit atukku. Aq bergegas ke anjung di dapur selepas merapikan tudungku.

"Afiq! Zul! Atuk panggil," panggilku ringkas. Mereka menuruti kata2 ku tanpa melengahkan diri. "Ajja, esok bawa dia orang pegi pusing2 kampung. Bagi tengok kawasan kampung ni ek." Atuk mengarahkan aq untuk membantu tugasan dia orang? Huh?! Aq datang sini nak rehat. (0_o)

Namun begitu, aq terpaksa akur akan kata2 atuk. "Esok lepas mandi, solat Subuh terus sarapan. Lebih kurang pukul 8 kita pusing2 kampung,"tegasku.(!_!) Tanpa melihat wajah mereka berdua, aq meninggalkan rumah nenekku.

"Nek, Ajja tidur kat rumah Cik Yati!" Lantas aq mengangkut barang2 yang aq bawa jauh dari tempat aq menimba ilmu. Pemergianku dilihat oleh mereka berdua. Rumah Cik Yati hanya terletak di belakang rumah nenek. Jadi, mudah bagiku untuk menjenguk nenek & atukku.

"Woi, apasal baru bangun? X reti nak solat ke? Kita nak keluar pukul 8, bukan bangun pukul 8!" tegasku. Aq menyambung kata2 ku lagi, "Cepat sikit! Lepas mandi, qada' solat dulu. Klu tak, tak payah pegi!" Aq tersenyum akan kata2 tadi. Aq dapat menjadi pembuli untuk jangka masa yang sangat singkat. :) Lari lintang pukang aq lihat mereka ke bilik air.

"Cepatlah ckit makan tu! Dah nak pukul 9 ni,"aq berceloteh. Zul, teman afiq yang turut menemaninya untuk membuat tugasan membalas bebelan aq. " Sabar arr. Tak lari pun kampung nie." "Memang arr tak lari, tapi matahari makin naik ni. Nanti panas," balasku dengan perasaan yang agak 'panas' akan loyar buruknya.

Sejurus selepas makan, mereka berdua terus menuju ke arah halaman rumah nenekku untuk menaiki kereta, tetapi langkah mereka terhenti.


Apakah yang membuatkan langkah mereka terhenti?
Ikuti cerita Kasih Kita yang seterusnya. Teruskan membaca! ;)

Bersambung...

Thursday, February 11, 2010

Kasih Kita IV

2 tahun kemudian...

"Assalamualaikum,"sapaku.
"Waalaikumsalam. Eh, Ajja!" jawab nenekku. Soalan demi soalan yang ditujukan kepadaku. Jawapan demi jawapan aq lontarkan. Kini aq lebih matang atas apa yang telah terjadi kepadaku.
"Atuk mana,nek?" soalku santai.
"Ade kat depan dengan tetamu. Nampak x kereta kat depan tu?" kata nenek.
"Owh, nampak. Sape yang datang, nek?" Nenekku menyiapkan air untuk diminum.
"Ajja, hantar kat depan ek". Aq tertanya-tanya, siapakah yang bertandang ke rumah nenek aq pada petang2 sebegini?

"Assalamualaikum, atuk," ucapan salam kutujukan kepada atukku. Aq terlihat 2 org pemuda lelaki yang duduk di sofa nenekku. Aq hanya tunduk apbila menuju ke sana. Teringat akan firman Allah dalam Surah An-Nur, ayat 31 yang bermaksud :"Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram)..."

Aq mencium tangan atukku yang sudah lama tidak kutemui. Kelihatan semakin banyak kedutan tua di tangannya.
"Waalaikumsalam. Ajja rupanya. Datang dengan siapa? Naik apa?" Sekali lagi aq diajukan dengan soalan yang bertubi-tubi.Aq menjawab dengan selamba, "Sendiri, tuk. Ajja naik motor. Hehehe. :)"
"Ni ada budak dari 'U' nak tinggal sini sebab katanya ada tugasan yang nak dibuat kat kampung ni," jelas atukku kepadaku, seperti memahami akan persoalan yang timbul di kotak fikiranku.
"Minumlah,"sapaku kepada mereka & atukku. Aq mengangkatkan mukaku untuk melihat wajah2 yang ingin merasai kehidupan kampung ini.

Afiq?! (0_o) Aq agak terkejut melihat dia di depan mataku. "Ajja layanlah dia orang dulu ek. Atuk nak cari cermin mata atuk kat dapur jap," pesan atuk. Aq mengemaskan posisi kedudukanku. Aq hanya berdiam diri & menundukkan kepalaku melihat corak2 lantai rumah nenekku yang kini menarik perhatianku.

"Ni rumah atuk ko?" tanya salah seorang daripada mereka. "A'ah. Korang ada tugasan apa kat sini?"soalku kepada mereka. "Nak buat report pasal pertanian & teknologi kat kampung ni,"jawab mereka. Aq hanya mengangguk.

Kenapa aq dapat rasakan begitu lama atuk mengambil cermin matanya? Aq sudah tidak sanggup untuk berdepan dengannya.(-.-")


Apakah yang berlaku antara 'Ajja' & Afiq selepas ini?Ketahui cerita Kasih kita yang seterusnya. Teruskan membaca! ;)

Bersambung...

Kasih Kita III

Prinsipku : Aq nak belajar dulu samapai berjaya & dapat kerja yang bagus. InsyaAllah! Yang penting sekali, hukum Islam.

Belum sempat aq menjelaskan matlamatku, lalu terdengar suara dia mencelah. "Hukum Islam?" Tenang aq menjawab, "Yup. Allah berfirman: Janganlah sekali-kali kamu mendekati zina. Mendekati zina di sini juga membawa maksud couple. Hukum couple dalam Islam adalah haram. So, for me better jauhkan diri dari yang haram & dekatkan diri dengan yang halal. Am I right?" Lantas aq tersenyum. :)

Dia & kekasih hatinya hanya mampu mendengar & mendiamkan diri. Oleh sebab aq takut menyinggung hati mereka, tanpa segan silu aq memohon maaf jika ada yang terasa. Dia hanya mampu mengukir senyuman.

Dapat kurasakan suasana semakin tegang, aq ingin mengundurkan diri. Carol hanya mampu berdiam diri. Apabila aq ingin memulakan langkahku, tiba2 dia memberhentikan niatku itu. "Syaza, nombor phone?" soalnya. "It's better if you don't know." Aq mengukir senyuman pada raut wajahku. "Aq pi dulu. Assalamualaikum. Bye Carol."

Lantas aq meninggalkan mereka berdua tanpa menoleh ke belakang. Aq senyum dalam kedukaan. Sungguh terseksa lakonanku tadi! Walaupun aq memang sudah tahu yang dia sudah berpunya sejak dari dulu lagi, tp aq hanya mampu untuk bersyukur. Itu sahaja yang boleh aq ungkapkan untuk menutup perasaanku padanya. Aq akan gembira walau hanya melihat senyumannya. Jika dia gembira, aq akan turut gembira untuknya.

Sudah berulang kali aq cuba memadamkan namanya dalam hidupku, namun tidak kumampu kerana dia kawanku.

Tanpa kusedari setitis air mata jatuh ke dasar pipiku. :'( Aq hanya mampu mengusapnya. Yang berlalu biarlah ia berlalu. Kini aq hanya mampu meneruskan hidupku. Aq pasrah pd ketentuanMu, ya Allah.

Kini aq pasrah dengan segalanya...

Siapakah si dia?
Ketahui si dia di dalam Kasih Kita IV! ;)

Bersambung...

Wednesday, February 10, 2010

Kasih Kita II

Sampai sahaja di tempat yang ingin dituju, kami memesan makanan kegemaran masing2 . "Ko dah ade bf?" Persoalan itu tiba2 terdengar di corong telingaku. Aq melihat wajah pasangan itu dengan reaksi mukaku yang penuh tanda tanya.
Dia mengulangi soalan tersebut untuk kali kedua. Aq mengarahkan jari telunjukku ke arah mukaku. Kelihatan anggukan darinya.

"Ko rasa?" Pertanyaan itu aq tujukan kepadanya. "Hurm...," itu yang aq dengar daripadanya. " Ko rasa muka macam aq nie ada bf ke?" Lantas aq tanya kepadanya. "Aq rasa tak de. Sapelah nak kat ko kan." Terdengar ketawa sinis olehnya. Aq hanya mampu tersenyum. :)

"A'ah, sapelah nak kat aq kan!",balas aq ringkas. "Lg pun, aq yang tak nak." Senyuman sinis aq lemparkan. Makanan yang kami pesan pun tiba. Aq melihat raut muka kekasihnya yang semakin khusyuk mendengar perbualan kami."Jual mahal nampak," kata Carol, kekasihnya hanya untuk bermesra denganku. Aq hanya tersenyum.

Aq ingin menyatakan kebenaran tetapi aq perlu mencari waktu yang sesuai. Selepas selasai makan, kami berbual kosong tentang sekolah, peperiksaan & macam2 lagi. I'm sick of it! :( Itu yang dapat kuungkapkan perasaanku ketika itu. Aq sudah bosan akan soalan2 itu. Aq melihat mereka agak serasi.

"Syaza, betul bha ko tiada bf?" Tersentak aq akan pertanyaannya. "Kenapa ko tanya?" soalku kembali. " Saje. Tak percaya je,"ringkasnya. "Perlu ke ada bf @ gf nie? Lg pun aq ada prinsip & matlamat," jelasku. Lantas Carol menyelah, "Prinsip? Matlamat? Hehehe... Apa matlamat Syaza?" Aq membalas soalannya dengan senyuman. :)


Apakah prinsip & matlamat Syaza yg menghalangnya daripada mempunyai hubungan istimewa?
Ketahui cerita Kasih Kita selanjutnya... ;)

Bersambung...

Kasih Kita I

Aq terlihat dia bersama seorang gadis. Mungkin, gadis inilah yang dikatakan oleh kawanku itu. Mereka kelihatan mesra. Aku menatap mukanya, dia pula melihat reaksiku. Namun, aq hanya berdiam diri. Kami terus berselisih antara satu sama lain tanpa bertegur sapa. Aq hanya dapat mengukir senyuman semanis yang mungkin kepadanya.

Aq meneruskan perjalananku untuk terus membeli-belah barang2 keperluanku. Setelah beberapa langkah aq berselisih dgnnya, tiba2 seseorang menghalang langkahku. Aq melihat raut mukanya.

Dia?! Kenapa...? Tanpa aq berkata sebarang kata2, dia mengukir senyuman diwajahnya. Tanpa ragu2 aq membalasnya.

"Ko kenal aq ka?" Dia memulakan bicara. "Alhamdulillah, kenal," kata2 itu yang kulemparkan setelah memberi senyuman sinis kepadanya. Gadis itu masih disisinya.

"Gf ko?"Tanyaku padanya. Dengan selamba dan terdengar ketawa kecil, dia menjawab, "Ya, gf aq. Ko dari mana? Dengan siapa? Bf?" Aq lantas menjawab, " Owh. Dari rumah. Aq jalan sorang2 jak. Hehehe. Aq mana ada bf." Sebelum meneruskan perbualan, dia mengajak aq & 'baby'nya untuk mengisi perut.

Pada asalnya aq menolak dengan alasan, aq tak nak kacau daun. Namun begitu, dia tetap mengajakku untuk turut menyertai mereka. Aq akur dgn kehendaknya kerana dia kawan lamaku yang pernah gaduh dengan ku, gembira ketika bersama. Setiap langkahku, aq melihat reaksi wajah kekasih hatinya. Aq tidak mahu timbul salah faham antara aq dan dia.

Adakah gfnya akan salah faham?
Ketahui cerita Kasih Kita seterusnya... ;)

Bersambung...