Sunday, February 21, 2010

Pengorbananku Hanya KeranaMu VI

Air yang kami tempah dari Zack & adikku, Zura dapat kulihat dari jauh lagi. Tekak yang kering, dapat kami basahkan sambil mengamati keindahan ciptaanNya. " Syarah, Zack nak cakap sesuatu dengan Syarh boleh? Kita pergi sana," ajak Zack sambil menunjuk ke arah gigi2 pantai. Kali ini, aku akur akan permintaannya. " Syarah, Zack tak lama lagi dah nak pergi Jepun. Zack nak cakap sesuatu yang selama ini Zack pendamkan." Kata2 nya membuatkan jantungku berdegup semakin kencang.http://emo.huhiho.com

" Actually, Zack menaruh perasaan pada Syarah." Kata2 itu membuatkan aku agak terperanjat. Terbeliak mataku mendengarnya. (0_o) : Syarah rasa tak apa yang Zack rasa?" Aku mengangguk. " Syarah, Zack nak Syarah sentiasa ada di sisi Zack. Syarah sayangkan Zack tak?" Soalan demi soalan diajukan olehnya. Kebanyakan soalannya, senyap sahaja yang kuberikan.

" Zack, Syarah minta maaf sangat2 . Zack adalah lelaki yang paling rapat dengan Syarah. Syarah anggap Zack hanya sekadar kawan. Perasaan sayang memang sentiasa ada untuk Zack, sebab Zack kawan Syarah. Lebih dari itu, tak pernah timbul dalam hati Syarah. Syarah minta maaf sangat2 . Mungkin kali ini, Syarah tak dapat kabulkan hasrat Zack." Bergenang air mataku dibuatnya akan ucapan yang kutujukan untuknya.http://emo.huhiho.com

..................................................................................

" Syarah, sebenarnya... Sebenarnya... Ah, macam mana aku nak bagi tahu kau ni! Sebenarnya, Lisa minat kat Zack. Dia bagi tahu aku yang dia sampai termimpi-mimpi Zack tu. Dia dah jatuh cinta sejak first time kenal Zack. Sejak kau kenalkan Zack dengan kami. Hampir setiap hari dia cerita pasal Zack, walaupun ia hanya cerita yang sama. Dia memang menaruh perasaan yang teramat pada Zack. Aku tahu perasaan kau, Syaza, Sebab itu aku bagi tahu kau pasal ni. Aku dah tak sanggup tengok Lisa berangan setiap hari. Aku minta maaf, Syarah. Aku tak tahu nak buat macam mana lagi." Kata2 yang Zana luahkan semasa Zack & adikku, Zura membeli air minuman kami, meninggalkan kesan yang amat mendalam padaku.

Aku tak sanggup melihat hidup kawanku, Lisa menjadi tak keruan jikalau dia mengetahui perasaan Zack terhadapku & begitu juga sebaliknya. Ya Allah, bantulah aku!

" Zack, ada orang yang lebih menyayangi Zack. Sayang dia pada Zack tak setanding sayang Syarah pada Zack. Dia lebih layak mendapatkan Zack berbanding Syarah." Jelasku walaupun terasa pedihnya. " Siapa? " Suara Zack yang agak terkejut akan kata2 ku itu dapat kudengar. Aku menoleh ke arah Lisa. " Lisa?" soalnya. Aq mengangguk.


Adakah Syarah sanggup korbankan perasaannya selama ini?Ikuti kisah Pengorbananku Hanya KeranaMu akhir. Keep on reading! =)

Bersambung...

No comments: