Thursday, February 18, 2010

Pengorbananku Hanya KeranaMu III

Perbualan hanya tamat di situ, selepas ucapan salam diberikan. 'Kenapa dia tanya pasal perasaan aq pada Zack? Dia minat kat Zack ke? Ah, tak mungkinlah! Aq kenala Zana minat orang yang macam mana. Ciri2 Zack, jauh sekali dengan ciri2 lelaki yang dia minati. Lisa! Mungkin Lisa! Hurm...' Bertubi-tubi variasi persoalan menghempap kepala otakku. Pening2 !

Tok3 ! Ketukan pitu bilikku menghapuskan lamunanku. " Syarah! Kawan Syarah datang. Lelaki. Zack namanya" kata ibuku. Ha?! Zack datang rumah? (0_o) Aq bergegas mengenakan baju berlengan panjang, menyarung stokin & mengemaskan tudungku. Langkah demi langkah kususun ke ruang tamu.

" Zack! Kenapa ko datang?" sapaku. " Assalamualaikum, Cik Syaza. Saya datang ni, nak meminang." Senyuman diukir pada wajahnya yang agak putih. :) " Waalaikumsalam, Encik Zack. Maaf, saya dah berpunya," jawabku ringkas. Gelakan Zack membuatkan aq senang melihatnya. " Ha?! Dah berpunya? Ko tak pernah bagi tau aq pun. Aq baru nak masuk meminang, dah kena kick. Aduyai." Jenaka kami menggamatkan suasana di rumahku.

" Apa arr ko ni. Ko nak apa? Jap2 . Ko simpan dulu jawapan ko. Aq buatkan air untuk ko jap. Nanti ada orang mati kehausan pula kat rumah aq ni. Hahaha." Memang sudah menjadi tradisi orang melayu untuk menyediakan sebarang minuman atau makanan kepada tetamu yang bertandang ke rumah.

Air sudahpun kutuangkan ke dalam gelasnya. " Ko memang dah berpunya ke?"
soalan itu yang diajukan olehnya untukku. Tersedak aq dibuatnya walaupun aq belum meminum air yang kusediakan. Aq membalasnya dengan ketawa kecil. Rupa2 nya dia percaya akan kata2 ku yang hanya niatku untuk berjenaka sahaja.

" A'ah. Kenapa? Ko jealous? " sahutku dengan wajah yang agak serius. " Alaa... Mesti arr jealous , ko kan aq punya." Suaranya yang sedikit perlahan dapat kudengar. " Ish! Ko ni, aq main2 je arr. Itu pun ko nak ambil serius ke? And one thing, aq bukan milik siapa2 . Aq milik Allah. Ko pun milik Allah. Semua kat dunia ni, semuanya milik Allah," kataku. " Owh, ye ke? Alhamdulillah. Masih ada can la ni kan. Hehehe. Baik, ustazah." Suaranya kembali riang jelas kedengaran.

" Ko datang ni hanya niat ko yang nak 'meminang' tu ke?" Soalan ini sudah berulang-ulang kali aq ajukan, namun tiada jawapan. Oleh itu, aq mengulanginya lagi. Mungkin untuk kali yang terakhir.

Apakah niat sebenar Zack bertandang ke rumah Syarah?Ikuti kisah Pengorbananku Hanya KeranaMu selanjutnya. Enjoy ur reading! =)

Bersambung...

No comments: