Wednesday, February 17, 2010

Pengorbananku Hanya KeranaMu II

" Ya Allah, Lisa. Lupa aq nak bagi tau ko. Actually, Zack ni bisu," balasku dengan selamba. Tiba2 ... " Ewah2 , suka hati je cakap orang bisu," suara Zack baru kedengaran. Aq tergelak. Begitu juga dengan Lisa & Zana. " Sorry arr. Aq saja je nak umpan ko. Ada suara pun ko rupanya," ujarku. Lawakku kini menjadi lagi. Suasana menjadi semakin riuh. Aq memang gemar melihat orang disekelilingku sentiasa dalam keadaan gembira. Jika mereka kesedihan atau kesakitan, aq juga akan turut merasakannya.

Reaksi muka Zack yang kurang senang dengan lawakku mula kelihatan. Ucapan maaf kupohon kepada Zack. Senyuman yang dibalasnya menenangkan hatiku kembali. Setibanya di tempat kerja Lisa & Zana, mereka mengundurkan diri dengan ucapan terima kasih untuk penutup bicara kami. Kegembiraan terpancar daripada wajah mereka berdua. Lambaian terakhir dapat kulihat dari jauh.

" Handsome jugakan Zack tu." Lisa meluahkan perasaanya kepada Zana. Zana mengangguk tanda setuju dengan kata2 Lisa. " Kenapa Lisa? Dah jatuh cinta ke?" soal Zana dengan niat anya untuk menyaka rakan karibnya itu. Namun, senyuman manis yang dibalas oleh Lisa membuatkan dia risau akan keadaannya. Adakah benar Zack tidak mempunyai apa2 hubungan dengan Syarah? Persoalan ini tiba2 muncul di peti fikirannya. Walaupun Zana agak pendiam, namun dia amat mengenali sikap Syaza yang gemar memendam rahsia hatinya. Fikiran Zana semakin bercelaru memikirkan perkara ini.

Lagu Nur Kasih nyanyian Yassin menjadi ringtone handphone ku bergema di setiap pelusuk ruang bilikku. Nama Zana terpapar di skrin handphone ku. Tanpa berlengah lagi aq mengangkatnya.

" Hello, Assalamualaikum." Ucapan salam menjadi pembuka bicaraku. " Waalaikumussalam. Syarah, aq nak tanya sikit boleh tak?" ujar Zana. " Boleh. Apa Zana?" soalku kembali. " Ko memang tak ada apa2 dengan Zack tu ke?" Soalannya yang agak memeranjatkan aq telah membuatkan aq terdiam seketika. Ketawa kecil kubalas padanya. " Hehehe. Apalah ko ni. Macam ko tak kenal aq ni macam mana. Memang tak ada apa2 pun. Kwan je. Kenapa?" "Betul, Syarah? Tak ada apa2 . Saja je tanya," jelasnya.

Adakah Syarah menipu dirinya?
Ketahuinya kisah Pengorbananku Hanya KeranaMu seterusnya. Enjoy ur reading! =)

Bersambung...

2 comments:

+akufobia+ said...

jengjengjeng.hoo.cerita best.boleh buat cerita.cing.

ceritaSyaza said...

he~ dah mmg cerita pun +akufobia+. :p