Saturday, February 20, 2010

Pengorbananku Hanya KeranaMu V

Deruman kereta Zack dapat kami dengar dari dalam rumah lagi. Ucapan salamnya memcahkan suasana sunyi. Aq membuka pintu rumahku dengan perasaan yang bercampur-baur. Senyuman yang dihadiahkan olehnya membuatkan perasaan2 tersebut hilang serta-merta.

" Kita ambil Lisa & Zana sekali ek. Kat tempat kerja dia orang. Dia orang ambil cuti hari ni," pesanku setelah bersetuju untuk memenuhi hasratnya itu. " Sure," balasnya dengan sempoi. " Hello, assalamualaikum. Lisa, kita orang dah ada kat luar ni," kataku ketika menelefon Lisa supaya mereka tahu kehadiran kami. Jawapan yang diberikan olehnya sangat ringkas. " Ok!"

" Eh, Zura pun ada! Kenapa Zura yang duduk kat depan?" soal Lisa yang kehairanan. Aq & adikku hanya mampu mengukir senyuman. :) " Kita nak pergi mana ni, Zack?" tanya Lisa. Kami juga turut tertanya-tanya, ke manakah Zack ingin membawa kami semua? Ketawa kecil dibalas untuk memulakan bicaranya. " Hehehe. Zack nak bawa korang semua pergi pantai. Pantai ni cantik sangat!" Nada suaranya membuatkan kami tidak sabar2 untuk tiba ke sana.

" Alhamdulillah, kita dah sampai." Ucapan syukur sentiasa dipanjatkan olehnya apabila tiba di sesuatu tempat yang ingin ditujunya. Pemandangan yang amat menarik. Namun, tidak ramai yang mengunjungi tempat yang cantik ini. " Subhanallah, cantiknya," terpegun aq dibuatnya dengan ciptaan Allah. Lisa, Zana & Zura tidak dapat berkata-kata. Kami mengekori setiap langkah Zack. Angin yang sepoi2 bahasa menyapa pipi setiap pengunjung. Deruan ombak menenagkan hati kami. Barisan pokok yang melambai-lambai apabila ditiup sang bayu. Ya Allah, begitu indah ciptaanMu. =]

Tiba2 aq terdengar satu jeritan daripada rakanku, Lisa. " Aduh!" teriak Lisa. Keadaan menjai kelam-kabut seketika. Zack terus menuju ke arah Lisa. Dia cuba menenangkan Lisa. " Kenapa, Lisa? Terseliuh ke? Zack angkat Lisa pergi kerusi tu ek." Dia meminta izin Lisa untuk mengangkatnya ke bangku yang tersadai di pantai itu. Aq dapat melihat reaksi wajah Lisa yang agak gembira.

Zana merenung wajahku dengan teliti. " Kenapa, Zana?" soalku. " Are you ok,Syarah?" Zana bertanya untuk memastikan keadaanku. " Alhamdulillah, ok," balasku lalu mengukir senyuman. Zack memang pakar dalam bab2 perubatan. Oleh sebab itulah, ayahnya, Uncle Syam ingin menghantarnya ke Jepun. " Ok, dah. Lain kali, hati2 tau jalan," pesannya. " Thanks, Zack," jawab Lisa. Terpancar kegembiraan dari wajahnya. Kami turut duduk menemani Lisa.


Adakah Lisa akan memberitahu perasaannya terhadap Zack?Ikuti kisah Pengorbananku Hanya KeranaMu seterusnyanya. Enjoy ur reading! =)

Bersambung...

4 comments:

'AQILAH said...

wow...:) best...seius...dah bace dari part 1 :)

komen sikit, cerita ni laju..:) salam kenal..

ceritaSyaza said...

tQ aqilah.
owh. syaza cuba perlahankan ek, insyaAllah.
salam kenal~
tQ atas komen aqilah ;)

Zahidah said...

salam ziarah~
nice trying and story line! keep it up k. :)

ceritaSyaza said...

tQ zahidah!