Friday, February 19, 2010

Pengorbananku Hanya KeranaMu IV

" Ko ni macam nak halau aq je, suruh aq cakap cepat2. Sabar arr. ( Zack menarik nafas panjang) Aq datang ni sebenarnya nak ajak ko jalan2 esok. Boleh?" ajaknya. Aq berfikir sejenak. Perlukah aq menuruti kehendaknya? Atau aq patut menolak lamarannya itu. Lamaran untuk berjalan-jalan bersamanya.

Teringat aq akan pesanan ustazku. " Kalau berjalan dengan bukan muhrim, tak boleh jalan berdua. Sebab nanti ada yang ketiga, iaitu syaitan. Jadi bawa seorang yang muhrim dengan kamu." Pesanan itu aq jadikan panduan. Aq menolak lamarannya itu dengan baik & aq juga turut memberitahunya tentang pesanan tersebut. Dia memahami maksudku.

" Kita ajak kawan2 ko hari itu arr." Dia tetap ingin membawaku bersiar-siar bersamanya. Ya Allah, macam mana ni? Tidakkah dia memahami diriku? Bukankah ianya sama sahaja? Dalam perjalanan menjemput rakan2 ku itu, kami tetap akan berdua. Fikiranku agak serabut.

" Astaghfirullah." Tiba2 , perkataan ini terkeluar dari mulutku. " Kenapa, Syarah? Tak boleh juga ke? Kita ajak mak ko lah. Hehehe. ;)" Idea yang dikeluarkan agak kurang logik. " Boleh juga," sakatku sengaja. " Eh, jangan arr. Malu aq. Ajak adik ko lah. Hari Ahad juga kan. Sekolah pun cuti," katanya. Ha?! Adik aq? Dia nak ikut ke? Dah la susah nak ajak dia jalan2 kalau hari Ahad. (=.=)?

" Zura!" teriakan kudengar dari mulutnya. " Apa? Kenapa Abang Zack panggil?" sahut adikku sambil merapikan tudungnya yang kurang kemas. " Ikut abang jalan2 nak tak? Esok. Kasi kawan Kak Syarah ni. Dia tak nak pergi kalau berdua je. Please... " rayu Zack kepada adikku. Adikku turut berfikir penyelesaian masalah Abang Zack yang tetap berdegil untuk mengajak aq berjalan-jalan dengannya. " Tengoklah macam mana esok. InsyaAllah," jawabnya ringkas.

" Kalau kita orang tak siap esok, maknanya kita orang tak pergi. oK!" sambungku. " Em. Yelah2 " Nada kecewa dari suaranya dapat kudengari. " Syarah, bulan depan aq bertolak pergi Jepun. Aq sambung belajar kat sana. Ayah aq yang suruh. Sebab tu aq nak ajak ko keluar," suaranya yang sayu menarik perhatianku.

" Owh, ek? Tengok la macam mana ek, Zack. InsyaAllah, kalau diizinkan Allah, kita orang pergi la," balasku untuk menenangkan hatinya. " Oklah kalau macam tu. Aq tak boleh buat apa2 pun. Semuanya ketentuan Allah kan. Kita hanya merancang, Allah yang menentukan," ujarnya sambil tersenyum. :) Aq juga turut tersenyum kerana jawapan yang diberikan menarik perhatianku sekali lagi.

Kata2 itu kerap kali dilemparkan olehku, namun kini gilirannya pula. " Aq balik dulu ek. Terima kasih. Mak cik, Zack balik dulu ek. Kirim salam dengan pak cik tau. Zura, abang balik dulu. Bye, Assalamualaikum." Gembira, kecewa, sedih, semua perasaan itu dapat kulihat dari raut wajahnya.

Adakah Syarah & adiknya, Zura akan menuruti hasrat Zack?Ikuti kisah Pengorbananku Hanya KeranaMu selanjutnya. Enjoy ur reading! =)

Bersambung...

2 comments:

Nor Hayati B. said...

wahhh..rajinnya post ceta2 mcm ne..
comelnyerr blog!! :)

ceritaSyaza said...

he~ syukran Nur Hayati. :)