Wednesday, February 10, 2010

Kasih Kita II

Sampai sahaja di tempat yang ingin dituju, kami memesan makanan kegemaran masing2 . "Ko dah ade bf?" Persoalan itu tiba2 terdengar di corong telingaku. Aq melihat wajah pasangan itu dengan reaksi mukaku yang penuh tanda tanya.
Dia mengulangi soalan tersebut untuk kali kedua. Aq mengarahkan jari telunjukku ke arah mukaku. Kelihatan anggukan darinya.

"Ko rasa?" Pertanyaan itu aq tujukan kepadanya. "Hurm...," itu yang aq dengar daripadanya. " Ko rasa muka macam aq nie ada bf ke?" Lantas aq tanya kepadanya. "Aq rasa tak de. Sapelah nak kat ko kan." Terdengar ketawa sinis olehnya. Aq hanya mampu tersenyum. :)

"A'ah, sapelah nak kat aq kan!",balas aq ringkas. "Lg pun, aq yang tak nak." Senyuman sinis aq lemparkan. Makanan yang kami pesan pun tiba. Aq melihat raut muka kekasihnya yang semakin khusyuk mendengar perbualan kami."Jual mahal nampak," kata Carol, kekasihnya hanya untuk bermesra denganku. Aq hanya tersenyum.

Aq ingin menyatakan kebenaran tetapi aq perlu mencari waktu yang sesuai. Selepas selasai makan, kami berbual kosong tentang sekolah, peperiksaan & macam2 lagi. I'm sick of it! :( Itu yang dapat kuungkapkan perasaanku ketika itu. Aq sudah bosan akan soalan2 itu. Aq melihat mereka agak serasi.

"Syaza, betul bha ko tiada bf?" Tersentak aq akan pertanyaannya. "Kenapa ko tanya?" soalku kembali. " Saje. Tak percaya je,"ringkasnya. "Perlu ke ada bf @ gf nie? Lg pun aq ada prinsip & matlamat," jelasku. Lantas Carol menyelah, "Prinsip? Matlamat? Hehehe... Apa matlamat Syaza?" Aq membalas soalannya dengan senyuman. :)


Apakah prinsip & matlamat Syaza yg menghalangnya daripada mempunyai hubungan istimewa?
Ketahui cerita Kasih Kita selanjutnya... ;)

Bersambung...

2 comments: