Friday, February 12, 2010

Kasih Kita V

"Ko belajar kat mana sekarang?"suara yang bertanya seperti aq kenali. Aq menjawab dengan tenang, "Kat UIAM." Aq terus ke dapur setelah kulihat atuk dalam perjalanan ke arah ruang tamu. Perbualan kami tergantung di situ.

"Ajja tidur kat mana malam ni?" tanya nenekku seusai solat Isyak. Aq berfikir sejenak, lalu jawapanku adalah muktamad! "Ajja!" jerit atukku. Aq bergegas ke anjung di dapur selepas merapikan tudungku.

"Afiq! Zul! Atuk panggil," panggilku ringkas. Mereka menuruti kata2 ku tanpa melengahkan diri. "Ajja, esok bawa dia orang pegi pusing2 kampung. Bagi tengok kawasan kampung ni ek." Atuk mengarahkan aq untuk membantu tugasan dia orang? Huh?! Aq datang sini nak rehat. (0_o)

Namun begitu, aq terpaksa akur akan kata2 atuk. "Esok lepas mandi, solat Subuh terus sarapan. Lebih kurang pukul 8 kita pusing2 kampung,"tegasku.(!_!) Tanpa melihat wajah mereka berdua, aq meninggalkan rumah nenekku.

"Nek, Ajja tidur kat rumah Cik Yati!" Lantas aq mengangkut barang2 yang aq bawa jauh dari tempat aq menimba ilmu. Pemergianku dilihat oleh mereka berdua. Rumah Cik Yati hanya terletak di belakang rumah nenek. Jadi, mudah bagiku untuk menjenguk nenek & atukku.

"Woi, apasal baru bangun? X reti nak solat ke? Kita nak keluar pukul 8, bukan bangun pukul 8!" tegasku. Aq menyambung kata2 ku lagi, "Cepat sikit! Lepas mandi, qada' solat dulu. Klu tak, tak payah pegi!" Aq tersenyum akan kata2 tadi. Aq dapat menjadi pembuli untuk jangka masa yang sangat singkat. :) Lari lintang pukang aq lihat mereka ke bilik air.

"Cepatlah ckit makan tu! Dah nak pukul 9 ni,"aq berceloteh. Zul, teman afiq yang turut menemaninya untuk membuat tugasan membalas bebelan aq. " Sabar arr. Tak lari pun kampung nie." "Memang arr tak lari, tapi matahari makin naik ni. Nanti panas," balasku dengan perasaan yang agak 'panas' akan loyar buruknya.

Sejurus selepas makan, mereka berdua terus menuju ke arah halaman rumah nenekku untuk menaiki kereta, tetapi langkah mereka terhenti.


Apakah yang membuatkan langkah mereka terhenti?
Ikuti cerita Kasih Kita yang seterusnya. Teruskan membaca! ;)

Bersambung...

No comments: