Thursday, February 11, 2010

Kasih Kita IV

2 tahun kemudian...

"Assalamualaikum,"sapaku.
"Waalaikumsalam. Eh, Ajja!" jawab nenekku. Soalan demi soalan yang ditujukan kepadaku. Jawapan demi jawapan aq lontarkan. Kini aq lebih matang atas apa yang telah terjadi kepadaku.
"Atuk mana,nek?" soalku santai.
"Ade kat depan dengan tetamu. Nampak x kereta kat depan tu?" kata nenek.
"Owh, nampak. Sape yang datang, nek?" Nenekku menyiapkan air untuk diminum.
"Ajja, hantar kat depan ek". Aq tertanya-tanya, siapakah yang bertandang ke rumah nenek aq pada petang2 sebegini?

"Assalamualaikum, atuk," ucapan salam kutujukan kepada atukku. Aq terlihat 2 org pemuda lelaki yang duduk di sofa nenekku. Aq hanya tunduk apbila menuju ke sana. Teringat akan firman Allah dalam Surah An-Nur, ayat 31 yang bermaksud :"Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram)..."

Aq mencium tangan atukku yang sudah lama tidak kutemui. Kelihatan semakin banyak kedutan tua di tangannya.
"Waalaikumsalam. Ajja rupanya. Datang dengan siapa? Naik apa?" Sekali lagi aq diajukan dengan soalan yang bertubi-tubi.Aq menjawab dengan selamba, "Sendiri, tuk. Ajja naik motor. Hehehe. :)"
"Ni ada budak dari 'U' nak tinggal sini sebab katanya ada tugasan yang nak dibuat kat kampung ni," jelas atukku kepadaku, seperti memahami akan persoalan yang timbul di kotak fikiranku.
"Minumlah,"sapaku kepada mereka & atukku. Aq mengangkatkan mukaku untuk melihat wajah2 yang ingin merasai kehidupan kampung ini.

Afiq?! (0_o) Aq agak terkejut melihat dia di depan mataku. "Ajja layanlah dia orang dulu ek. Atuk nak cari cermin mata atuk kat dapur jap," pesan atuk. Aq mengemaskan posisi kedudukanku. Aq hanya berdiam diri & menundukkan kepalaku melihat corak2 lantai rumah nenekku yang kini menarik perhatianku.

"Ni rumah atuk ko?" tanya salah seorang daripada mereka. "A'ah. Korang ada tugasan apa kat sini?"soalku kepada mereka. "Nak buat report pasal pertanian & teknologi kat kampung ni,"jawab mereka. Aq hanya mengangguk.

Kenapa aq dapat rasakan begitu lama atuk mengambil cermin matanya? Aq sudah tidak sanggup untuk berdepan dengannya.(-.-")


Apakah yang berlaku antara 'Ajja' & Afiq selepas ini?Ketahui cerita Kasih kita yang seterusnya. Teruskan membaca! ;)

Bersambung...

No comments: