Sunday, February 14, 2010

Kasih Kita VIII

"Syaza, sorry sebab tak memahami ko." Itulah permulaan bicaranya. Aq langsung tidak mengerti maksudnya. "Ha? Ko tak faham apa? Aq tak faham arr." Itu yang dapat terungkap dari mulutku. Dia menarik nafas panjang. Tiba2 tubuh badanku terasa sejuk. Apa yang dia nak cakapkan ni? Buat takut je. "Aq tak pernah memahami diri ko. Reena, Dayah, Lily & Hayati, dia orang ada bagi tau pasal ko." Aq ingin mencelah, tetapi dia menghalang aq daripada berkata-kata.

"Shhh... Aq minta maaf sangat2 . Aq dah cari ko selama 2 tahun. Aq tanya kawan2 ko tapi dia orang semua tak tahu ko kat mana. Reena pernah nak bagi tau tapi dia tetap memegang perjanjian antara dia dengan ko. Mungkin bagi ko, ini bukan masa yang sesuai, tapi aq takut kalau esok aq dah tak jumpa ko atau mungkin ini masa yang sesuai bagi aq. Syaza, tolong bagi aq peluang lagi. Selama ni aq tak tahu sebab ko tak bagi tahu & kawan2 ko pun tak pernah bagi tau aq. Macam mana aq nak tau?" jelasnya. Aq hanya berdiam. Dia berhenti seketika untuk menyusun ayat yang seterusnya.

"Aq putus dengan Carol sebab... sebab... Ah, lupakan jelah! Lepas ko bagi tau aq pasal hukum couple , aq fikir betul2 . Carol pun tak kisah. Sekarang Carol dah convert to Islam. Dia pernah cakap kat aq, kalau jumpa ko, dia kirim salam dengan ucapan yang mulia Assalamualaikum. Dia berterima kasih sangat pada ko. Dia suruh aq cari ko sebab dia sendiri dapat rasakan perasaan ko pada aq,"celotehnya. Dia berhenti lagi untuk menghirup oksigen.

Aq cuba menguatkan lahiriah & batiniahku untuk menjawab soalan2 nya. Setelah aq menarik nafas sedalam yang mungkin, dengan tenang aq menjawab, " Alhamdulillah Carol dah masuk Islam. Allah dah bukakan pintu hatinya untuk Islam. Reena dah bagi tahu semua pasal aq pada ko?" Anggukan dibalas olehnya.

Aq meneruskan perbicaraanku, " Ya, dulu memang aq ada menaruh perasaan pada ko. Tapi itu dulu. Sekarang aq dah ada hidup baru. Selama 2 tahun aq cuba lupakan ko. Yes, I've made it! But, now? Ko muncul dalam hidup aq semula. Dulu masa sekolah rendah memang aq tak nafikan yang memang aq pernah minat kat ko. Kita pernah gaduh sama2 , gembira sama2 . Aq langsung tak pernah lupa kenangan kita bersama semasa sekolah rendah dulu walaupun sekadar kawan.Never! Masa sekolah menengah, walaupun kita berlainan sekolah, aq cuba sampaikan salam kepada ko melalui Lily, Hayati & Dayah. Aq usaha Afiq! Aq usaha untuk dapatkan khabar ko. Bila aq jumpa ko dengan Carol, sebenarnya memang aq dah tau yang ko ada gf. Ucapan Alhamdulillah yang aq ungkapkan untuk menutup segalanya. Afiq, aq dah laui semuanya. Cukup 5 tahun aq menunggu, 2 tahun untuk aq lupakan secebis kenangan kita. Aq dah penat, Fiq!"

Aq terus berlari pulang ke rumah Cik Yati. Titisan demi titisan air mata mengalir ke pipiku. :'( Sudah terlalu lama aq pendamkan perasaan ini. Kedengaran namaku dipanggil oleh Afiq, namun aq tidak mahu menoleh ke belakang lagi. Mengukir kenangan lama, kembali lagi diingatanku.

Usaha aq selama 2 tahun tidak akan aq sia2 kan. Penat, lelah, tangis, sedih, perit, sakit, sudah aq lalui selama 2 tahun. Semata-mata hanya untuk melupakan memories yang remeh bagi dia.

Adakah Syaza akan mengubah fikirannya?
Ketahuinya dalam Kasih Kita Akhir. Keep on reading! ;)

Bersambung...

No comments: