Saturday, February 13, 2010

Kasih Kita VII

Dari tadi aq menunggu kemunculan Zul, tapi entah ke mana dia menghilangkan diri. "Aq dah break dengan Carol," kata Afiq dengan suara yang perlahan, tetapi masih dapat kedengaran. Aq hanya mengangguk tanda faham akan maksudnya. " Dating ke? :) Nah ni air,aq beli untuk korang." Zul tiba2 muncul di astaka sambil menghulurkan dua bungkus berisi air sirap. "Thanks," ucapku & afiq hampir serentak.

"Syaza, lepas ni kita pergi mana?" tanya Zul. Aq berfikir sejenak. Ha! "Lepas ni kita pergi darat pula. Kita tengok ladang nenas," ujarku. Air sirap yang dibeli oleh Zul telah kami habiskan. Kmai bertiga menuju ke motor masing2 , lalu aq membawa mereka ke ladang nenas tersebut. Matahari pun sudah berada di atas kepala kami. Aq mengajak mereka pulang. Mereka akur akan perintahku kerana mereka turut merasakan kepanasan itu.

Setibanya di rumah nenek, aq terus ke rumah Cik Yati untuk membersihkan diri & menunaikan solat Zuhur. Aq tertidur di sejadah, tempatku menunaikan solat. Jam menunjukkan pukul 5.00 petang, lalu aq bergegas untuk menunaikan solat Asar pula. Kepenatan masih menyelubungi tubuh badanku.(=.=") Seusai solat Asar, aq mengemaskan tudung di atas kepalaku untuk ke rumah nenekku. Niatku terbatal.

Aq ternampak nenekku sedang menyiram pokok bunga di halaman rumahnya. Aq terus menuju ke tempat nenekku berdiri. " Nek, mana Afiq dengan Zul?" soalku kepada nenek. " Kenapa, rindu kat kita orang ke?" Terperanjat aq dibuatnya apabila suara itu kudengar dari belakangku. (0_o) Suasana menjadi riuh seketika kerana gelak ketawa mereka & nenekku. Aq hanya tersenyum melihat gelagat mereka. :)

"Syaza, jom jalan2 ," ajak Zul. "Woi, kesian arr dia tu. Tengok muka dia tu, penat tau bawa kita round2 kampung tadi," ujar Afiq. Aq hanya berdiam diri. "Ehem2 . Macam ada apa2 je ni. Tak pe arr. Aq jalan2 sendiri. Ko nak ikut tak?" balas Zul dengan riang. ;) Gelengan kepala yang dibalas oleh Afiq. Oleh itu, Zul tetap meneruskan niatnya itu.

Mentang2 dah pandai bawa moto, aq bermonolog. Aq pergi ke balai raya yang terletak di sebelah rumah nenekku. Aq duduk di salah sebiji tayar di situ. Langkah Afiq semakin mendekatiku.

Mengapakah Afiq mendekati Syaza?
Ketahuinya dalam Kasih Kita VIII. Keep on reading! ;)

Bersambung...

No comments: