Friday, February 12, 2010

Kasih Kita VI

"Woi, nak pegi mana tu?"jeritku. Aq rasakan jeritanku seperti dedengai oleh setiap pelusuk kampung. Hehehe. "Nak pusing2 kampunglah, naik kereta,"Afiq menjawab. "Cantik muka korang. Sini!"ujarku. Reaksi muka mereka seperti tertanya-tanya dengan pelbagai soalan.(=.=?)

"Nah, ambil ni!"kataku sambil menghulurkan kunci ke tangan mereka. "Kunci apa ni?" Mereka tertanya-tanya antara satu sama lain. Aq menoleh ke arah sebuah motor yang telah disediakan oleh atukku pagi tadi. "Motor?!" Mereka agak terkejut. "Kita naik motor. Susah kalau naik kereta,"jelasku kepada mereka. "Nape 1 moto je?" soal Zul kepadaku. "Saya naik motor sendiri,korang pula, bonceng,"balasku sambil menuju ke motorku.

Mereka mengikut langkahku. Aq menghidupkan enjin motor mereka kerana dapat kulihat reaksi kekok mereka untuk menunggang motor yang beroda dua itu. "Eh, cepat la. Kenapa masih tercegat kat situ lagi? Korang tak pandai bawa motor ke?"sakatku. "Zul, ko bawa la ek. Aq tak pandai bawa motor arr,"kata Afiq yang mengaku kelemahannya. "Aq? Mana aq pandai...,"kata2 Zul terhenti apabila melihat tanda untuk mendiamkan diri oleh Afiq. "Huh?! Kalau jatuh, aq tak tanggung ek,"jelas Zul.

Kami pergi ke bahagian baruh kampungku, Kampung Sri Paya. Mula2 nya dapat kulihat ketidakbiasaan mereka menunggang motorsikal, tetapi lama-kelamaan mereka semakin selesa menunggangnya. Ketika dalam perjalanan ke baruh, aq berhenti di hadapan kawasan tanah perkuburan Islam kampungku. "Kenapa berhenti kat sini?"tanya Zul. Aq tersenyum sendiri memikirkan jawapan yang berapa di peti fikiranku. Aq menjawab, "Saje. Cuma nak muhassabah diri sekejap. Kita ni hidup sementara je. Nanti kita akan kembali kepadaNya juga. So, Kita kena kumpulkan amalan2 yang baik sebanyak yang mungkin terutamanya solat jangan ditinggalkan. Solat tu tiang agama & perkara pertama yang akan disoal di akhirat nanti. Ada faham? :9" Afiq mencelah, "Aq rasa pedas la. Ko rasa tak, Zul?" Mereka tersengih ketika melihat antara satu sama lain.

"Dah2! Jom,"ajakku untuk meneruskan perjalanan. Aq membawa mereka ke sebuah sekolah di kampungku. Selepas mematikan enjin motorsikal, aq berjumpa dengan penjaga sekolah.
"Assalamualaikum, pak cik,"ucapan salam pembuka bicaraku. "Waalaikumsalam. Ada apa2 yang boleh pak cik tolog," jawab pak cik tersebut & lebih rapat dikenali dengan nama Cik Mat. Mereka berdua menghulurkan tangan untuk bersalaman dengan Cik Mat.

"Kami datang ni ada tugasan, pak cik. Kami harap pak cik boleh tolong kami. Kami nak tahu tentang pertanian & teknologi yang ada kat kampung ni,"jelas Afiq kepada Cik Mat. Aq khusyuk mendengar perbincangan antara mereka & Cik Mat. Setelah selesai perbincangan tersebut, aq memberitahu mereka bahawa aq ingin pergi ke astaka sebentar. Aq juga mengarahkan mereka untuk pulang ke rumah dahulu. Namun begitu, mereka enggan pulang & mereka turut ingin mengikutiku ke astaka.

"Besar juga kawasan sekolah ni,"kata Afiq sambil melabuhkan punggungnya ke lantai astaka. "Aq pergi tandas dulu,"kata Zul. Suasana menjadi senyap & sunyi seketika. Jarak anatara kami berdua agak jauh. Aq termangu seketika mengingati zaman kanak2 ku di sekolah ini. Tersedar aq dari lamunan, aq terus bertanya kepada Afiq. "Ko kat sini berapa hari?" "Seminggu,"jawabnya. Seminggu? (0_o) Bukankah aq juga bercuti selama seminggu di kampung ini? Aq merasakan seperti ingin memendekkan cutiku di kampung ini, tetapi di mana ingin aq menetap nanti? "Ko,Syaza?" Tiba2 suara itu menghapuskan lamunanku. "Aq? Seminggu juga,"balasku. "Kenapa ko pilih rumah atuk aq untuk jadi homestay ko?"soalku kepadanya. Dia menjawab tanpa berfikir panjang, "Aq mana tahu itu rumah atuk ko. Mungkin jodoh kita kot. Hehehe." Aq hanya berdiam diri.
=I

Apakah yang akan mereka perbualkan selepas ni?
Ikuti cerita Kasih Kita yang seterusnya. Keep on reading! ;)

Bersambung...

No comments: