Monday, February 15, 2010

Kasih Kita (Akhir)

Selepas solat Isyak, aq memberanikan diri untuk ke rumah nenekku. Kelihatan nenekku duduk bersama mereka berdua di ruang tamu hadapan. Aq melangkah dengan tabah. Setibanya aq di sana, setiap mata yang dianugerahkan oleh Allah itu memandang ke arahku hampir serentak. "Nek, Ajja balik esok. Ajja ada kerja sikitnak buat," ujarku. " Esok? (0_o) Kenapa sekejap sangat. Baru 2 hari Ajja kat sini. Em, tak apa lah. Ada kerja ek. Yelah," akur nenek. " Jadi siapa yang nak bawa kita orang pergi pusing2 kampung? tanya Zul. " Nanti aq cakap dengan atuk, suruh atuk bawa korang ek," balasku.

Afiq memandang tepat ke wajahku. Namun demikian, aq hanya memandang kaca televisyen di ruang tamu itu. " Ajja pergi depan dulu, nek. Nak ambil angin jap," kataku. Aq bergegas ke halaman depan. Semasa di dalam perjalanan aq untuk ke halaman itu, pergelangan tanganku di pegang oleh seseorang. Lantas aq menarik tanganku secepat mungkin. Wajahnya kelihatan kurang jelas kerana cahaya lampu malam tidak mencukupi untuk menerangi malam itu. " Eh, kenapa pegang tangan aq? Haram tahu tak? Aq bukannya orang yang ko boleh pegang tangan sesuka hati ko. Ko nak apa, Fiq? Kenapa ikut aq?" tegasku. Aq tetap meneruskan perjalananku.

" Kenapa ko nak balik esok? Ko kan cuti seminggu kat sini. Ko nak lari dari aq ke? Syaza, mungkin ini masa yang sesuai untuk kita bina kenangan bersama. Ko tak boleh biarkan aq macam ni! Aq cari ko selama 2 tahun, tapi bila Allah dah temukan kita, ini yang aq dapat." Kata2 itu terungkap dari mulutnya.

Aq dengan fikiran yang bercelaru, cuba menjawab dengan tenang. " Aq nak balik esok sebab aq ada kerja kat sana. Aq tak pernah lari dari ko. Mungkin kita tak akan bersama. Mungkin Allah temukan kita supaya kita dapat selesaikan masalah kita." Aq tersentuh akan kata2 ku itu. Sungguh perit rasanya memberitahu kebenaran.

" Ko masih ada perasaan pada aq lagi tak?" Sayu aq mendengar suaranya. " Tak ada. Cukup cinta Allah untukku. Selama 2 tahun aq terseksa untuk melupakan diri ko. Cinta Allah yang kutemui & Dia berikan aq kekuatan untuk bengkit kembali." Deras air mataku mengalir. :'( " Syaza, tolong jujur pada aq! Jangan bohong diri ko tu lagi," balasnya. (!_!)

" Kasih kita hanya sampai di sini." Spontan kata2 itu terungkap dari mulutku. Aq terus berlari pulang ke rumah Cik Yati. Ketukan demi ketukan dapat kudengari. Namun, cukup untuk kali ini.
Seawal 6.20 pagi, aq bertolak untuk meninggalkan segala kenanganku yang pernah tercipta bersama dia. Sebelum aq berangkat pulang, aq memanjatkan doa kepadaNya hanya untuk dia.
" Ya Allah, Kau teguhkanlah hatinya. Kau berikanlah dia kekuatan sepertimana Kau berikan kepadaku. Berikanlah dia hidayah & petunjukMu, Ya Allah. Pertemukan dia dengan orang yang lebih baik daripadaku. Tabahkanlah hatinya, Ya Allah. Aq pohon. Biarlah kasih kami sampai di sini. Kuburkanlah segala kenangan kami, Ya Allah."

"Aq maafkan ko, Afiq." Aq tersenyum dalam tangisan, lalu meninggalkan segalanya bersama debu2 pasir yang berterbangan. :'(


Cinta tak semestinya bersama. Cinta yg abadi itu sentiasa menjadi kekuatan kita.
tQ 4 reading Kasih Kita sampai ke akhirnya. :)
Segala kesilapan harap dimaafkan~ tQ sooo much!
Ikuti cerita Pengorbananku Hanya KeranaMu selepas ini. ;)

1 comment:

FANArosli said...

sedih la pulak ending dy