Tuesday, February 23, 2010

Penantiannya... I

Suasana petang yang cerah pada hari ini, menarik perhatian kami bertiga. Aku bersama adikku, Kyra & anak saudarku, Haiqal bercadang untuk keluar bermain seperti hari2 biasa sebelumnya. Inilah rutin kami sehari-harian, sepanjang petang. Keluar bersama-sama, berkumpul untuk bermain & melihat telatah jiran tetangga di taman permainan dekat dengan kawasan perumahan kami.

Pada petang ini, kami bercadang untuk bermain ragbi, di samping menunggu rakan Haiqal datang ke rumah untuk membawa kami ke taman permainan. Haiqah sudah berjanji dengan rakannya untuk bawanya bersama. Jadi, kami terpaksa menunggu kehadirannya.

Tidak samapi 10 minit, kehadiran Aiman, rakan Haiqal teah kelihatan dengan basikalnya yang berwarna merah. Comel sungguh Aiman ni! Memang tidak dapat dinafikan tahap kecomelannya itu. Tanpa berlengah lagi, kami meminta izin daripada ibuku untuk turun ke taman permainan. " Boleh, pergilah. Hati2 tau." Pesan ibuku yg sentiasa terngiang-ngian di cuping telingaku.

Setibanya kami ditaman permainan itu, kami meletakkan basikal2 kami dengan tersusun. Haiqal membawa bola sepak bersama-samanya supaya dia boleh bermain bersama rakannya. Kami agak terlewat petang itu kerana padang bola sepak di taman permainan itu sudah ada pemainnya.

" Macam mana ni Kak Farah? Nak main kat mana?" Soal Haiqal kepadaku. " Kita main kat bawah pokok ni je lah," jawabku. Mereka akur akan keputusanku. Aku dapat merasakan diriku sudah kembali ke zaman budak2 . Sungguh kebudak-budakan sifatku ini. Aku membahagikan kumpulan kami kepada 2 kumpulan. Aq berganding dengan Kyra, Haiqal pula berganding dengan Aiman.

Aku melihat keadaan sekeliling. Dapat kurasakan semua gadis memandang ke arahku. ' Kenapa dia orang tengok aku?http://emo.huhiho.com Ha! Rupa2 nya, aku & Kyra sahaja gadis yang bermain bola sepak di taman itu. Mungkin mereka sangkakan yang aku ini ingin menarik perhatian sang pria di sana. Ah, lupakan saja!'

Aku & Kyra sememangnya dilahirkan sebegini. Kami dilahirkan di sebuah kampung. Kami memang gemar akan permainan2 yang lasak, terutamanya aku. Aku suka bermain permainan lelaki. Tambahan pula, aku jarang berminat dengan permainan perempuan. Sungguh ayu & membosankan! Itu yang dapat kusimpulkan.

Adakah Kak Farah akan menitik beratkan pendapat orang tentang dia? Ketahuinya dalam Penantiannya... selanjutnya. Teruskan membaca! Ganbatte kudasai! =)

Bersambung...

4 comments:

ZaridaIshak said...

hye,
hm... citer menarik tapi tak abih baca lagi.. panjang sangat... kalu bleh buat la short-cut skit...sowiii

ceritaSyaza said...

hye, time kasih.
syaza cuba la ek, insyaAllah.

Shamin Aizuddin said...

menarik2.
huhu.

ceritaSyaza said...

tQ Shamin Aizuddin. he~