Wednesday, February 24, 2010

Penantiannya... II

Walaupun aku gadis bertudung, namun itu bukanlah penghalang bagiku. Lantaklah orang nak cakap apa. Asalkan aku jadi diri sendiri. Aku tak kacau orang pun. Gedebuk! " Aduh! (0_o) Ya Allah!" Teriakanku tidak berapa kuat. Aku terpeleset lalu jatuh ke tanah ketika ingin merampas bola dari Aiman. Aku bangkit semula sambil melihat reaksi orang. Aku cuba membersihkan seluarku, namun kotoran lumpur masih melekat. Ah, biarkan saja! Walaubagaimanapun, aq tetap meneruskan permainan itu. :)

Hari semakin senja, cahaya matahari semakin samar2 di kaki langit, orang semakin berkurangan. Begitu juga dengan kami, kami pulang dengn hati yang gembira, membawa kenanganpada hari ini bersama-sama. Kami menemani Aiman pulang ke rumah.

Semasa dalam perjalanan pulang, aku terlihat sekumpulan 'mat2 moto' di hadpan kami. Kami mengayuh basikal seperti biasa. Tiba2 bekalan air yang dibawa olehku terlepas dari tangan. ' Alamak!' Hatiku bersuara. Aku segera membrek & menoleh ke arah botol air tersebut.

" Nah, botol awak. Lain kali hati2 ek," kata salah seorang penunggang motor tadi sambil menghulurkan botol airku. " Terima kasih ek," balasku. Senyuman kuhadiahkan padanya & terus berlalu dari situ. Dapat kulihat rakan2 nya hanya tersenyum & ada juga yang menyakat. Malah, aku biarkan saja mereka.

...............................................

" Kak Farah, itu dia ke?" Soal adikku setibanya di rumah sambil menunjukkan ke arah seorang budak lelaki yang menetap bersdekatan dengan rumah mak cik kami. " A'ah kot. Haiqal, siapa nama budak tu?" Tanyaku kepada Haiqal. " Entah la. Mama tah arr," ujarnya. Kami segera masuk ke dalam rumah untuk mengetahui kehadiran mama Haiqal, Cik amy. " Ibu, Cik Amy dah balik?" adikku, Kyra menyoal. " Belum lagi," jawab ibuku.

' Ha?! Belum? Selalunya jam2 macam ni dah balik dah.' Aku agak hairan tapi tidak kuluahkan dari mulutku. Aku & Kyra bergegas naik ke atas untuk membersihkan diri. Seusai solat Maghrib, kami turun ke ruang tamu. " Cik Amy! Baru balik ke?" Dapat kulihat keletihan yang tergambar di wajah mak cikku. " A'ah. Farah, kat meja tu ada burger . Makan la. Cik Amy beli barang dapur tadi." Mak cikku menjawab.

Aku mengangguk tanda akur & faham akan kata2 nya. Aku meneliti barang2 yang dibelinya lalu mengemas barang2 itu di tempat yang sepatutnya.

" Cik Amy, kenal ak anak mak cik yang sebelah sana tu?" Kyra terus menyoal mak ciknya tanpa segan silu.

Adakah Cik Amy mengenali budak lelaki yang dimaksudkan oleh Kyra?
Ketahuinya dalam Penantiannya... selanjutnya. Teruskan membaca! Ganbatte kudasai! =)

Bersambung...

3 comments:

joegrimjow said...

dah pandai berkarya dah ya skrg ni
mantop3
`

Anonymous said...

haish.. kne bace dari mule jap..

ceritaSyaza said...

joegrimjow, he~ tQ ek!
maisyara, he~ a'ah kena baca dr mula. :)