Wednesday, March 31, 2010

Diari Saksi Coretan 20

Di Hospital Sultanah Aminah...

" Cik Syaza, Cik Syaza kena brehat dulu kat hospital lebih kurang sebulan supaya bahagian belakang badan cik kembali pulih. Kalau Cik Syaza gasak juga, Cik Syaza boleh lumpuh," pesan Doktor Zakiah. Aku mengangguk tanda faham akan pesanannya. Aku dihantar kembali ke bilik wad.

" Syaza, kenapa selama ni Syaza tak bagi tahu Mak Uda?" soal Mak Uda.

" Syaza minta maaf, Mak Uda." Itu sahaja yang aku boleh katakan sekarang. Mak Uda mengerti.

.................................................................................

26 Jun 2009

Sekali lagi Danish berjumpa denganku. Aku cuba melarikan diri, namun tidak berjaya. Aku bertekad untuk tidak bertemu dengannya lagi selepas itu, tetapi Danish ingkar. Aku tidak boleh melarikan diri darinya.


" Syaza, kenapa Syaza tak nak jumpa dengan Danish?" soal Danish.

" Danish, Syaza rayu dengan Danish. Tolong dengar cakap Syaza untuk kali ni sahaja. Kita takkan jumpa lagi." Aku merayu. Fikiran Danish memutarkan ingatan kepada kata-kataku. Dia menyelak muka surat yang seterusnya.

27 Jun 2009

Aku diberhentikan kerja oleh Kak Zila.

" Akak tak nak kedai akak ni jadi mangsa. Maafkan akak ek Syaza."

Ini kata-kata yang aku ingat yang dikeluarkan dari mulut Kak Zila. Aku tidak mahu menyusahkannya. Aku cuba mencari kerja lain, namun tak berjaya. Dugaan apakah yang kau berikan padaku ini, Ya Allah?

Aku pulang dengan tangan kosong. Aku ternampak ibu dan adik-adik berada di luar rumah.

" Kak Syaza, kita dah kena halau. Kat mana kita nak tinggal?"

Ucapan ini diajukan kepadaku. Ibu dan adik-adik menangis ketakutan. Aku tabahkan diriku walaupun hatiku hancur lebur. Aku membawa mereka ke rumah Mak Cik Odah.

30 Jun 2009

Hari ini, aku berpindah lagi ke rumah Pak Cik Samad, pak cikku. Aku sudah banyak kali mencari pekerjaan, tetapi masih tidak berjaya.

Ya Allah, bantulah aku!


Danish menutup diari tersebut. Dia berehat sebentar. Pelbagai persoalan yang timbul di mindanya yang masih belum ada jawapan.

.................................................................................

Sepanjang hari ini, Mak Uda telah menjagaku. Mak Uda yang menemani aku solat, menjaga rutin makanku pada hari ini. Mak Uda meninggalkan tugasnya semata-mata untuk menjagaku. Semua ini kerana Mak Uda akur akan perintah Danish.

" Syaza, Syaza jangan kerja keras-kera tau. Nanti Syaza sakit, penat, siapa nak tanggung kita? Ibu harapkan Syaza sekarang ni. Adik-adik perlu sekolah. Ibu pohon pada Syaza." Kata-kata ibu terngiang-ngiang di gegendang telingaku.

' Aku tidak boleh terus berada di sini. Terlantar di katil ini. Aku kena bangkit.' Aku cuba untuk duduk, namun aku tidak berdaya.

" Assalamualaikum." Aku dan Mak Uda memandang ke arah datangnya suara tersebut.

Siapakah yang memberi salam dan menjenguk Syaza di wad itu?
Untuk mengetahuinya, ikuti cerita Diari Saksi Coretan seterusnya. Teruskan membaca! Ganbatte kudasai! =)

Bersambung...

Sunday, March 28, 2010

Diari Saksi Coretan 19

Danish ternampak sebuah diari yang terdampar di meja bilikku. Dia membelek-belek diari tersebut lalu dibukanya. Dia membaca dengan teliti.

............................................................................

Tepat jam 10.00 pagi, aku dihantar ke sebuah bilik untuk menjalani pemeriksaan tubuhku. Aku ditemani oleh Mak Uda.

" Ya Allah, Syaza. Apa dah jadi dengan kamu ni?" Terbeliak mata Mak Uda melihat bahagian belakang badanku. Deras air matanya mengalir ke dasar pipi melihat penderitaan aku selama ini.

............................................................................

12 Jun 2009

Aku berjumpa dengan mama Danish, Datin Iza ditemani oleh Danish. Aku berharap hubungan sahabat yang kami jalinkan ini kan ke jinjang pelamin, namun yang terjadi adalah sebaliknya. Aku dihalang keras oleh Datin Iza untuk bersama Danish. Aku dicampak keluar dari rumahnya oleh dua orang pengawal yang berbadan sasa. Danish juga dihalang untuk berjumpa denganku. Aku berjalan kaki untuk ke jalan utama dengan kesan kesakitan selepas dicampak keluar. Kesejukan pada malam itu sampai menusuk ke tulang. Namun, kugagahkan jua tubuhku.


" Syaza, maafkan Danish. Danish tak dapat tolong Syaza." Danish berbicara sendiri. Dia menatap kembali diariku.

19 Jun 2009

Danish berjumpa denganku di kedai ' Zita Shop ', tempat aku bekerja. Dia memberikan aku sepucuk surat yang berisi puisi beserta patung beruang yang amat comel. Katanya, sempena hari jadiku yang akan datang pada 21 Jun nanti. Aku gembira kan pemberiannya.

Pada malam itu, sekumpulan gangster menceroboh ke rumahku dan keluargaku. Aku terlihat Datin Iza di sebalik kumpulan tersebut. Dia memberi amaran kepadaku supaya jangan bertemu dengan Danish, jika tidak sesuatu akan berlaku kepadaku dan keluargaku.

Rumahku diselerakkan dan patung beruang pemberian Danish pagi tadi, dibuang. Ibu dan adik-adik ketakutan. Mereka tidak mengethaui bahawa Datin Iza itu adalah mama kepada Danish. Aku akan rahsiakan perkara ini sampai tiba waktunya untuk aku memberitahu mereka.


' Mama?! Kenapa Syaza tak bagi tahu aku pasal ni? Patut la dia cuba melarikan diri daripada aku.' Hati Danish berbicara. Dia berhenti seketika, menarik nafas panjang untuk meneruskan pembacaannya.

Apakah yang tertulis di diari Syaza lagi?
Untuk mengetahuinya, ikuti cerita Diari Saksi Coretan seterusnya. Teruskan membaca! Ganbatte kudasai! =) Maaf lambat post, Syaza ikut kem selama 3 hari.

Bersambung...

Thursday, March 25, 2010

Diari Saksi Coretan 18

Syifa mengorak langkah ke bilik wad 103. Syifa mengetuk daun pintu. Mak Uda menjemput masuk. Kami kehairanan. ' Siapa yang datang pagi-pagi macam ni?' Sewtelah daun pintu dibuka, aku terkejut akan kehadiran adikku, Syifa.

Syifa menangis melihat keadaanku yang lemah terlantar di katil itu.
" Kak Syaza... Kak Syaza kenapa?" Dia memeluk tubuhku erat.
Sekali lagi, aku menahan kepedihan itu. Aku menatap wajahynya. Aku usap air matanya. Sayu suasana pada waktu itu.

" Syifa, akak tak ada pa-apa. Sekejap lagi baik la. Syifa, Syifa jangan bagi tahu ibu dan adik-adik yang lain tau." Aku cuba untuk berbicara walau kurasa amat payah.

" Kak Syaza suka cakap macam tu. Akak cuba tengok keadaan akak ni. Terlantar kat hospital. Muka pucat, badan lemah. Apa yang terjadi? Siapa yang buat akak macam ni?"
Aku dapat lihat perasaan geram yang tersirat di sebalik raut mukanya.

" Syifa... Cuba dengar cakap akak. Ini semua ujian dari Allah. Akak terima seadanya. Yang penting sekarang ni, Syifa janji ek, Syifa jangan beritahu ibu pasal akak. Macam mana Syifa tahu akak kat sini?" Aku berasa hairan akan kehadiran Syifa di sini. Hanya keluarga Danish, Mak Uda dan Pak Azli sahaja yang tahu akan keadaan aku.

" Abang Danish yang bagi tahu. Tadi Syifa terserempak dengan dia. Akak tak beritahu abang ke yang ibu ada kat hospital ini juga?"
Aku menggeleng.

" Akak tak nak susahkan sesiapa. Dah, Syifa pergi balik bilik ibu. Nanti ibu risau pula. Ingat tau, jangan bagi tahu ibu," pesanku.

...................................................................

Sesampai Danish di rumah, Datin Iza sudah menunggu di ruang tamu.
" Danish! Kenapa baru balik?" tegas Datin Iza.
Danish berhenti seketika untuk mendengar kalam mamanya, tetapi dia meneruskan langkahnya tanpa membalas pertanyaan Datin Iza.

" Danish!" Datin Iza menuju ke hadapan Danish.

" Danish tak dengarkah apa yang mama tanya? Kenapa sekarang baru Danish balik?"

" Danish jaga Syaza." Danish menjawab dengan nada suara yang agak perlahan.

" Buat apa jaga budak tak guna tu? Dia tak ada kena mengena dengan hidup keluarga kita!"

" Syaza yang mama benci selama ni, ada kena mengena dengan keluarga kita. Dia tu pembantu rumah kita ni. Kita ni majikan dia. Tak kan itu pun mama tak sedar. Mama yang terima dia kerja kat sini. Kenapa ma?" Balas Danish dengan suara yang agak kasar.

Datin Iza terdiam. Danish meninggalkan mamanya yang tercegat di ruang tamu itu. Dia menuju ke ruang bilik Syaza.

Apakah yang dilakukan oleh Danish di dalam bilik Syaza?
Untuk mengetahuinya, ikuti cerita Diari Saksi Coretan seterusnya. Teruskan membaca! Ganbatte kudasai! =)

Bersambung...

Tuesday, March 23, 2010

Diari Saksi Coretan 17

" Apa Syifa buat kat sini? Syifa nak jumpa Kak Syaza ke?" Soalan yang diajukan oleh Danish memeranjatkan Syifa.
" Kak Syaza? Kak Syaza kat hospital? Kenapa bang? Kak Syaza kat wad mana sekarang?" Bertubi-tubi soalan yang diajukan oleh Syifa kepada Danish.
" Syifa tak tahu?" soal Danish. Gelengan dibalas oleh Syifa.
" Kalau Syifa tak tahu, apa Syifa buat kat sini?" sambungnya lagi.
" Syifa kat sini jaga ibu. Ibu sakit. Kak Syaza tak bagi tahu abang ke? Kak Syaza kat mana bang?" jawab Syifa. Suaranya yang sayu tiba-tiba kedengaran.

" Syifa, kita duduk kat bangku sana tu ek. Nanti abang jelaskan." Danish mengajak Syifa berbincang di luar hospital.
" Syifa, bila lagi ibu sakit?" soal Danish.
" Dah lama juga la. Kak Syaza cari kerja jadi pembantu sebab nak dapat duit untuk biaya kos perubatan ibu kat hospital ni. Kak Syaza cakap, gajinya cukup untuk bayar pembiayaan ibu kat sini. Kata Syaza kata, dia senang kerja kat sana." Syifa menjawab.
' Ha?! Jadi selama ini Syaza kerja sebab ibu sakit. Kenapa dia tak bagi tahu aku?' Danish bermonolog.

" Abang Danish, Kak Syaza kat mana sekarang? Dia sakit apa?" Air mata Syifa mula membasahi pipi.
" Kak Syaza ada kat wad sakit, bilik 103. Abang pun tak tahu dia sakit apa. Dia tiba-tiba pengsan. Tadi pagi dia ada cakap yang belakang badan dia sakit. Tapi, nanti doktor periksa. Syifa, jangan bagi tahu ibu yang Kak Syaza ada kat sini. Nanti ibu sedih. Syifa jangan risau ek. Abang Danish kan ada." Danish memberitahu dan cuba menenangkan Syifa.

" Syifa, Kak Syaza pernah bagi tahu tak dia kerja kat mana?" soalnya lagi.
" Tak. Kak Syaza cuma bagi tahu yang dia kerja dengan Datuk Rizal dan Datin Iza. Kak Syaza cakap Datuk Rizal dan Datin Iza baik sangat." Suara Syifa masih teresak-esak. Variasi persoalan yang muncul di kotak fikirannya. Danish tertanya-tanya. ' Mengapa Syaza tak bagi tahu yang dia kerja dengan family aku? Kenapa dia rahsiakan segalanya dari aku dan keluarga dia?'

" Syifa, abang balik dulu. Nanti abang datang balik ek. InsyaAllah," ujar Danish.

Apakah yang akan dilakukan oleh Syifa? Adakah dia akan berjumpa engan kakaknya atau biarkan sahaja?
Untuk mengetahuinya, ikuti cerita Diari Saksi Coretan seterusnya. Teruskan membaca! Ganbatte kudasai! =)

Bersambung...

Sunday, March 21, 2010

Diari Saksi Coretan 16

" Ya Allah, sakit! Astaghfirullahalazim." Kesakitan badanku kembali menusuk.
" Syaza, awk ok? Awak kenapa? Awak nak pergi mana? Biar saya hantarkan." Danish cemas akan keadaanku. Aku cuba menenangkannya.
" Danish... Danish... Syaza, tak apa-apa. Belakang badan Syaza sakit sikit je. Syaza nak pergi solat. Nak ambil wuduk. Boleh Danish tolong Syaza?"

Dia menarik nafas panjang.
" Kejap ek. Danish panggilkan nurse dulu," jawabnya.
Danish keluar dari wad dan kembali dengan seorang jururawat yang berkulit kuning langsat. Aku meminta jururawat tersebut untuk membawaku ke surau untuk menunaikan solat. Jururawat tersebut membawaku ke surau dengan menaiki kerusi roda diikuti oleh Danish. Aku menunaikan solat secara duduk dan melaksanakannya secara yang termampu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui. Aku qada' sekali solat Isyak yang kutinggal semalam.

Danish menungguku di luar surau perempuan. Seusai solat, Cik Yana sekali lagi mengangkat aku ke atas kerusi roda untuk dibawa pulang ke wad.
" Cik Syaza, nanti cik ada pemeriksaan badan tau," kata Cik Yana. Aku agak terperanjat akan kata-katanya.
" Perlukah, Cik Yana?" soalku.
" Perlu. Sakit bahagian belakang badan Cik Syaza macam semakin teruk, sampai tak boleh berdiri. Boleh saya tahu kenapa?" Danish yang dari tadi mengekori kami, mendengar setiap butir perbualan kami.
" Em... Entahlah, Cik Yana." Nada suara aku perlahankan.

Setibanya aku di wad, kelihatan Mak Uda mengemas katil.
" Assalamualaikum, Mak Uda." Ucapan salam kuberikan.
" Waalaikumussalam, Syaza." Mak Uda memeluk tubuhku yang lemah ini.
Cik Yana cuba menghalang, namun atas dasar kasihan, dia biarkan sahaja, Aku menahan kesakitan itu.

" Danish, Danish baliklah dulu. Pak Azli dah tunggu kat bawah tu. Sekarang, biar Mak Uda yang jaga Syaza ya." Dia mengucap lembut wajahku. Danish akur akan kehendak Mak Uda. Keletihan terpancar dari wajahnya.
" Syaza, nanti saya datang balik ek," ujar Danish. Aku hanya membisukan diri. Cik Yana dibantu oleh Mak Uda, mengangkatku kembali ke atas katil. Ucapan terima kasih kutujukan kepada mereka berdua.

Dalam perjalanan ke arah Pak Azli, Syifa, adikku ternampak Danish.
" Abang Danish! Abang Danish!" Syifa memanggil. Danish menoleh ke arah datangnya suara itu.
" Syifa." Danish kehairanan.

Mengapakah Danish hairan akan kehadiran Syifa?
Untuk mengetahuinya, ikuti cerita Diari Saksi Coretan seterusnya. Teruskan membaca! Ganbatte kudasai! =)

Bersambung...

Thursday, March 18, 2010

Diari Saksi Coretan 15

" Mak Uda, Mak Uda baliklah dulu ya. Danish dah suruh Pak Azli ambil Mak Uda. Mak Uda mesti penatkan. Mak Uda jangan risaukan Syaza. Syaza, biar Danish yang jaga," kata Danish. Mak Uda cuba mengingkarinya kerana dia benar-benar risaukan Syaza. Namun, akhirnya dia akur selepas Danish betul-betul meyakinkannya.

" Mak Uda, macam mana keadaan Syaza?" Soal Pak Azli yang turut risau akan keadaanku. Sekali lagi, air mata Mak Uda mengalir.

" Azli, doktor masih cek keadaan dia. Syaza tu selama ni dia tahan segala kesakitan yang dia hadapi. Aku kasihan tengok dia macam tu." Mak Uda cuba meluahkan perasaan simpati dan isi hatinya kepada Pak Azli yang lebih muda daripadanya.

" Mak Uda, sabar la ek. Kita doa pada Allah, supaya Syaza sihat kembali. Mudah-mudahan dia cepat sembuh. Ya, Mak Uda." Pak Azli cuba memujuk. Mak Uda mengangguk tanda setuju akan kalam Pak Azli.

Setibanya di rumah, Datuk Rizal dan Datin Iza menanyakan keadaanku. " Mak Uda, macam mana dengan Syaza? Doktor ada cakap apa-apa tak?" tanya Datin Iza.
" Datuk, datin, doktor masih belum dapat keputusan. Mungkin esok. Mak Uda masuk bilik dulu ya," balas Mak Uda.
Langkah Mak Uda terhenti. " Mak Uda, mana Danish?" tegasnya. Mak Uda mengatur kata-kata. " Danish kata, dia nak jaga Syaza malam ni." Mak Uda terus meninggalkan Datuk Rizal dan Datin Iza.

" Ish. Budak sorang ni, tak sedar dek untung! Ni la kamu, bang asyik manjakan dia je," geram Datin Iza.
" Eh, kamu ni. Salahkan saya pula. Bukankah kamu yang selalu manjakan dia? Kamu yang tak benarkan anak kamu tu, Danish nak bersama dengan Syaza. Hmm... Saya nak tidur dulu," ujar Datuk Rizal.
Perasaan tidak senang akan kata-kata suaminya tadi terlihat nyata pada mukanya. " Syaza. Kau ni leceh betul. Kau suka sakitkan hati aku ni." Datin Iza mengomel sendiri.

Jam dinding menunjukkan pukul 6.30 pagi. Aku kembali sedar dari lenaku seperti biasa. Pada waktu inilah aku manda, membersihkan diri untuk bertemu pada Sang Pencipta. Rasa diri ini begitu kerdil dan hina. Aku bangkitkan tubuh badanku dari katil.
" Aduh! Ya Allah, sakit!" Jeritan kecilku menyebabkan Danish tersedar dari tidurnya.

Apakah yang akan dilakukan oleh Danish?
Untuk mengetahuinya, ikuti cerita Diari Saksi Coretan seterusnya. Teruskan membaca! Ganbatte kudasai! =)

Bersambung...

Tuesday, March 16, 2010

Diari Saksi Coretan 14

Aku pulang ke bilik dengan rasa yang amat lemah. Kurasakan tubuh badanku sudah tidak berdaya untuk mengorak langkah, namun kutabahkan jua. Sakit tubuh badanku kini amat menyegat hingga ke kolong hatiku. Pedih.

Aku membuka tombol pitu bilikku. Rasanya sudah tidak ada daya dan upayaku lagi untuk berdiri. Aku rebah di lantai bilikku. Sekelilingku terasa hitam. Aku penat. Kini, aku hanyut dengan kekuatan diriku sendiri. Aku tak berdaya.

..............................................................................

" Syaza! Syaza! Kenapa ni? Bangunlah." Mak Uda teresak-esak menangis melihat tubuh badanku longlai di lantai bilikku.
" Danish! Danish!" Mak Uda segera memanggil Danish.
Jeritan Mak Uda memeranjatkan seisi rumah itu. Mak Uda menatap tepat ke mata Danish.
" Danis. Syaza..." Kata-katanya terputus di situ. Dia tidak dapat meneruskannya kerana tangisannya tidak berhenti-henti dari tadi.

Danish segera ke bilikku untuk melihat keadaanku.
" Syaza!" Teriakan Danish amat kuat. Datuk Rizal dan Datin Iza turun ke bilikku.
" Mak Uda, panggil ambulans." Danish menyuruh. Datuk Rizal dan Datin Iza turut cemas melihat keadaanku yang pucat lesi seperti mayat.

3 jam kemudian...

Hospital Sultanah Aminah tempatku dirawat. Aku mulai sedar, namun aku masih lemah. Pertama sekali, aku melihat Mak Uda yang berada di sisiku. Tuam Muda Danish juga dapat kulihat di sofa yang terletak di penjuru bilik wad.
" Syaza. Syaza dah sedar, alhamdulillah." Mak Uda cuba berbicara walaupun air matanya masih mengalir. Danish segera menuju ke arahku. Dia menatap mataku. Air matanya tiba-tiba bergenang.

Aku memandang Mak Uda. Bibir menguntum senyuman.
" Mak Uda, janganlah nangis. Syaza ok. Syaza kat mana ni, Mak Uda?" Aku mengumpul tenaga zahir dan batin untuk cuba berbicara. Suaraku agak lemah.
" Syaza, Syaza kat hospital. Hospital Sultanah Aminah. Danish... Danish yang bawa Syaza pergi sini." Esakannya kudengari.

' Hospital Sultanah Aminah? Ibu dan adik-adikku tak perlu tahu kehadiranku di hospital ini. Aku tidak mahu menyusahkan hidup mereka. Kalau mereka tahu, mesti mereka risau akan keadaanku.' Aku bermonolog. Aku penat memikirkan semua ini. Aku terlena lagi.

Adakah keluarga Syaza akan mengetahui kehadirannya di situ?
Untuk mengetahuinya, ikuti cerita Diari Saksi Coretan seterusnya. Teruskan membaca! Ganbatte kudasai! =)

Bersambung...

Monday, March 15, 2010

Diari Saksi Coretan 13

Aku segera mengangkat dua buah beg pakaian. Aku menuju ke pintu utama, namun dihalang oleh Tuan Muda Danish.
" Syaza, apa yang Syaza maksudkan dengan kata-kata Syaza hari tu? Danish tak faham. Danish tak lena tidur sepanjang seminggu ni, memikirkan maksud Syaza. Syaza berkorban untuk Danish?" Pelbagai soalan yang dilontarkan. Aku menggenggam erat beg pakaian itu.

" Satu hari nanti, Danish akan faham juga." Aku merenung tepat ke retinanya. Tiba-tiba pintu dibuka. " Danish! Masuk." Nada suara Datin Iza agak lantang. Aku menarik masuk beg-beg pakaian tersebut ke dalam rumah dan membawanya ke ruang rehat. Beg demi beg, plastik demi plastik kuangkat dan kubawa ke ruang rehat di tingkat tiga itu. Lenguh badanku. Tercungap-cungap aku dibuatnya. Penat.

Wap-wap air peluh mula membasahi tudungku. Aku menarik nafas panjang untuk mengatur kembali sistem pernafasanku.

................................................................................

" Astaghfirullah. Penatnya, ya Allah." Aku mengadu kepada Sang Pencipta. Tok! Tok! Tok!
" Masuk." Kelihatan Mak Uda berdiri di ambang pintu.
" Syaza ok? Mak Uda minta maaf ek, sebab tak dapat tolong Syaza angkat barang-barang tadi tu." Rasa kesal terpancar di wajahnya.
" Tak apa lah, Mak Uda. Dah memang kerja Syaza. Syaza tak kisah pun." Aku cuba menguatkan zahirku.

" Syaza tak sihat ke? Nampak pucat saja ni." Mak Uda meletakkan tangannya ke dahi dan mukaku. " Syaza demam ni," sambungnya. Aku hanya mampu menghadiahkan senyuman. " Mak Uda jangan risau ek. Demam sekejap je ni. Nanti lepas Maghrib, baiklah tu." Aku cuba menenangkan hati Mak Uda. Mak Uda mengusap kepalaku.

Malam ini, aku dan Mak Uda menunaikan solat Maghrib secara berjemaah. Aku merasakan badanku semakin panas. Lemah. Letih. Itu yang dapat kurasakan. Mak Uda menyuruhku supaya berehat sebentar. Kali ini, aku akur akan kata-katanya.

Apabila aku baru sahaj ingin meletakkan kepalaku ke bantal, aku dipanggil oleh Datin Iza.
" Syaza, biar Mak Uda yang pergi," ujar Mak Uda ketika aku melalui biliknya.
" Mak Uda, tak perlu. Syaza masih boleh tahan lagi ni," balasku sambil melemparkan sejuring senyuman.
Mak Uda menggelengkan kepalanya setelah melihat kedegilanku. Dia mengusap kepalaku yang ditutupi oleh tudung.

Aku segera berjumpa dengan Datin Iza di sebuah bilik kecil di rumah mewah itu.
" Ya, datin." Aku cuba untuk bersuara walaupun badanku terasa lemah.

Mengapakah Datin Iza memanggil Syaza?
Untuk mengetahuinya, ikuti cerita Diari Saksi Coretan seterusnya. Teruskan membaca! Ganbatte kudasai! =)

Bersambung...

Sunday, March 14, 2010

Diari Saksi Coretan 12

Selepas hari itu, aku langsung tidak berkata apa-apa kepadanya. Kadang-kala, dia cuba ingin mengupas maksud di sebalik kata-kataku itu. Namun, aku hanya berdiam dan menjauhkan diri daripadanya. Aku akan cuba mengelak daripada berjumpa dengannya.

Sudah 3 hari berturut-turut Cik Wani bertandang ke rumah Datuk Rizal. Entah apa tujuannya, tidak kuketahui dan aku tidak mahu mengetahui. Sekali-sekala, Mak Uda akan menceritakan perkembangan di rumah ini. Aku hanya mendengar, namun tidak kuhayati.

Perubahan di dalam diriku amat ketara. Mak Uda amat menyedarinya, namun dia memahami situasiku. Dia sentiasa memberi semangat dan kekuatan kepadaku. Aku menjadi seorang yang pendiam. Kini, aku terkurung sepi dalam kotak sendiri. Sepanjang seminggu ini, aku sentiasa menjenguk ibu dan adik-adikku di hospital.

Aku terpaksa berpura-pura, menipu diri sendiri dan juga keluarga. ' Ya Allah, sungguh berdosa diriku ini.' Kuukir senyuman, kulontar ketawa, kuceritakan jenaka. Semua itu kulakukan untuk menyembunyikan penderitaanku yang sebenar.

Hari ini, Datuk Rizal dan Datin Iza pulang ke rumah mewahnya. Cik Wani turut menunggu ketibaan mereka di sofa ruang tamu ditemani oleh Danish. Aku dan Mak Uda juga menunggu kepulangan Datuk Rizal dan Datin Iza.

Deruman kereta dapat kudengar, lalu aku dan Mak Uda membuka daun pintu utama rumah yang bertingkat tiga itu. Kelihatan Datuk Rizal dan Datin Iza keluar dari kereta Mercedesnya. Aku merapati Datin Iza. " Assalamualaikum, datin. Boleh saya tolong?" Ucapan salam kuberi, tangan kuutuskan untuk meminta izin membawa barang-barangan mereka.

" Nah, ambil ni! Bawa barang-barang ni semua naik atas, tempat ruang rehat. Faham?! Mak Uda, tolong buatkan air untuk saya dan datuk." Aku mengangguk tanda akur akan suruhannya. Siapalah aku untuk melawannya. Aku hanya seorang pembantu di rumah ini. " Menyampah aku tengok muka kau ni, tau tak? Hilang mood aku!" Bisikannya bagai menikam lubuk hatiku. Aku tunduk, berdiam diri, Tiada kata yang dapat kulemparkan kembali.

" Datin, saya tolong angkat barang-barang ni dulu ya." Mak Uda cuba membantuku untuk mengangkat barang-barangan yang dibeli olehnya. " Eh, Mak Uda! Tak payah. Biar saja dia angkat barang tu sendiri. Diakan kuat." Datin Iza melarang. Kerisauan terlihat nyata pada muka Mak Uda. Aku mengukir senyuman derita supaya dapat menenangkan hatinya.

Danish merenung tepat ke wajahku. " Danish, jom sayang." Cim Wani berjaya mematahkan renungan itu. Namun, kini dia berani untuk bertindak setelah lama berdiam diri. " Wani masuk dulu. Danish nak jumpa Syaza sekejap." Dia menolak ajakan Cik Wani. Cik Wani agak terperanjat akan kelakuannya, tetapi dia akur.

Mengapakah Tuan Muda Danish ingin berjumpa dengan Syaza untuk kali ini?
Untuk mengetahuinya, ikuti cerita Diari Saksi Coretan seterusnya. Teruskan membaca! Ganbatte kudasai! =)

Bersambung...

Saturday, March 13, 2010

Diari Saksi Coretan 11

Aku berlari sekuat hati. Meninggalkan dia di Pondok Cinta seorang diri. Aku mencari Mak Uda lalu kupeluk Mak Uda seerat-eratnya. Mak Uda hairan akan perlakuanku itu, namun dia cuba memahaminya.
" Mak Uda..." Kata-kata terhenti di situ. Bergenang air mataku. Aku tahan ia daripada mengalir. " Mak Uda, Syaza masuk bilik dulu." Aku terus menuju ke bilikku, sebelum mendapat respons daripada Mak Uda.

Kukunci tombol pintu. " Argh! Ya Allah, kenapa Kau uji aku sebegini? Aku sudah tidak kuat lagi, Ya Allah." Aku melepaskan perasaanku yang terpendam. Angin pengap berat meruntun jiwa.

Aku ambil diari, kubuka lembaran baru, aku cuba meluahkan segalanya yang tersirat di kolong hati yang menjadi kolam derita. Tulisanku merintih mementaskan derita.

" Syaza, walau Wani muncul dalam hidup Danish, tetapi Syaza tetap yang pertama. Danish kan pernah berjanji dengan Syaza, tak kan Syaza dah lupa? Syaza, saya sekarang sedang berlakon dengan hidup saya sendiri. Awak tahu tak? Terselit di dalam hati saya ini, penderitaan yang cukup perit sekali. Pernah tak awak cuba selami semua ini? Kenapa awak buat saya macam ni? Apa yang awak nak buktikan pada saya selama ni? Awak tau tak, bila saya nampak awak, hati saya ni pedih, sakit! Saya nampak, awak tak pernah hiraukan saya. Mana hilangnya kasih awak pada saya?!" Fikiranku memutarkan ingatann akan kata-kata yang dilontarkan oleh Danish tadi. Dia memuntahkan isi yang sendat di jiwanya selama ini.

Jantungku seperti terhenti berdetak. Kesedihan, kekecewaan terlihat nyata pada mukanya. Aku cuba menahan air mataku daripada mengalir. " Danish, saya datang sini untuk bekerja. Saya nak cari duit untuk ibu dan adik-adik saya. Tolong faham keadaan saya." Aku cuba untuk berbicara.

" Syaza, Danish tahu mama tak restui kita bersama. Tapi, tak kan awak nak give up macam tu sahaja?! Syaza, awak sekarang dah berubah! Awak bukan Syaza yang saya kenal. Syaza yang saya kenali dulu ialah Syaza yang sanggup berkorban demi orang yang dia sayang. Tapi sekarang, Syaza yang saya nampak ialah Syaza yang cuba melarikan diri dari semua tu. Kenapa? Kenapa, Syaza?"

Aku menelan kata-katanya sebutir demi sebutir walaupun pedih. Aku cuba tabahkan diri untuk menjawab semua persoalan yang timbul di kotak mindanya.

" Danish, Syaza berkorban demi keluarga Syaza. Dia orang yang Syaza sayang. Sekarang ni, Syaza pun berkorban untuk Danish. Berkorban jiwa dan raga." Aku tunduk, lalu meninggalkannya dengan 1001 persoalan.


Apakah yang berlaku antara Tuan Muda Danish dan Syaza selepas kejadian itu?
Untuk mengetahuinya, ikuti cerita Diari Saksi Coretan seterusnya. Teruskan membaca! Ganbatte kudasai! =)

Bersambung...

Friday, March 12, 2010

Diari Saksi Coretan 10

Tok! Tok! Tok! Pintu bilik Tuan Muda Danish diketuk. " Masuk," suara Tuan Muda Danish kedengaran. " Danish, ni air yang Danish minta." Tuan Muda Danish agak terkejut akan kehadiran Mak Uda yang menghantar air minuman yang dipesan kepada Syaza.

"Kenapa Ma Uda yang hantar? Mana Syaza?" Dia menyusun kalam. " Maaf, Danish. Syaza ada kerja nak buat kat bawah tu." Mak Uda cuba mencari alasan. " Mak Uda, cuba cakap betul-betul." Dia inginkan kepastian. " Nia airnya. Mak Uda pergi dulu." Mak Uda pantas mengatur langkah ke bawah untuk mencariku. Dia meninggalkan Danish 1001 persoalan. Tuan Muda Danish hanya berdiam diri.

Sunyi.

" Syaza, walau sejauh mana kita dipisahkan, seberat mana dugaan yang menimpa diriku, hanya kau satu yang tersemat disanubariku. Tidak akan ada pengganti dalam hidupku. Ini janjiku padamu. Sebenar-benar janji."
Aku mengimbas kembali kalam jejaki yang pernah kusayangi. Hatiku berbunga harap, walaupun kutahu dia tidak akan jadi milikku lagi. " Astaghfirullah, Syaza. Apa yang kau fikirkan ni. Lupakan dia!' Hatiku berbicara.

" Syaza." Lamunanku padam. Aku menoleh ke belakang. Aku dapat melihat Mak Uda. Wajahnya seperti rasa bersalah. " Mak Uda, kenapa?" Sejurus aku mengutarakan soalan itu, sekujur tubuh keluar dari belakang Mak Uda. Aku nampak kehadirannya kerana dihalangi oleh dinding. Terbeliak mataku melihat kehadirannya.

" Syaza, boleh saya cakap dengan awak sekejap?" Wajah Tuan Muda Danish agak ragu-ragu mengeluarkan soalan. Aku memandang Mak Uda. Mak Uda mengangguk seperti dia faham akan pandangan mataku. " Hmm." Aku tunduk memberi jawapan yang tidak pasti.

Tuan Muda Danish membawaku ke taman di belakang rumah mewahnya. Taman yang berlantaikan rumput hijau, berbumbungkan langit biru, diserikan lagi dengan bunga-bungaan yang segar dan berwarna-warni. Kami duduk di sebuah pondok yang dikenali sebagai Pondok Cinta. Kenapa Pondok Cinta? Kerana di situlah cinta disemaikan antara Datuk Rizal dan Datin Iza. Maklumat ini aku ketahui daripada Mak Uda.

" Syaza sihat?" Suara Tuan Muda Danish menghapuskan imaginasiku. " Alhamdulillah, saya sihat, tuan muda," jawabku. Tuan Muda Danish memulakan kalam. " Syaza..."

Apakah yang ingin dikatakan oleh Tuan Muda Danish kepada Syaza?
Untuk mengetahuinya, ikuti cerita Diari Saksi Coretan seterusnya. Teruskan membaca! Ganbatte kudasai! =)

Bersambung...

Thursday, March 11, 2010

Diari Saksi Coretan 9

Cahaya matahari pagi menerangi setiap bucu di kamarku. Hari ini, Datuk Rizal dan Datin Iza tidak ada di rumah atas sebab urusan pejabat. Menurut kata Mak Uda, mereka pergi outstation sambil melancong. Aku kurang pasti tentang itu. Kini, hanya Tuan Muda Danish yang tinggal di rumah.

Seperti hari-hari sebelumnya, aku membersihkan rumah mewah ini. Cuma hari ini, aku rasa kerjaku lebih mudah dengan ketiadaan Datin Iza di rumah. Aku tidak perlu bergegas untuk menyiapkan kerja-kerja rumah. Kerja yang aku perlu lakukan juga tidak banyak seperti biasa. Tapi, ia hanya mampu bertahan dalam masa seminggu sahaja kerana Datin Iza akan pulang setelah seminggu.

Ketika aku sedang khusyuk mengelap barang-barang perhiasan Datin Iza, tiba-tiba seseorang berdiri di sebelahku. Aku memandang tepat ke wajahnya. Aku terkejut. ' Apa dia buat kat sini?' Bertubi-tubi soalan menghenyak mindaku. " Tuan Muda? Apa tuan muda buat kat sini?" Aku cuba menanya. " Boleh saya tolong?" Aku tertegun akan jawapan yang diberikan.

" Eh, tak payah tuan muda. Saya boleh buat sendiri. Tempat tuan muda bukan kat sini. Tuan muda tak perlu buat kerja-kerja macam ni." Aku menyusun ayat lalu melontarkannya dengan lembut.
" Saya bosan duduk terperap dalam bilik sorang-sorang. Izinkan saya tolong awak." Dia merayu.
' Macam mana ni?' Aku cuba berfikir. Namun, tidak kutemu jawapannya. " Hmm... Baiklah, tuan muda. Tapi untuk kali ini sahaja." Aku akur akan permintaannya.

Aku pergi ke dapur untuk mengambil kain lap untuk Tuan Muda Danish. Semasa kami sedang mengelap barang-barang tersebut, Tuan Muda Danish cuba memulakan perbualan. " Syaza macam mana kerja kat sini? Ok?" Tanpa memandangnya, aku menjawab. " Alhamdulillah, tuan muda. Semuanya ok."
" Syaza, kamu tak perlu panggil saya tuan muda." Mulutnya berbicara, matanya tepat memandangku. " Tak boleh, tuan muda. Saya kena akur dengan permintaan Datin Iza." Aku tunduk. Dia hanya mampu berdiam diri.

Aku cuba menyegerakan kerja-kerjaku supaya aku tak perlu bersemuka dengannya. Setelah siap kerjaku, aku bingkas dari lantai yang beralaskan permaidani empuk. Kira-kira tiga langkah aku meninggalkan dia, aku berhenti.
" Syaza," Tuan Muda Danish memanggil. Dia menganyam senyuman di wajahnya.
" Ya, tuan muda. Ada apa?" soalku.
Aku tidak hairan dia memanggilku kerana aku meninggalkan dia seorang diri begitu sahaja sejurus menyiapkan kerjaku.

" Ada apa-apa lagi yang boleh saya tolong?" Dia menyoal. Dengan kadar segera aku menjawab. " Tak ada, tuan muda. Tuan muda rehatlah ek," balasku.
' Nak tolong sangat ek. Tolong jangan ikut aku boleh tak? Ish!' Aku bermonolog.

" Oh, ok kalau macam tu. Seronok dapat lap barang-barang ni dengan awak. And one more thing, tolong hantarkan jus epal kat bilik saya ek." Dia mengarahkan aku. Aku angguk tanda akur akan permintaannya. " Tuan muda, terma kasih sebab tolong saya ek," ujarku, lalu ke ruang dapur.

Aku menerjah masuk ke ruang dapur, mencari jus epal yang berada di dalam peti sejuk. Aku tuangkan ke sebiji gelas yang bercorak bunga di sekelilingnya. Daripada tadi aku tidak nampak kelibat Mak Uda. Aku mencari di biliknya. ' Alhamdulillah, jumpa pun.' Kolong hatiku berbicara.

Mengapakah Syaza mencari Mak Uda?
Untuk mengetahuinya, ikuti cerita Diari Saksi Coretan seterusnya. Teruskan membaca! Ganbatte kudasai! =)

Bersambung...

Wednesday, March 10, 2010

Diari Saksi Coretan 8

Lantas, aku berlari-lari anak masuk ke bilikku. Aku membersihkan diri. " Syaza! Syaza! " Datin Iza memanggil. Belum sempat aku melabuhkan punggungku ke katil, aku terus pergi untuk bersua dengan Datin Iza.

..............................................................................

Aku kembali ke bilik. Aku membuka diariku. Aku mula menulis huruf demi huruf. Kini kesakitan di badanku semakin menusuk ke kalbu. Aku menerjah ke luar jendela bilik. Tanpa disedari, air mataku jatuh beberapa titis ke lampiran diari. Angin sepoi-sepoi bahasa menyentuh lembut ke pipiku.

" Walau dalam apa cara sekali pun, mama akan halang kamu dari bersama. Faham?!" Fikiranku memutarkan ingatan. Setiap kata-kata yang dilemparkan, aku tanam di dalam kolong hatiku.

Aku terpandang sepucuk surat yang kuselitkan di dalam diari beberapa bulan yang lalu. Aku membuka kembali sampul surat itu, menatap isi yang tertulis di atas ehelai kertas. Kubaca semula, meneliti kembali maksud disebalik kata, mengenag serta mengimbas kembali kenangan dahulu kala.

Syaza...
Jika kau jadi bulan,
Aku jadi bintangnya,
Jika kau jadi matahari,
Akan kujadi cahayanya.
Jika kau jadi laut,
Aku jadi pantainya,
Jika kau jadi bunga,
Akan kujadi kumbangnya.

Walau badai melanda,
Walau tsunami menenggelamkan kita,
Tiada siapa yang dapat memisahkan cintaku pada sang bunga,
Hanya kematian dan takdirNya yang dapat menjauhkan kita berdua.

Akan kukuburkan cintaku padamu di nubariku,
Tiada siapa yang dapat merobeknya.

Ditaman khayalan tempat kita bertemu,
Di situ juga saksi cintaku padamu,
Akan kugapai cintamu hingga ke akhir waktu.

Itu janjiku!



' Ah, semuanya hanya tinggal kenangan sahaja! Ya Allah, Kau temukanlah aku seorang lelaki yang sentiasa menggapai kasihMu.' Aku bermonolog. Kulipatkan kembali surat itu. Menutup diari. Aku melelapkan mataku dengan izinNya.

Adakah Syaza berjaya bertemu dengan lelaki idamannya?
Untuk mengetahuinya, ikuti cerita Diari Saksi Coretan seterusnya. Teruskan membaca! Ganbatte kudasai! =)

Bersambung...

Tuesday, March 9, 2010

Diari Saksi Coretan 7

' Astaghfirullah. Penat. ' Nafasku agak sesak. Titik-titik peluh mula membasahi wajahku. Aku lapkannya dengan tapak tanganku. Aku cuba mencari kelibat Tuan Muda Danish dan Cik Wani, namun tidak kelihatan. " Syaza." Tersentak aku dibuatnya. Suara seorang lelaki kudengar dari arah belakang. " Tuan Muda, Cik Wani. Maaf saya lambat," ujarku. Cik Wani mengukir senyuman. Dapat kurasakan kegembiraannya. " Eh, kamu tak lambat pun," kata Cik Wani. Aku melemparkan senyuman.

" Mana driver kamu ni, sayang? " Terbelalak mataku mendengar perkataan ' sayang ' itu terkeluar dari mulut Cik Wani. Geli-geleman aku mendengarnya. Pertanyaan Cik Wani tidak dijawab. Tuan Muda Danish hanya mendiamkan diri.

" Ish! Awak ni kenapa?" Cik Wani mengeluh. " Hei, nama awak siapa?" Aku melihat Cik Wani yang menyoalku. Entah demam apa yang melanda dirinya sehingga dia ingin mengenali diriku. " Syaza, cik." Aku menjawab. " Owh, Syaza. Syaza, kamu pernah ada boyfriend?" sambungnya lagi. Aku agak terkejut akan pertanyaan yang diajukan." Em... Tak pernah, cik," jawabku.

Jasad Tuan Muda Danish masih kaku menunggu Pak Azli. " Huh. Memang patut pun. Siapalah nak dengan kamu ni. Sebab kamu tu hanya orang gaji saja." Tertegun aku atas kata-kata yang dilemparkan.
Alhamdulillah. Pak Azli tiba tepat pada waktunya. Aku bersyukur kerana aku tidak perlu menjawab sebarang soalan darinya lagi buat masa ini.

Pak Azli menghantar Cik Wani pulang ke rumahnya terlebih dahulu atas permintaan Tuan Muda Danish.

Sesampainya di rumah Tuan Muda Danish, aku terus bergegas untuk membantu Mak Uda menyiapkan kerja-kerja rumah yang masih tertangguh, Namun begitu, langkahku terhenti.

" Syaza," Tuan Muda memanggil, " Ya, Tuan Muda," sahutku. " Kamu pergi mana tadi?" soalnya. Aku melihat ke lantai yang beralaskan mozek. Dia mengulangi soalannya. Aku teragak-agak untuk menjawab. " Syaza pergi jumpa ibu dan adik-adik saya, tuan muda. Maafkan saya. Sudah 2 bulan saya tak menjenguk mereka." Aku perlahankan suara supaya tidak didengari oleh Datin Iza.
" Ibu dan adik-adik sihat?" Sayu suaranya. " Alhamdulillah sihat, tuan muda. Maaf, tuan muda. Saya masuk dulu." Aku terus membuka daun pintu.

Datin Iza sedang berdiri di belakang pintu. Dia memeluk tubuh. Kelihatan wajahnya seperti ingin menelanku. Aku tertegun seketika, lalu menundukkan pandanganku.
" Assalamualaikum, datin." Bergetar ucapan salam yang kulontarkan padanya. Dia merenung tepat ke wajahku.


Adakah Datin Iza akan memarahi Syaza?
Untuk mengetahuinya, ikuti cerita Diari Saksi Coretan seterusnya. Teruskan membaca! Ganbatte kudasai! =)

Bersambung...

Monday, March 8, 2010

Diari Saksi Coretan 6

Huh... Baki nafas kulepaskan. " Alhamdulillah, sampai juga akhirnya." Ucapan syukur kupanjatkan. Aku terus ke tingkat 5 di Hospital Sultanah Aminah. Aku pergi ke wad ibuku. Ibu dan adik-adik dapat kulihat dari kaca pintu.
" Assalamualaikum," sapaku. Semua memandang tepat ke wajahku. Mereka agak terkejut akan kehadiranku.

Adik-adik terus merangkul tubuhku. " Kak Syaza!" Pelukan demi pelukan kuterima oleh 3 orang adikku. Kegembiraan terpancar di wajah mereka. Setitis air mata jatuh ke dasar pipi ibu dapat kulihat. Aku menuju ke arahnya setelah semua pelukan daripada adik-adikku dilepaskan.
" Waalaikumussalam, Syaza." Suara ibuku langsung mengubati seluruh rasa rinduku padanya. Aku memeluk erat tubuh ibuku seperti tidak mahu kulepaskan lagi. Kuusap lembut titisan air mata itu. Ibu menatap tepat ke retinaku.

" Syaza sihat? Kenapa mata ni nampak sembam je? Penat?" Ibu berkata sambil mengusapu mataku. " Ibu, alhamdulillah Syaza sihat. Ibu janganlah risau. Penat? Tak adalah. Syaza terlalu rindukan ibu dan adik-adik, sebab tu macam ni," balasku. Aku terpaksa mengukir senyuman yang menyimpan 1001 rahsia.

Setelah 2 jam aku melepaskan rinduku, aku meminta izin untuk pulang. Barat rasa hatiku untuk meninggalkan mereka. 2 jam itu amat bermakna bagiku. Suka duka dikongsi bersama. Aku hanya mendengar celoteh adik-adikku. Kadang-kala, gelak ketawa memecahkan suasana sepi di hospital itu. Aku juga turut berkongsi kisah tentang Mak Uda yang sudah kuanggap seperti ibu keduaku.

" Ok lah, bu. Syaza balik dulu. Nanti kalau ada masa lagi, Syaza jenguk ibu ek." Aku cuba menyedapkan hati ibu serta adik-adikku.
" Ha? Cepatnya," adikku, Syifa mengeluh. Walau bagaimanapun, dia terus memeluk tubuhku. Suasana sayu menyelubungi wad sakit ibuku. Akhir sekali, aku memeluk seerat-eratnya tubuh ibuku. Begitu juga dengan ibuku. Mataku terbeliak menahan kesakitan. Bibir kuketap. Sakit!

" Ibu kuatkan semangat ek," bisikku ke telinga ibu. Ibu menangis di dalam pelukanku itu. Aku tidak sanggup lagi melihat ibu menderita. " Ibu, Syaza pergi dulu." Aku mencium kedua-dua belah pipi ibu diikuti dahinya. Bergenang air mataku. Aku menahan supaya air mataku tidak jatuh di hadapan ibu dan adik-beradikku.

Aku segera keluar dari wad ibu. Air mata kulap. Pandanganku semakin kabur diliputi air mata yang kutahan. Lambaian terakhir dapat kulihat. Lantas, aku berlari untuk pulang ke pasar raya tadi. Sekali-sekala aku memperlahan larianku. Mengumpul tenaga untuk terus berlari.

Adakah Syaza akan sampai ke pasar raya tersebut pada waktu yang tepat?
Untuk mengetahuinya, ikuti cerita Diari Saksi Coretan seterusnya. Teruskan membaca! Ganbatte kudasai! =)

Bersambung...

Sunday, March 7, 2010

Diari Saksi Coretan 5

Sudah 5 bulan aku bekerja di rumah mewah ini. Hari ini aku diyugaskan oleh Datuk Rizal untuk menemani Tuan Muda Danish dan Cik Wani bersiar-siar ke kota raya. Ini adalah pertama kali aku menjejakkan kaki ke kota setelah 5 bulan bekerja sebagai pembantu rumah Datuk Rizal dan Datin Iza.

' Mungkin inilah masanya untuk aku melepaskan rinduku kepada ibu dan adik-adikku. Dah alang-alang aku berada di kota.' Mindaku mula mengeluarkan idea. Tapi, bagaimana aku nak beritahu pada Tuan Muda Danish dan Cik Wani. Adakah aku akan dibuang kerja jika diketahui oleh Datin Iza? Mungkin Cik Wani akan berasa gembira dengan keputusanku kerana mereka dapat keluar berdua tanpa diganggu dengan kehadiranku.

Setelah tiba di kota, Pak Azli selaku pemandu Datuk Rizal dan Datin Iza menurunkan kami di sebuah pasar raya yang sangat popular di negeri Johor ini. Datin Iza memang sudah merancang semua ini. Kami semua akur akan rancangannya.

Aku menumpulkan tenaga zahir dan batinku untuk memberitahu apa yang aku fikirkan tadi. Bismillah. Aku cuba untuk bersuara.

" Tuan muda, Cik Wani. Saya tinggalkan tuan muda dan Cik Wani di sini ya." Kelihatan Cik Wani memberikan senyuman manis. Dapat kubaca apa yang tersirat di kolong hatinya. Inilah masa yang ditunggu-tunggu olehnya. Berdua-duaan bersama jejaka idamannya, Tuan Muda Danish.

" Boleh say tahu kamu nak ke mana?" Suara Tuan Muda Danish tiba-tiba menerjah ke cuping telingaku. " Saya... Saya..." Belum sempat aku menghabiskan ayatku, Cik Wani terus mencelah. " Alah, biarlah dia pergi." Tuan Muda Danish merenung tepat ke mataku. Aku tertunduk. Dia seperti berfikir sebentar. Anggukan kepalanya membikin hatiku amat teruja.

" Terima kasih tuan muda, Cik Wani. Saya pergi dulu." Suaraku kedengaran riang. Langkagku terhenti setelah beberapa langkah aku meninggalkan mereka kerana aku terdengar namaku dipanggil oleh Tuan Muda Danish. " Syaza, hati-hati." Aku senyum lalu tunduk tanda hormat.

Aku bergegas ke hospital. ' Ibu, Syaza datang ni!' Teriak kolam hatiku. Aku berjalan kaki dari pasar raya itu ke hospital, tempat ibuku dirawat. Jaraknya hanya sejauh 3 kilometer. Jauh? Ah, aku sudah biasa. Kadang-kala aku berlari-lari anak supaya aku lebih cepat tiba di hospital. Perasaan rinduku terhadap ibu dan adik-adikku kembali menebal.


Adakah Syaza akan sampai ke hospital dengan selamat?
Untuk mengetahuinya, ikuti cerita Diari Saksi Coretan seterusnya. Teruskan membaca! Ganbatte kudasai! =)

Bersambung...

Saturday, March 6, 2010

Diari Saksi Coretan 4

" Syaza, maafkan Mak Uda. Mak Uda yang salah. Mak Uda terlupa nak bubuh gula dalam air fresh orange tu. Mak Uda yang salah, tapi Syaza yang kena marah. Maafkan Mak Uda, Syaza." Air matanya deras mengalir.
" Mak Uda, Mak Uda tak salah apa-apa pun pada Syaza. Syaza yang terhutang budi dengan Mak Uda. Mak Uda jaga Syaza dekat sini. Alah, Mak Uda perkara kecil je," sebak dadaku. Aku mengusap derasan air matanya. Aku menatap ke dalam matanya. Dia meragut tubuhku dan aku lemas salam dakapannya.

" Terima kasih, Syaza.Mak Uda dah anggap Syaza macam anak Mak Uda sendiri," bisiknya di corong telingaku. " Terima kasih, Mak Uda." Aku tidak dapat menahan perasaan sebak, lalu aku juga turut mengalirkan air mataku. Secebis rinduku kepada ibu dapat kuubati.

Hari semakin malam, aku masih tidak dapat melelapkan mataku. Rinduku terhadap ibu semakin meluap-luap. Terlalu rindu! Aku bertekad untuk mengirim sepucuk surat kepadanya. Aku mengambil sekeping kertas kosong di laci mejaku. Otak dan penaku mula bekerja.

Assalamualaikum, ibuku tersayang. :)

Apa khabar, ibu? Syaza harap ibu sentiasa dalam keadaan yang sihat hendaknya. Ibu, Syaza amat merinduimu. Belaian ibu. Gelak tawa ibu. Walaupun Syaza tahu, adik yang bacakan surat ini kepada ibu, tetapi Syaza cukup gembira kerana ibu mendengar luahan isi hati Syaza. Alhamdulillah. Syaza sentiasa doakan ibu supaya cepat sembuh. Adik, jaga ibu baik-baik tau. Kalau tak... Hehehe :)

Ibuku tercinta,

Ibu jangan risaukan Syaza. Syaza gembira berada di rumah Datuk Rizal dan Datin Iza. Mereka amat baik terhadap Syaza. Syaza di sini, alhamdulillah sihat wal'afiat. Jangan risau ek! ;)

Ibu, Syaza harap ibu tabah dan sabar menghadapi ujian dariNya. Semakin banyak ujian yang Allah beri, tandanya Allah sayangkan kita. Ibu, Syaza minta maaf dari hujung rambut sampai hujung kaki sebab Syaza dah tak jenguk ibu selama 2 bulan. Maafkan Syaza, bu. InsyaAllah, bila Syaza dapat cuti nanti, Syaza terus jenguk ibu kat hospital ek.

Adik, duit gaji bulan ini akan akak bank-in kan lusa. Ya Allah! Sungguh tdak tergambar perasaan rindu, sayang, dan cinta akak pada ibu dan adik-adik. Akak tulis surat ini pun untuk melepaskan rasa rindu akak yang teramat sangat ni pada ibu dan adik-adik.

Ibu dan adik-adik yang kurindui,

Nampaknya sampai di sini sahajalah. Sayang kamu semua! Kalau ada masa, akak tulis surat lagi ek. InsyaAllah. :)

Wassalam~

Salam sayang,

Syaza :)



Alhamdulillah, dapat juga aku mengubati rinduku yang selebihnya. ' Ya Allah, mudah-mudahan mereka sentiasa berada di dalam naunganMu. Ya Allah, padamkanlah rasa risau dan ragu mereka terhadapku. Janganlah Kau rasakan mereka akan apa yang kurasakan kini.' Setitik demi setitik air mataku jatuh. Penat. Aku terlena.

Sepi.

Adakah Syaza dapat berjumpa dengan ibunya?
Untuk mengetahuinya, ikuti cerita Diari Saksi Coretan seterusnya. Teruskan membaca! Ganbatte kudasai! =)

Bersambung...

Friday, March 5, 2010

Diari Saksi Coretan 3

Aku sudah tidak sanggup melihat ibuku melawan penyakitnya yang semakin menular ke seluruh tubuhnya. Itu ibuku!

Seorang wanita yang melahirkan aku dari rahimnya. Menahan kesakitan selama 9 bulan kerana mengandungkan aku. Membesarkan aku sendirian setelah ayahku bertemu Sang Pencipta sejak aku 5 bulan dalam kandungan.

Kepayahannya tidak dapat aku bandingkan dengan kepayahanku sekarang. Jasanya terlalu bernilai. ' Ya Allah, panjangkan lah usia ibuku. Ibu, Syaza rindukan ibu.' Aku menahan air mataku daripada mengalir. Selama ini, aku hanya memasukkan wang gajiku ke akaun adikku. Sudah 2 bulan aku tidak menjenguk keadaan ibuku di hospital. Rasa berdosa menyelubungi jiwaku.

" Syaza, Datin Iza panggil tu. Syaza tak dengar ke? Cepat, nanti dia marah." Mak Uda menegur. Emosi yang hampir menyelubungi seluruh jasadku dapat kukawal.
" Baik, Mak Uda," ujarku. Aku bergegas ke salah sebuah bilik di tingkat 3, iaitu ke ruang rehat keluarga Datuk Rizal.
" Lembap. Huh. Buatkan saya air fresh orange dua gelas, ok," tegasnya. Aku menuruni anak-anak tangga, lalu memasuki ruang dapur.

" Datin nak apa, Syaza?" Mak Uda kelihatan risau. " Datin nak fresh orange dua gelas," balasku. " Biar Mak Uda yang buatkan. Kamu rehat dulu ek. Kamu dah bersihkan satu rumah ni sorang2 . Kasihan Mak Uda lihat kamu," jelas Mak Uda. " Eh, Mak Uda. Tak apa. Biar Syaza yang buat ek. Syaza dah biasa dengan semua tu." Aku menolak, namun Mak Uda tetap ingin melakukannya. Aku cuma akur. Aku tidak mahu mengecilkan hati wanita yang sudah berumur 50 tahun itu.

" Mama berkenan sangat dengan Wani tu. Dia tu, dah la cantik, ayu, kaya pula tu. Anak Datuk Razak. Danish kenal tak? Mama nak jodohkan Danish dengan dia. Danish setuju tak?" Aku terdengar perbualan Datin Iza dengan anaknya, Danish.

" Mama!" tegas Danish. Aku terus mengetuk pintu ruang rehat itu.
" Datin, ini airnya," kataku. Tuan Muda Danish menatap tepat ke mukaku. Aku berdiri di sisi datin.
" Tui! Air apa ni? Tawar! Tak ada rasa. Nah, minum ni!" Aku dimarahi oleh Datin Iza. Bajuku basah kuyup disirami air fresh orange oleh Datin Iza.
" Mama! Mama tak layak nak jodohkan Danish dengan sesiapa dan ma tak boleh tentukan hidup Danish!" Teriakan Tuan Muda Danish bergema di setiap penjuru ruang rehat itu.

Dum!

Pintu ditutup dengat kuat. Aku hanya tunduk membisu.

Aduh! Sakit sungguh belakang badanku.

" Syaza." Suara Mak Uda kedengaran di muka pintu bilikku.


Apakah tujuan Mak Uda menerjah ke bilik Syaza?
Untuk mengetahuinya, ikuti cerita Diari Saksi Coretan seterusnya. Teruskan membaca! Ganbatte kudasai! =)

Bersambung...

Thursday, March 4, 2010

Diari Saksi Coretan 2

Aku hanya mampu berdiam diri. Lenguh kakiku. Penat! Perasaan itu hanya dapat kupendam di segenap penjuru hatiku. Setelah hampir satu jam aku berdiri di sisi datin, aku diarahkan untuk menemani Cik Wani ke muka pintu bersama Tuan Muda Danish.

Cik Wani telah kutemani. Aku terus berlari menuju ke bilikku tanpa mengendahkan Tuan Muda Danish yang masih berdiri di halaman rumahnya.

Aku kunci pintu bilikku. Minyak urut kugapai. Aku menyapu minyak urut ke tapak kakiku. ' Alhamdulillah, lega! '

Tok3 ! " Syaza, buka pintu ni." Suara Mak Uda kedengaran dari luar pintu. Aku segera membuka pintu & menjemput Mak Uda untuk menerjah ke ruang kamarku. " Syaza, ok?" Aku mengangguk. " Eleh, jalan pun kengkang. Itu Syaza cakap ok?" Aku ketawa kecil Mak Uda mat memahami sikapku yang suka memendam perasaan.

..................................................

Bunyi cengkerik meriuhkan suasana malam. Aman. Sejuk. Itu yang dapat kugambarkan suasana di sekiling rumah ini yang terletak di puncak bukit. Jauh dari keriuhan kota. Beberapa uah rumah juga turut dibina di kawasan ini.

Ilusi menyelongkar ruang minda. " Kamu tak setaraf dengan kami. Kamu miskin! Apa yang kamu tahu? Aku tak akan menerima menantu miskin macam kamu. Jangan pernah kamu mimpi nak bersama dengan anak aku! Faham! Pengawal, tolong buang orang miskin ni jauh2 . Najis! Jijik! Kotor!" Aku duicampakkan ke luar pagar rumahnya. Aduh! Badanku terlantar di jalan raya. Aku meninggalkan pekarangan rumah itu dengan perasaan yang amat menusuk ke kalbuku. Pedih sungguh kata2 yang dilontarkan itu. Tanpa kusedari setitis air mata telah jatuh ke lantai pipiku.

' Ya Allah, tabahkanlah hambaMu ini.' Aku memanjatkan doa & terus terlena.

Kring! Kring! Jam locengku berdering. Segera kumatikan kerana aku takut kalau2 deringannya menganggu seisi rumah.

Seusai soalt Subuh, aku mengemaskan setiap sudut rumah mewah kepunyaan Datuk Rizal & Datin Iza. Inilah rutin harianku. Aku sanggup memerah keringat & melakukan apa2 sahaja semata-mata untuk membiayai kos perubatan ibuku.

Apakah yang berlaku kepada ibu Syaza sehingga jatuh sakit?
Untuk mengetahuinya, ikuti cerita Diari Saksi Coretan seterusnya. Teruskan membaca! Ganbatte kudasai! =)

Bersambung...

Wednesday, March 3, 2010

Diari Saksi Coretan 1

" Mama tak akan pernah benarkan kamu bersama!" Kata2 itu masih terngiang-ngiang di gegendang telingaku.

Aku menerjah ke luar jendela,melihat pemandangan yang indah ciptaan Yang Maha Esa. Aduh, sakit! Bahagian belakang badanku terasa amat sakit.

" Syaza! Syaza!" Panggilan Datin Iza menusuk ke telingaku. Aku menutup diariku, lantas bergegas ke arahnya. " Ya, Datin," sahutku. Aku tunduk tanda hormat. " Kenapa lambat?! Buatkan air. Nanti ada tetamu nak datang. Cepat!" Arahannya amat jelas. Aku tunduk lalu masuk ke ruang dapur. " Syaza ok?" soal Mak Uda. Mak Uda sudah 5 tahun bekerja dengan Datin Iza. Aku sudah menganggapnya seperti mak aku sendiri. Aku mengukir senyuman pada raut mukaku. Aku membalas pertanyaan Mak Uda dengan lembut. " Syaza ok, Mak Uda. Mak Uda jangan risau ek."

Enjin kereta kudengar dari tingkap dapur. Dapat kulihat seorang gadis keluar dari kereta mewah tersebut dengan jelas sekali. Cantik. Menawan. Itu yang dapat kuekspresikan selepas melihat keanggunannya. ' Mungkin inilah tetamu yang disebutkan oleh Datin Iza tadi.' Aku cuba meneka.

" Datin, ini airnya." Suaraku diperlahankan. " Syaza, tunggu sini kejap. Berdiri kat sini." Dia mengarahkan aku untuk berdiri di sebelahnya. " Danish! Danish!" Aku terperanjat akan nama yang dipanggilnya. Danish ialah anak tunggal Datin Iza. Datin Iza amat menyayanginya.

Langkah Danish amat perlahan semasa menuruni anak2 tangga rumah mewah yang bertingkat tiga itu. Aku menundukkan pandanganku. " Danish, ma nak kenalkan, ini Wani. Wani akan jadi pasangan Danish mulai hari ini. Wani ni baik orangnya. Cantik pula tu," ujar Datin Iza. Aku merenung tepat ke mata Tuan Muda Danish. Danish mengangguk tanda akur akan permintaan ibunya itu. Aku kembali tertunduk. Aku ingin mengundurkan diri. Banyak lagi kerja yang perlu aku siapkan.

" Syaza! Nak pergi mana tu? Berdiri kat situ diam2 ," tegas Datin Iza.


Adakah Syaza akur akan perintah Datin Iza atau dia akan meminta izin untuk pergi?
Untuk mengetahuinya, ikuti cerita Diari Saksi Coretan seterusnya. Teruskan membaca! Ganbatte kudasai! =)

Bersambung...

Tuesday, March 2, 2010

Penantiannya... (Akhir)

Kini sudah tiba masanya untuk aku kembali ke tempat tinggalku. Aku melihat Kyra melangkah keluar dari rumah dengan senyap. Surat itu telah dimasukkan ke dalam peti surat rumah Faiz. ' Dia tak mengaku kalah.' Hatiku berbicara.

Lagu Jinbara, Patri menjadi ringtone telefon bimbitku tiba2 berbunyi riang. Nama Hafeez terpapar di kaca skrin handphoneku.
" Hello, Assalamualaikum." Salam kuucapkan kepadanya. " Waalaikumussalam. Dah nak pergi ke? Hati2 ek. Harap kita dapat jumpa lagi. Nanti kalau ada apa2 saya bagi mesej atau call awak ek. Bye. " Suaranya kudengar agak terburu-buru. " A'ah. InsyaAllah. Hurm... Bye," jawabku ringkas. Talian telefon dimatikan.

Dapat kulihat Kyra melangkah meninggalkan rumah mak cikku dengan 1001 harapan & doa. Aku pula mengorak langkah dengan 1001 pertanyaan. Aku merenung tepat ke mata Kyra, memberi harapan.

" Kalau ada jodoh, ada la ek," ringkas ucapanku. Dia mengangguk.

Sehingga kini, dia masih menunggu. Menunggu suratnya dibalas. Menunggu Faiz, sehingga tiba masanya untuk dia lupakan si dia.

Aku & Hafeez? Ah, lupakan saja!

Noktah.



tQ 4 reading! I'm really appreciate it. tQ sooo much! Cerita Penantiannya... ini, tidak memberi impak yang besar kepada Syaza. Tapi, cerita Syaza yang seterusnya, insyaAllah akan memberi impak yang sebaik mungkin. Segala kelemahan harap dimaafkan. http://emo.huhiho.com

Monday, March 1, 2010

Penantiannya... VII

Tut! Tut! Tanda pesanan ringkas berbunyi di handphoneku. Aku membaca mesej tersebut.

Salam. Kau hadir dalam setiap tatapan mataku. Entah kenapa, tidak kutemui jawapannya. Jika kau sudi, aku ingin bina sebuah jambatan persahabatan. :) Bila awak balik Johor?
-Hafeez-

Jiwang. Aku hampir tergelak. Walaupun aku pandai bermain kata-kata, namun aku hanya balas dengan susunan ayat biasa.
Wslm. Boleh, kita kawan je. Esok malam saya balik Johor.

Isyarat SMS berbunyi lagi.
Tq. :) Esok? Tak boleh lah kita jumpa lagi. Esok saya ada aktiviti dengan family . Macam mana ni?

Mesej terakhir kubalas.
You are welcome. Tak apa. Alhamdulillah, kita tak dapat jumpa. :) InsyaAllah, lain tahun kita jumpa. Who knows, right? Ok lah Hafeez, saya sibuk sikit ni. Nak kemas barang. Hajimemashite ( nice to meet you ). Salam~

SMS darinya kuterima lagi.
Em. Ok lah. Tq sebab sudi kawan dengan saya. Wslm.

Aku biarkan sahaja mesej itu. Adikku, Kyra sibuk menulis sepucuk surat lagi. Kulihat isinya. Isi yang sama. Hanya surat perkenalan diri. Di hadapan sampul surat tertulis, ' Untuk anak bongsu Aunty Zai '. Aku tersenyum sendiri. :) Barang kukemas untuk pulang ke Johor.

Adakah Kyra dapat menambat hati Faiz? Bagaimana pula dengan Farah & Hafeez? Ketahui dalam Penantiannya... akhir. Teruskan membaca! Ganbatte kudasai! =)

Bersambung...