" Syaza, apa yang Syaza maksudkan dengan kata-kata Syaza hari tu? Danish tak faham. Danish tak lena tidur sepanjang seminggu ni, memikirkan maksud Syaza. Syaza berkorban untuk Danish?" Pelbagai soalan yang dilontarkan. Aku menggenggam erat beg pakaian itu.
" Satu hari nanti, Danish akan faham juga." Aku merenung tepat ke retinanya. Tiba-tiba pintu dibuka. " Danish! Masuk." Nada suara Datin Iza agak lantang. Aku menarik masuk beg-beg pakaian tersebut ke dalam rumah dan membawanya ke ruang rehat. Beg demi beg, plastik demi plastik kuangkat dan kubawa ke ruang rehat di tingkat tiga itu. Lenguh badanku. Tercungap-cungap aku dibuatnya. Penat.
Wap-wap air peluh mula membasahi tudungku. Aku menarik nafas panjang untuk mengatur kembali sistem pernafasanku.
................................................................................
" Astaghfirullah. Penatnya, ya Allah." Aku mengadu kepada Sang Pencipta. Tok! Tok! Tok!
" Masuk." Kelihatan Mak Uda berdiri di ambang pintu.
" Syaza ok? Mak Uda minta maaf ek, sebab tak dapat tolong Syaza angkat barang-barang tadi tu." Rasa kesal terpancar di wajahnya.
" Tak apa lah, Mak Uda. Dah memang kerja Syaza. Syaza tak kisah pun." Aku cuba menguatkan zahirku.
" Syaza tak sihat ke? Nampak pucat saja ni." Mak Uda meletakkan tangannya ke dahi dan mukaku. " Syaza demam ni," sambungnya. Aku hanya mampu menghadiahkan senyuman. " Mak Uda jangan risau ek. Demam sekejap je ni. Nanti lepas Maghrib, baiklah tu." Aku cuba menenangkan hati Mak Uda. Mak Uda mengusap kepalaku.
Malam ini, aku dan Mak Uda menunaikan solat Maghrib secara berjemaah. Aku merasakan badanku semakin panas. Lemah. Letih. Itu yang dapat kurasakan. Mak Uda menyuruhku supaya berehat sebentar. Kali ini, aku akur akan kata-katanya.
Apabila aku baru sahaj ingin meletakkan kepalaku ke bantal, aku dipanggil oleh Datin Iza.
" Syaza, biar Mak Uda yang pergi," ujar Mak Uda ketika aku melalui biliknya.
" Mak Uda, tak perlu. Syaza masih boleh tahan lagi ni," balasku sambil melemparkan sejuring senyuman.
Mak Uda menggelengkan kepalanya setelah melihat kedegilanku. Dia mengusap kepalaku yang ditutupi oleh tudung.
Aku segera berjumpa dengan Datin Iza di sebuah bilik kecil di rumah mewah itu.
" Ya, datin." Aku cuba untuk bersuara walaupun badanku terasa lemah.
Mengapakah Datin Iza memanggil Syaza?
Untuk mengetahuinya, ikuti cerita Diari Saksi Coretan seterusnya. Teruskan membaca! Ganbatte kudasai! =)
Untuk mengetahuinya, ikuti cerita Diari Saksi Coretan seterusnya. Teruskan membaca! Ganbatte kudasai! =)
Bersambung...
No comments:
Post a Comment