" Syaza, awk ok? Awak kenapa? Awak nak pergi mana? Biar saya hantarkan." Danish cemas akan keadaanku. Aku cuba menenangkannya.
" Danish... Danish... Syaza, tak apa-apa. Belakang badan Syaza sakit sikit je. Syaza nak pergi solat. Nak ambil wuduk. Boleh Danish tolong Syaza?"
Dia menarik nafas panjang.
" Kejap ek. Danish panggilkan nurse dulu," jawabnya.
Danish keluar dari wad dan kembali dengan seorang jururawat yang berkulit kuning langsat. Aku meminta jururawat tersebut untuk membawaku ke surau untuk menunaikan solat. Jururawat tersebut membawaku ke surau dengan menaiki kerusi roda diikuti oleh Danish. Aku menunaikan solat secara duduk dan melaksanakannya secara yang termampu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui. Aku qada' sekali solat Isyak yang kutinggal semalam.
Danish menungguku di luar surau perempuan. Seusai solat, Cik Yana sekali lagi mengangkat aku ke atas kerusi roda untuk dibawa pulang ke wad.
" Cik Syaza, nanti cik ada pemeriksaan badan tau," kata Cik Yana. Aku agak terperanjat akan kata-katanya.
" Perlukah, Cik Yana?" soalku.
" Perlu. Sakit bahagian belakang badan Cik Syaza macam semakin teruk, sampai tak boleh berdiri. Boleh saya tahu kenapa?" Danish yang dari tadi mengekori kami, mendengar setiap butir perbualan kami.
" Em... Entahlah, Cik Yana." Nada suara aku perlahankan.
Setibanya aku di wad, kelihatan Mak Uda mengemas katil.
" Assalamualaikum, Mak Uda." Ucapan salam kuberikan.
" Waalaikumussalam, Syaza." Mak Uda memeluk tubuhku yang lemah ini.
Cik Yana cuba menghalang, namun atas dasar kasihan, dia biarkan sahaja, Aku menahan kesakitan itu.
" Danish, Danish baliklah dulu. Pak Azli dah tunggu kat bawah tu. Sekarang, biar Mak Uda yang jaga Syaza ya." Dia mengucap lembut wajahku. Danish akur akan kehendak Mak Uda. Keletihan terpancar dari wajahnya.
" Syaza, nanti saya datang balik ek," ujar Danish. Aku hanya membisukan diri. Cik Yana dibantu oleh Mak Uda, mengangkatku kembali ke atas katil. Ucapan terima kasih kutujukan kepada mereka berdua.
Dalam perjalanan ke arah Pak Azli, Syifa, adikku ternampak Danish.
" Abang Danish! Abang Danish!" Syifa memanggil. Danish menoleh ke arah datangnya suara itu.
" Syifa." Danish kehairanan.
Mengapakah Danish hairan akan kehadiran Syifa?
Untuk mengetahuinya, ikuti cerita Diari Saksi Coretan seterusnya. Teruskan membaca! Ganbatte kudasai! =)
Untuk mengetahuinya, ikuti cerita Diari Saksi Coretan seterusnya. Teruskan membaca! Ganbatte kudasai! =)
Bersambung...
No comments:
Post a Comment