" Mak Uda..." Kata-kata terhenti di situ. Bergenang air mataku. Aku tahan ia daripada mengalir. " Mak Uda, Syaza masuk bilik dulu." Aku terus menuju ke bilikku, sebelum mendapat respons daripada Mak Uda.
Kukunci tombol pintu. " Argh! Ya Allah, kenapa Kau uji aku sebegini? Aku sudah tidak kuat lagi, Ya Allah." Aku melepaskan perasaanku yang terpendam. Angin pengap berat meruntun jiwa.
Aku ambil diari, kubuka lembaran baru, aku cuba meluahkan segalanya yang tersirat di kolong hati yang menjadi kolam derita. Tulisanku merintih mementaskan derita.
" Syaza, walau Wani muncul dalam hidup Danish, tetapi Syaza tetap yang pertama. Danish kan pernah berjanji dengan Syaza, tak kan Syaza dah lupa? Syaza, saya sekarang sedang berlakon dengan hidup saya sendiri. Awak tahu tak? Terselit di dalam hati saya ini, penderitaan yang cukup perit sekali. Pernah tak awak cuba selami semua ini? Kenapa awak buat saya macam ni? Apa yang awak nak buktikan pada saya selama ni? Awak tau tak, bila saya nampak awak, hati saya ni pedih, sakit! Saya nampak, awak tak pernah hiraukan saya. Mana hilangnya kasih awak pada saya?!" Fikiranku memutarkan ingatann akan kata-kata yang dilontarkan oleh Danish tadi. Dia memuntahkan isi yang sendat di jiwanya selama ini.
Jantungku seperti terhenti berdetak. Kesedihan, kekecewaan terlihat nyata pada mukanya. Aku cuba menahan air mataku daripada mengalir. " Danish, saya datang sini untuk bekerja. Saya nak cari duit untuk ibu dan adik-adik saya. Tolong faham keadaan saya." Aku cuba untuk berbicara.
" Syaza, Danish tahu mama tak restui kita bersama. Tapi, tak kan awak nak give up macam tu sahaja?! Syaza, awak sekarang dah berubah! Awak bukan Syaza yang saya kenal. Syaza yang saya kenali dulu ialah Syaza yang sanggup berkorban demi orang yang dia sayang. Tapi sekarang, Syaza yang saya nampak ialah Syaza yang cuba melarikan diri dari semua tu. Kenapa? Kenapa, Syaza?"
Aku menelan kata-katanya sebutir demi sebutir walaupun pedih. Aku cuba tabahkan diri untuk menjawab semua persoalan yang timbul di kotak mindanya.
" Danish, Syaza berkorban demi keluarga Syaza. Dia orang yang Syaza sayang. Sekarang ni, Syaza pun berkorban untuk Danish. Berkorban jiwa dan raga." Aku tunduk, lalu meninggalkannya dengan 1001 persoalan.
Apakah yang berlaku antara Tuan Muda Danish dan Syaza selepas kejadian itu?
Untuk mengetahuinya, ikuti cerita Diari Saksi Coretan seterusnya. Teruskan membaca! Ganbatte kudasai! =)
Untuk mengetahuinya, ikuti cerita Diari Saksi Coretan seterusnya. Teruskan membaca! Ganbatte kudasai! =)
Bersambung...
No comments:
Post a Comment