Sunday, March 7, 2010

Diari Saksi Coretan 5

Sudah 5 bulan aku bekerja di rumah mewah ini. Hari ini aku diyugaskan oleh Datuk Rizal untuk menemani Tuan Muda Danish dan Cik Wani bersiar-siar ke kota raya. Ini adalah pertama kali aku menjejakkan kaki ke kota setelah 5 bulan bekerja sebagai pembantu rumah Datuk Rizal dan Datin Iza.

' Mungkin inilah masanya untuk aku melepaskan rinduku kepada ibu dan adik-adikku. Dah alang-alang aku berada di kota.' Mindaku mula mengeluarkan idea. Tapi, bagaimana aku nak beritahu pada Tuan Muda Danish dan Cik Wani. Adakah aku akan dibuang kerja jika diketahui oleh Datin Iza? Mungkin Cik Wani akan berasa gembira dengan keputusanku kerana mereka dapat keluar berdua tanpa diganggu dengan kehadiranku.

Setelah tiba di kota, Pak Azli selaku pemandu Datuk Rizal dan Datin Iza menurunkan kami di sebuah pasar raya yang sangat popular di negeri Johor ini. Datin Iza memang sudah merancang semua ini. Kami semua akur akan rancangannya.

Aku menumpulkan tenaga zahir dan batinku untuk memberitahu apa yang aku fikirkan tadi. Bismillah. Aku cuba untuk bersuara.

" Tuan muda, Cik Wani. Saya tinggalkan tuan muda dan Cik Wani di sini ya." Kelihatan Cik Wani memberikan senyuman manis. Dapat kubaca apa yang tersirat di kolong hatinya. Inilah masa yang ditunggu-tunggu olehnya. Berdua-duaan bersama jejaka idamannya, Tuan Muda Danish.

" Boleh say tahu kamu nak ke mana?" Suara Tuan Muda Danish tiba-tiba menerjah ke cuping telingaku. " Saya... Saya..." Belum sempat aku menghabiskan ayatku, Cik Wani terus mencelah. " Alah, biarlah dia pergi." Tuan Muda Danish merenung tepat ke mataku. Aku tertunduk. Dia seperti berfikir sebentar. Anggukan kepalanya membikin hatiku amat teruja.

" Terima kasih tuan muda, Cik Wani. Saya pergi dulu." Suaraku kedengaran riang. Langkagku terhenti setelah beberapa langkah aku meninggalkan mereka kerana aku terdengar namaku dipanggil oleh Tuan Muda Danish. " Syaza, hati-hati." Aku senyum lalu tunduk tanda hormat.

Aku bergegas ke hospital. ' Ibu, Syaza datang ni!' Teriak kolam hatiku. Aku berjalan kaki dari pasar raya itu ke hospital, tempat ibuku dirawat. Jaraknya hanya sejauh 3 kilometer. Jauh? Ah, aku sudah biasa. Kadang-kala aku berlari-lari anak supaya aku lebih cepat tiba di hospital. Perasaan rinduku terhadap ibu dan adik-adikku kembali menebal.


Adakah Syaza akan sampai ke hospital dengan selamat?
Untuk mengetahuinya, ikuti cerita Diari Saksi Coretan seterusnya. Teruskan membaca! Ganbatte kudasai! =)

Bersambung...

No comments: