Sunday, March 14, 2010

Diari Saksi Coretan 12

Selepas hari itu, aku langsung tidak berkata apa-apa kepadanya. Kadang-kala, dia cuba ingin mengupas maksud di sebalik kata-kataku itu. Namun, aku hanya berdiam dan menjauhkan diri daripadanya. Aku akan cuba mengelak daripada berjumpa dengannya.

Sudah 3 hari berturut-turut Cik Wani bertandang ke rumah Datuk Rizal. Entah apa tujuannya, tidak kuketahui dan aku tidak mahu mengetahui. Sekali-sekala, Mak Uda akan menceritakan perkembangan di rumah ini. Aku hanya mendengar, namun tidak kuhayati.

Perubahan di dalam diriku amat ketara. Mak Uda amat menyedarinya, namun dia memahami situasiku. Dia sentiasa memberi semangat dan kekuatan kepadaku. Aku menjadi seorang yang pendiam. Kini, aku terkurung sepi dalam kotak sendiri. Sepanjang seminggu ini, aku sentiasa menjenguk ibu dan adik-adikku di hospital.

Aku terpaksa berpura-pura, menipu diri sendiri dan juga keluarga. ' Ya Allah, sungguh berdosa diriku ini.' Kuukir senyuman, kulontar ketawa, kuceritakan jenaka. Semua itu kulakukan untuk menyembunyikan penderitaanku yang sebenar.

Hari ini, Datuk Rizal dan Datin Iza pulang ke rumah mewahnya. Cik Wani turut menunggu ketibaan mereka di sofa ruang tamu ditemani oleh Danish. Aku dan Mak Uda juga menunggu kepulangan Datuk Rizal dan Datin Iza.

Deruman kereta dapat kudengar, lalu aku dan Mak Uda membuka daun pintu utama rumah yang bertingkat tiga itu. Kelihatan Datuk Rizal dan Datin Iza keluar dari kereta Mercedesnya. Aku merapati Datin Iza. " Assalamualaikum, datin. Boleh saya tolong?" Ucapan salam kuberi, tangan kuutuskan untuk meminta izin membawa barang-barangan mereka.

" Nah, ambil ni! Bawa barang-barang ni semua naik atas, tempat ruang rehat. Faham?! Mak Uda, tolong buatkan air untuk saya dan datuk." Aku mengangguk tanda akur akan suruhannya. Siapalah aku untuk melawannya. Aku hanya seorang pembantu di rumah ini. " Menyampah aku tengok muka kau ni, tau tak? Hilang mood aku!" Bisikannya bagai menikam lubuk hatiku. Aku tunduk, berdiam diri, Tiada kata yang dapat kulemparkan kembali.

" Datin, saya tolong angkat barang-barang ni dulu ya." Mak Uda cuba membantuku untuk mengangkat barang-barangan yang dibeli olehnya. " Eh, Mak Uda! Tak payah. Biar saja dia angkat barang tu sendiri. Diakan kuat." Datin Iza melarang. Kerisauan terlihat nyata pada muka Mak Uda. Aku mengukir senyuman derita supaya dapat menenangkan hatinya.

Danish merenung tepat ke wajahku. " Danish, jom sayang." Cim Wani berjaya mematahkan renungan itu. Namun, kini dia berani untuk bertindak setelah lama berdiam diri. " Wani masuk dulu. Danish nak jumpa Syaza sekejap." Dia menolak ajakan Cik Wani. Cik Wani agak terperanjat akan kelakuannya, tetapi dia akur.

Mengapakah Tuan Muda Danish ingin berjumpa dengan Syaza untuk kali ini?
Untuk mengetahuinya, ikuti cerita Diari Saksi Coretan seterusnya. Teruskan membaca! Ganbatte kudasai! =)

Bersambung...

2 comments:

Unknown said...

ala..brsmbung lak..
xpe2..kte tgu..

ceritaSyaza said...

sabar la menunggu ye luz. he~