Friday, March 12, 2010

Diari Saksi Coretan 10

Tok! Tok! Tok! Pintu bilik Tuan Muda Danish diketuk. " Masuk," suara Tuan Muda Danish kedengaran. " Danish, ni air yang Danish minta." Tuan Muda Danish agak terkejut akan kehadiran Mak Uda yang menghantar air minuman yang dipesan kepada Syaza.

"Kenapa Ma Uda yang hantar? Mana Syaza?" Dia menyusun kalam. " Maaf, Danish. Syaza ada kerja nak buat kat bawah tu." Mak Uda cuba mencari alasan. " Mak Uda, cuba cakap betul-betul." Dia inginkan kepastian. " Nia airnya. Mak Uda pergi dulu." Mak Uda pantas mengatur langkah ke bawah untuk mencariku. Dia meninggalkan Danish 1001 persoalan. Tuan Muda Danish hanya berdiam diri.

Sunyi.

" Syaza, walau sejauh mana kita dipisahkan, seberat mana dugaan yang menimpa diriku, hanya kau satu yang tersemat disanubariku. Tidak akan ada pengganti dalam hidupku. Ini janjiku padamu. Sebenar-benar janji."
Aku mengimbas kembali kalam jejaki yang pernah kusayangi. Hatiku berbunga harap, walaupun kutahu dia tidak akan jadi milikku lagi. " Astaghfirullah, Syaza. Apa yang kau fikirkan ni. Lupakan dia!' Hatiku berbicara.

" Syaza." Lamunanku padam. Aku menoleh ke belakang. Aku dapat melihat Mak Uda. Wajahnya seperti rasa bersalah. " Mak Uda, kenapa?" Sejurus aku mengutarakan soalan itu, sekujur tubuh keluar dari belakang Mak Uda. Aku nampak kehadirannya kerana dihalangi oleh dinding. Terbeliak mataku melihat kehadirannya.

" Syaza, boleh saya cakap dengan awak sekejap?" Wajah Tuan Muda Danish agak ragu-ragu mengeluarkan soalan. Aku memandang Mak Uda. Mak Uda mengangguk seperti dia faham akan pandangan mataku. " Hmm." Aku tunduk memberi jawapan yang tidak pasti.

Tuan Muda Danish membawaku ke taman di belakang rumah mewahnya. Taman yang berlantaikan rumput hijau, berbumbungkan langit biru, diserikan lagi dengan bunga-bungaan yang segar dan berwarna-warni. Kami duduk di sebuah pondok yang dikenali sebagai Pondok Cinta. Kenapa Pondok Cinta? Kerana di situlah cinta disemaikan antara Datuk Rizal dan Datin Iza. Maklumat ini aku ketahui daripada Mak Uda.

" Syaza sihat?" Suara Tuan Muda Danish menghapuskan imaginasiku. " Alhamdulillah, saya sihat, tuan muda," jawabku. Tuan Muda Danish memulakan kalam. " Syaza..."

Apakah yang ingin dikatakan oleh Tuan Muda Danish kepada Syaza?
Untuk mengetahuinya, ikuti cerita Diari Saksi Coretan seterusnya. Teruskan membaca! Ganbatte kudasai! =)

Bersambung...

No comments: