Thursday, March 11, 2010

Diari Saksi Coretan 9

Cahaya matahari pagi menerangi setiap bucu di kamarku. Hari ini, Datuk Rizal dan Datin Iza tidak ada di rumah atas sebab urusan pejabat. Menurut kata Mak Uda, mereka pergi outstation sambil melancong. Aku kurang pasti tentang itu. Kini, hanya Tuan Muda Danish yang tinggal di rumah.

Seperti hari-hari sebelumnya, aku membersihkan rumah mewah ini. Cuma hari ini, aku rasa kerjaku lebih mudah dengan ketiadaan Datin Iza di rumah. Aku tidak perlu bergegas untuk menyiapkan kerja-kerja rumah. Kerja yang aku perlu lakukan juga tidak banyak seperti biasa. Tapi, ia hanya mampu bertahan dalam masa seminggu sahaja kerana Datin Iza akan pulang setelah seminggu.

Ketika aku sedang khusyuk mengelap barang-barang perhiasan Datin Iza, tiba-tiba seseorang berdiri di sebelahku. Aku memandang tepat ke wajahnya. Aku terkejut. ' Apa dia buat kat sini?' Bertubi-tubi soalan menghenyak mindaku. " Tuan Muda? Apa tuan muda buat kat sini?" Aku cuba menanya. " Boleh saya tolong?" Aku tertegun akan jawapan yang diberikan.

" Eh, tak payah tuan muda. Saya boleh buat sendiri. Tempat tuan muda bukan kat sini. Tuan muda tak perlu buat kerja-kerja macam ni." Aku menyusun ayat lalu melontarkannya dengan lembut.
" Saya bosan duduk terperap dalam bilik sorang-sorang. Izinkan saya tolong awak." Dia merayu.
' Macam mana ni?' Aku cuba berfikir. Namun, tidak kutemu jawapannya. " Hmm... Baiklah, tuan muda. Tapi untuk kali ini sahaja." Aku akur akan permintaannya.

Aku pergi ke dapur untuk mengambil kain lap untuk Tuan Muda Danish. Semasa kami sedang mengelap barang-barang tersebut, Tuan Muda Danish cuba memulakan perbualan. " Syaza macam mana kerja kat sini? Ok?" Tanpa memandangnya, aku menjawab. " Alhamdulillah, tuan muda. Semuanya ok."
" Syaza, kamu tak perlu panggil saya tuan muda." Mulutnya berbicara, matanya tepat memandangku. " Tak boleh, tuan muda. Saya kena akur dengan permintaan Datin Iza." Aku tunduk. Dia hanya mampu berdiam diri.

Aku cuba menyegerakan kerja-kerjaku supaya aku tak perlu bersemuka dengannya. Setelah siap kerjaku, aku bingkas dari lantai yang beralaskan permaidani empuk. Kira-kira tiga langkah aku meninggalkan dia, aku berhenti.
" Syaza," Tuan Muda Danish memanggil. Dia menganyam senyuman di wajahnya.
" Ya, tuan muda. Ada apa?" soalku.
Aku tidak hairan dia memanggilku kerana aku meninggalkan dia seorang diri begitu sahaja sejurus menyiapkan kerjaku.

" Ada apa-apa lagi yang boleh saya tolong?" Dia menyoal. Dengan kadar segera aku menjawab. " Tak ada, tuan muda. Tuan muda rehatlah ek," balasku.
' Nak tolong sangat ek. Tolong jangan ikut aku boleh tak? Ish!' Aku bermonolog.

" Oh, ok kalau macam tu. Seronok dapat lap barang-barang ni dengan awak. And one more thing, tolong hantarkan jus epal kat bilik saya ek." Dia mengarahkan aku. Aku angguk tanda akur akan permintaannya. " Tuan muda, terma kasih sebab tolong saya ek," ujarku, lalu ke ruang dapur.

Aku menerjah masuk ke ruang dapur, mencari jus epal yang berada di dalam peti sejuk. Aku tuangkan ke sebiji gelas yang bercorak bunga di sekelilingnya. Daripada tadi aku tidak nampak kelibat Mak Uda. Aku mencari di biliknya. ' Alhamdulillah, jumpa pun.' Kolong hatiku berbicara.

Mengapakah Syaza mencari Mak Uda?
Untuk mengetahuinya, ikuti cerita Diari Saksi Coretan seterusnya. Teruskan membaca! Ganbatte kudasai! =)

Bersambung...

No comments: