Saturday, March 6, 2010

Diari Saksi Coretan 4

" Syaza, maafkan Mak Uda. Mak Uda yang salah. Mak Uda terlupa nak bubuh gula dalam air fresh orange tu. Mak Uda yang salah, tapi Syaza yang kena marah. Maafkan Mak Uda, Syaza." Air matanya deras mengalir.
" Mak Uda, Mak Uda tak salah apa-apa pun pada Syaza. Syaza yang terhutang budi dengan Mak Uda. Mak Uda jaga Syaza dekat sini. Alah, Mak Uda perkara kecil je," sebak dadaku. Aku mengusap derasan air matanya. Aku menatap ke dalam matanya. Dia meragut tubuhku dan aku lemas salam dakapannya.

" Terima kasih, Syaza.Mak Uda dah anggap Syaza macam anak Mak Uda sendiri," bisiknya di corong telingaku. " Terima kasih, Mak Uda." Aku tidak dapat menahan perasaan sebak, lalu aku juga turut mengalirkan air mataku. Secebis rinduku kepada ibu dapat kuubati.

Hari semakin malam, aku masih tidak dapat melelapkan mataku. Rinduku terhadap ibu semakin meluap-luap. Terlalu rindu! Aku bertekad untuk mengirim sepucuk surat kepadanya. Aku mengambil sekeping kertas kosong di laci mejaku. Otak dan penaku mula bekerja.

Assalamualaikum, ibuku tersayang. :)

Apa khabar, ibu? Syaza harap ibu sentiasa dalam keadaan yang sihat hendaknya. Ibu, Syaza amat merinduimu. Belaian ibu. Gelak tawa ibu. Walaupun Syaza tahu, adik yang bacakan surat ini kepada ibu, tetapi Syaza cukup gembira kerana ibu mendengar luahan isi hati Syaza. Alhamdulillah. Syaza sentiasa doakan ibu supaya cepat sembuh. Adik, jaga ibu baik-baik tau. Kalau tak... Hehehe :)

Ibuku tercinta,

Ibu jangan risaukan Syaza. Syaza gembira berada di rumah Datuk Rizal dan Datin Iza. Mereka amat baik terhadap Syaza. Syaza di sini, alhamdulillah sihat wal'afiat. Jangan risau ek! ;)

Ibu, Syaza harap ibu tabah dan sabar menghadapi ujian dariNya. Semakin banyak ujian yang Allah beri, tandanya Allah sayangkan kita. Ibu, Syaza minta maaf dari hujung rambut sampai hujung kaki sebab Syaza dah tak jenguk ibu selama 2 bulan. Maafkan Syaza, bu. InsyaAllah, bila Syaza dapat cuti nanti, Syaza terus jenguk ibu kat hospital ek.

Adik, duit gaji bulan ini akan akak bank-in kan lusa. Ya Allah! Sungguh tdak tergambar perasaan rindu, sayang, dan cinta akak pada ibu dan adik-adik. Akak tulis surat ini pun untuk melepaskan rasa rindu akak yang teramat sangat ni pada ibu dan adik-adik.

Ibu dan adik-adik yang kurindui,

Nampaknya sampai di sini sahajalah. Sayang kamu semua! Kalau ada masa, akak tulis surat lagi ek. InsyaAllah. :)

Wassalam~

Salam sayang,

Syaza :)



Alhamdulillah, dapat juga aku mengubati rinduku yang selebihnya. ' Ya Allah, mudah-mudahan mereka sentiasa berada di dalam naunganMu. Ya Allah, padamkanlah rasa risau dan ragu mereka terhadapku. Janganlah Kau rasakan mereka akan apa yang kurasakan kini.' Setitik demi setitik air mataku jatuh. Penat. Aku terlena.

Sepi.

Adakah Syaza dapat berjumpa dengan ibunya?
Untuk mengetahuinya, ikuti cerita Diari Saksi Coretan seterusnya. Teruskan membaca! Ganbatte kudasai! =)

Bersambung...

No comments: