Tuesday, March 9, 2010

Diari Saksi Coretan 7

' Astaghfirullah. Penat. ' Nafasku agak sesak. Titik-titik peluh mula membasahi wajahku. Aku lapkannya dengan tapak tanganku. Aku cuba mencari kelibat Tuan Muda Danish dan Cik Wani, namun tidak kelihatan. " Syaza." Tersentak aku dibuatnya. Suara seorang lelaki kudengar dari arah belakang. " Tuan Muda, Cik Wani. Maaf saya lambat," ujarku. Cik Wani mengukir senyuman. Dapat kurasakan kegembiraannya. " Eh, kamu tak lambat pun," kata Cik Wani. Aku melemparkan senyuman.

" Mana driver kamu ni, sayang? " Terbelalak mataku mendengar perkataan ' sayang ' itu terkeluar dari mulut Cik Wani. Geli-geleman aku mendengarnya. Pertanyaan Cik Wani tidak dijawab. Tuan Muda Danish hanya mendiamkan diri.

" Ish! Awak ni kenapa?" Cik Wani mengeluh. " Hei, nama awak siapa?" Aku melihat Cik Wani yang menyoalku. Entah demam apa yang melanda dirinya sehingga dia ingin mengenali diriku. " Syaza, cik." Aku menjawab. " Owh, Syaza. Syaza, kamu pernah ada boyfriend?" sambungnya lagi. Aku agak terkejut akan pertanyaan yang diajukan." Em... Tak pernah, cik," jawabku.

Jasad Tuan Muda Danish masih kaku menunggu Pak Azli. " Huh. Memang patut pun. Siapalah nak dengan kamu ni. Sebab kamu tu hanya orang gaji saja." Tertegun aku atas kata-kata yang dilemparkan.
Alhamdulillah. Pak Azli tiba tepat pada waktunya. Aku bersyukur kerana aku tidak perlu menjawab sebarang soalan darinya lagi buat masa ini.

Pak Azli menghantar Cik Wani pulang ke rumahnya terlebih dahulu atas permintaan Tuan Muda Danish.

Sesampainya di rumah Tuan Muda Danish, aku terus bergegas untuk membantu Mak Uda menyiapkan kerja-kerja rumah yang masih tertangguh, Namun begitu, langkahku terhenti.

" Syaza," Tuan Muda memanggil, " Ya, Tuan Muda," sahutku. " Kamu pergi mana tadi?" soalnya. Aku melihat ke lantai yang beralaskan mozek. Dia mengulangi soalannya. Aku teragak-agak untuk menjawab. " Syaza pergi jumpa ibu dan adik-adik saya, tuan muda. Maafkan saya. Sudah 2 bulan saya tak menjenguk mereka." Aku perlahankan suara supaya tidak didengari oleh Datin Iza.
" Ibu dan adik-adik sihat?" Sayu suaranya. " Alhamdulillah sihat, tuan muda. Maaf, tuan muda. Saya masuk dulu." Aku terus membuka daun pintu.

Datin Iza sedang berdiri di belakang pintu. Dia memeluk tubuh. Kelihatan wajahnya seperti ingin menelanku. Aku tertegun seketika, lalu menundukkan pandanganku.
" Assalamualaikum, datin." Bergetar ucapan salam yang kulontarkan padanya. Dia merenung tepat ke wajahku.


Adakah Datin Iza akan memarahi Syaza?
Untuk mengetahuinya, ikuti cerita Diari Saksi Coretan seterusnya. Teruskan membaca! Ganbatte kudasai! =)

Bersambung...

No comments: