Thursday, March 18, 2010

Diari Saksi Coretan 15

" Mak Uda, Mak Uda baliklah dulu ya. Danish dah suruh Pak Azli ambil Mak Uda. Mak Uda mesti penatkan. Mak Uda jangan risaukan Syaza. Syaza, biar Danish yang jaga," kata Danish. Mak Uda cuba mengingkarinya kerana dia benar-benar risaukan Syaza. Namun, akhirnya dia akur selepas Danish betul-betul meyakinkannya.

" Mak Uda, macam mana keadaan Syaza?" Soal Pak Azli yang turut risau akan keadaanku. Sekali lagi, air mata Mak Uda mengalir.

" Azli, doktor masih cek keadaan dia. Syaza tu selama ni dia tahan segala kesakitan yang dia hadapi. Aku kasihan tengok dia macam tu." Mak Uda cuba meluahkan perasaan simpati dan isi hatinya kepada Pak Azli yang lebih muda daripadanya.

" Mak Uda, sabar la ek. Kita doa pada Allah, supaya Syaza sihat kembali. Mudah-mudahan dia cepat sembuh. Ya, Mak Uda." Pak Azli cuba memujuk. Mak Uda mengangguk tanda setuju akan kalam Pak Azli.

Setibanya di rumah, Datuk Rizal dan Datin Iza menanyakan keadaanku. " Mak Uda, macam mana dengan Syaza? Doktor ada cakap apa-apa tak?" tanya Datin Iza.
" Datuk, datin, doktor masih belum dapat keputusan. Mungkin esok. Mak Uda masuk bilik dulu ya," balas Mak Uda.
Langkah Mak Uda terhenti. " Mak Uda, mana Danish?" tegasnya. Mak Uda mengatur kata-kata. " Danish kata, dia nak jaga Syaza malam ni." Mak Uda terus meninggalkan Datuk Rizal dan Datin Iza.

" Ish. Budak sorang ni, tak sedar dek untung! Ni la kamu, bang asyik manjakan dia je," geram Datin Iza.
" Eh, kamu ni. Salahkan saya pula. Bukankah kamu yang selalu manjakan dia? Kamu yang tak benarkan anak kamu tu, Danish nak bersama dengan Syaza. Hmm... Saya nak tidur dulu," ujar Datuk Rizal.
Perasaan tidak senang akan kata-kata suaminya tadi terlihat nyata pada mukanya. " Syaza. Kau ni leceh betul. Kau suka sakitkan hati aku ni." Datin Iza mengomel sendiri.

Jam dinding menunjukkan pukul 6.30 pagi. Aku kembali sedar dari lenaku seperti biasa. Pada waktu inilah aku manda, membersihkan diri untuk bertemu pada Sang Pencipta. Rasa diri ini begitu kerdil dan hina. Aku bangkitkan tubuh badanku dari katil.
" Aduh! Ya Allah, sakit!" Jeritan kecilku menyebabkan Danish tersedar dari tidurnya.

Apakah yang akan dilakukan oleh Danish?
Untuk mengetahuinya, ikuti cerita Diari Saksi Coretan seterusnya. Teruskan membaca! Ganbatte kudasai! =)

Bersambung...

No comments: