Monday, March 8, 2010

Diari Saksi Coretan 6

Huh... Baki nafas kulepaskan. " Alhamdulillah, sampai juga akhirnya." Ucapan syukur kupanjatkan. Aku terus ke tingkat 5 di Hospital Sultanah Aminah. Aku pergi ke wad ibuku. Ibu dan adik-adik dapat kulihat dari kaca pintu.
" Assalamualaikum," sapaku. Semua memandang tepat ke wajahku. Mereka agak terkejut akan kehadiranku.

Adik-adik terus merangkul tubuhku. " Kak Syaza!" Pelukan demi pelukan kuterima oleh 3 orang adikku. Kegembiraan terpancar di wajah mereka. Setitis air mata jatuh ke dasar pipi ibu dapat kulihat. Aku menuju ke arahnya setelah semua pelukan daripada adik-adikku dilepaskan.
" Waalaikumussalam, Syaza." Suara ibuku langsung mengubati seluruh rasa rinduku padanya. Aku memeluk erat tubuh ibuku seperti tidak mahu kulepaskan lagi. Kuusap lembut titisan air mata itu. Ibu menatap tepat ke retinaku.

" Syaza sihat? Kenapa mata ni nampak sembam je? Penat?" Ibu berkata sambil mengusapu mataku. " Ibu, alhamdulillah Syaza sihat. Ibu janganlah risau. Penat? Tak adalah. Syaza terlalu rindukan ibu dan adik-adik, sebab tu macam ni," balasku. Aku terpaksa mengukir senyuman yang menyimpan 1001 rahsia.

Setelah 2 jam aku melepaskan rinduku, aku meminta izin untuk pulang. Barat rasa hatiku untuk meninggalkan mereka. 2 jam itu amat bermakna bagiku. Suka duka dikongsi bersama. Aku hanya mendengar celoteh adik-adikku. Kadang-kala, gelak ketawa memecahkan suasana sepi di hospital itu. Aku juga turut berkongsi kisah tentang Mak Uda yang sudah kuanggap seperti ibu keduaku.

" Ok lah, bu. Syaza balik dulu. Nanti kalau ada masa lagi, Syaza jenguk ibu ek." Aku cuba menyedapkan hati ibu serta adik-adikku.
" Ha? Cepatnya," adikku, Syifa mengeluh. Walau bagaimanapun, dia terus memeluk tubuhku. Suasana sayu menyelubungi wad sakit ibuku. Akhir sekali, aku memeluk seerat-eratnya tubuh ibuku. Begitu juga dengan ibuku. Mataku terbeliak menahan kesakitan. Bibir kuketap. Sakit!

" Ibu kuatkan semangat ek," bisikku ke telinga ibu. Ibu menangis di dalam pelukanku itu. Aku tidak sanggup lagi melihat ibu menderita. " Ibu, Syaza pergi dulu." Aku mencium kedua-dua belah pipi ibu diikuti dahinya. Bergenang air mataku. Aku menahan supaya air mataku tidak jatuh di hadapan ibu dan adik-beradikku.

Aku segera keluar dari wad ibu. Air mata kulap. Pandanganku semakin kabur diliputi air mata yang kutahan. Lambaian terakhir dapat kulihat. Lantas, aku berlari untuk pulang ke pasar raya tadi. Sekali-sekala aku memperlahan larianku. Mengumpul tenaga untuk terus berlari.

Adakah Syaza akan sampai ke pasar raya tersebut pada waktu yang tepat?
Untuk mengetahuinya, ikuti cerita Diari Saksi Coretan seterusnya. Teruskan membaca! Ganbatte kudasai! =)

Bersambung...

No comments: