Thursday, March 25, 2010

Diari Saksi Coretan 18

Syifa mengorak langkah ke bilik wad 103. Syifa mengetuk daun pintu. Mak Uda menjemput masuk. Kami kehairanan. ' Siapa yang datang pagi-pagi macam ni?' Sewtelah daun pintu dibuka, aku terkejut akan kehadiran adikku, Syifa.

Syifa menangis melihat keadaanku yang lemah terlantar di katil itu.
" Kak Syaza... Kak Syaza kenapa?" Dia memeluk tubuhku erat.
Sekali lagi, aku menahan kepedihan itu. Aku menatap wajahynya. Aku usap air matanya. Sayu suasana pada waktu itu.

" Syifa, akak tak ada pa-apa. Sekejap lagi baik la. Syifa, Syifa jangan bagi tahu ibu dan adik-adik yang lain tau." Aku cuba untuk berbicara walau kurasa amat payah.

" Kak Syaza suka cakap macam tu. Akak cuba tengok keadaan akak ni. Terlantar kat hospital. Muka pucat, badan lemah. Apa yang terjadi? Siapa yang buat akak macam ni?"
Aku dapat lihat perasaan geram yang tersirat di sebalik raut mukanya.

" Syifa... Cuba dengar cakap akak. Ini semua ujian dari Allah. Akak terima seadanya. Yang penting sekarang ni, Syifa janji ek, Syifa jangan beritahu ibu pasal akak. Macam mana Syifa tahu akak kat sini?" Aku berasa hairan akan kehadiran Syifa di sini. Hanya keluarga Danish, Mak Uda dan Pak Azli sahaja yang tahu akan keadaan aku.

" Abang Danish yang bagi tahu. Tadi Syifa terserempak dengan dia. Akak tak beritahu abang ke yang ibu ada kat hospital ini juga?"
Aku menggeleng.

" Akak tak nak susahkan sesiapa. Dah, Syifa pergi balik bilik ibu. Nanti ibu risau pula. Ingat tau, jangan bagi tahu ibu," pesanku.

...................................................................

Sesampai Danish di rumah, Datin Iza sudah menunggu di ruang tamu.
" Danish! Kenapa baru balik?" tegas Datin Iza.
Danish berhenti seketika untuk mendengar kalam mamanya, tetapi dia meneruskan langkahnya tanpa membalas pertanyaan Datin Iza.

" Danish!" Datin Iza menuju ke hadapan Danish.

" Danish tak dengarkah apa yang mama tanya? Kenapa sekarang baru Danish balik?"

" Danish jaga Syaza." Danish menjawab dengan nada suara yang agak perlahan.

" Buat apa jaga budak tak guna tu? Dia tak ada kena mengena dengan hidup keluarga kita!"

" Syaza yang mama benci selama ni, ada kena mengena dengan keluarga kita. Dia tu pembantu rumah kita ni. Kita ni majikan dia. Tak kan itu pun mama tak sedar. Mama yang terima dia kerja kat sini. Kenapa ma?" Balas Danish dengan suara yang agak kasar.

Datin Iza terdiam. Danish meninggalkan mamanya yang tercegat di ruang tamu itu. Dia menuju ke ruang bilik Syaza.

Apakah yang dilakukan oleh Danish di dalam bilik Syaza?
Untuk mengetahuinya, ikuti cerita Diari Saksi Coretan seterusnya. Teruskan membaca! Ganbatte kudasai! =)

Bersambung...

No comments: