Tuesday, March 16, 2010

Diari Saksi Coretan 14

Aku pulang ke bilik dengan rasa yang amat lemah. Kurasakan tubuh badanku sudah tidak berdaya untuk mengorak langkah, namun kutabahkan jua. Sakit tubuh badanku kini amat menyegat hingga ke kolong hatiku. Pedih.

Aku membuka tombol pitu bilikku. Rasanya sudah tidak ada daya dan upayaku lagi untuk berdiri. Aku rebah di lantai bilikku. Sekelilingku terasa hitam. Aku penat. Kini, aku hanyut dengan kekuatan diriku sendiri. Aku tak berdaya.

..............................................................................

" Syaza! Syaza! Kenapa ni? Bangunlah." Mak Uda teresak-esak menangis melihat tubuh badanku longlai di lantai bilikku.
" Danish! Danish!" Mak Uda segera memanggil Danish.
Jeritan Mak Uda memeranjatkan seisi rumah itu. Mak Uda menatap tepat ke mata Danish.
" Danis. Syaza..." Kata-katanya terputus di situ. Dia tidak dapat meneruskannya kerana tangisannya tidak berhenti-henti dari tadi.

Danish segera ke bilikku untuk melihat keadaanku.
" Syaza!" Teriakan Danish amat kuat. Datuk Rizal dan Datin Iza turun ke bilikku.
" Mak Uda, panggil ambulans." Danish menyuruh. Datuk Rizal dan Datin Iza turut cemas melihat keadaanku yang pucat lesi seperti mayat.

3 jam kemudian...

Hospital Sultanah Aminah tempatku dirawat. Aku mulai sedar, namun aku masih lemah. Pertama sekali, aku melihat Mak Uda yang berada di sisiku. Tuam Muda Danish juga dapat kulihat di sofa yang terletak di penjuru bilik wad.
" Syaza. Syaza dah sedar, alhamdulillah." Mak Uda cuba berbicara walaupun air matanya masih mengalir. Danish segera menuju ke arahku. Dia menatap mataku. Air matanya tiba-tiba bergenang.

Aku memandang Mak Uda. Bibir menguntum senyuman.
" Mak Uda, janganlah nangis. Syaza ok. Syaza kat mana ni, Mak Uda?" Aku mengumpul tenaga zahir dan batin untuk cuba berbicara. Suaraku agak lemah.
" Syaza, Syaza kat hospital. Hospital Sultanah Aminah. Danish... Danish yang bawa Syaza pergi sini." Esakannya kudengari.

' Hospital Sultanah Aminah? Ibu dan adik-adikku tak perlu tahu kehadiranku di hospital ini. Aku tidak mahu menyusahkan hidup mereka. Kalau mereka tahu, mesti mereka risau akan keadaanku.' Aku bermonolog. Aku penat memikirkan semua ini. Aku terlena lagi.

Adakah keluarga Syaza akan mengetahui kehadirannya di situ?
Untuk mengetahuinya, ikuti cerita Diari Saksi Coretan seterusnya. Teruskan membaca! Ganbatte kudasai! =)

Bersambung...

No comments: